Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anniversary

Happy Anniversary Mama!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, dengan izinNya perkahwinan kami dah cecah angka lapan. Cabaran berumahtangga nih tak semudah seindah dalam novel dan drama kat tv. Ada manis ada masin ada masam ada pahit ada segala-galanya. Tapi dengan ada segala macam nih lah membuatkan kami lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dugaan berumahtangga nih. Alhamdullillah kami dikurniakan lima orang cahaya mata selama lapan tahun perkahwinan nih, err... cara ekpress hehehehe... rezeki dari Allah. Tiba-tiba teringat bila berjumpa dengan orang yang baru kenal, bersembang dan bertanyakan jumlah anak, bila Abah jawab lima orang, muka yang bertanya tuh nampak macam terkejut tapi kontrol! hehehe Lepas tuh baru Abah beritau, ada anak kembar. Ooo jawab orang tuh.. kembar dua ya?! tanya dia lagi.. Tak!! kembar tiga! Jawab Abah! Haaa... lagi laa terlopong orang tuh! Hehehe orang tu kata bukan senang nak jumpa kembar tiga nih! Rezeki Allah bagi kata Abah pada orang tuh. Eh!! Tercerita lari tajuk pula! M...

Happy 5th Anniversary Sayang!

Imej
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT. Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup. Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. na...