Jumaat, 14 Mac 2014

Sakit gile! Atau gile sakit!

Haishh tak kisahlah mana satu betul. Hari ni macam biasa laa pergi cuci luka kat jari tengah tu. Pas tu terperasan macam ada benang. Bila tengok bebetul kompom ada satu lagi benang tertinggal.

Alamak... Benang nih jenis kekal bukan yang boleh serap tu, nak tak nak kena keluarkan. Kalau tak boleh jadi nanah. Perghh masa MA tu nak keluarkan kena cungkil kat celah kuping darah yang dah kering tu, nak meleleh air mata nih!! Kaki ni kejung kejung tahan sakit, tetiba perut jadi kurus sebab tahan nafas nak tahan sakit!! Tiga empat kali laa MA berenti cungkil sebab cakap dengan dia sakit. Taulah kan hujung jari kan banyak saraf lagi laa dalam proses nak baik nih!

Nak tak nak tahan juga sakit, pastu MA tu potong benang tu. Huhuhu berdenyut denyut ko!! Dekat 10 minit tak hilang denyut! Tapi tak nangis lagi ehh! Huhuhu

Kalau tak, luka jari tengah tu dah kering, tapi sebab cabut benang tadi, berdarah balik. Kena balut balik dua dua jari.

Ermm.. jadi jumlah jahitan kat jari nih adalah 12 laa.. banyak juga!






Hehehe sempat amik gambar lagi sebelum kena buang benang tu!

posted from Bloggeroid

exabytes unlimited