Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 3, 2013

Cerita terbaru AMRAFAHAN 2013

Imej
Alhamdullillah dah masuk bulan 3 dah. Sejak awal tahun ni, si Kakak, Angah dan Adik dah mula tak pakai diapers lagi bila pergi ke taska. Cikgu-cikgu taska diorang dah ajar buang air kat tandas. Cuma balik rumah bila nak tidur malam jer kena pakai diapers. Pernah laa terlupa nak pakaikan diorang diapers, kalau diorang dah kencing dulu sebelum tidur, pagi esoknya InsyaAllah laa tilam tak basah. Tapi kalau tak kencing dulu, memang selamatlah tilam tu. Cumanya kalau diorang terkencing diorang akan terus sedar agaknya sebab basah dan tak selesa kot pastu sambil nangis-nangis... Yang bestnya kejut Abah jer.. tak kejut Mama pun.. huhuhu Abah pun terkulat-kulat mamai bersihkan diorang pastu sambung tidur terus...

Kalau si Abang pula biasanya ok jer tak pakai pampers, tak kencing tilam pun waktu malam, tapi kencing tilam waktu pagi bila orang lain bersiap-siap nak ke sekolah. Tapi dia sambung jer tidur.. huhuhu tu yang Mama jadi resakse gorgon tu! kekeke

Minum susu coklat pun dah tak pakai bot…