Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan raya yang buat Abah menangis!

Serius! Betul Abah menangis! Tapi kat rumah laa depan PC sorang-sorang! Kalau kat opis mau nangis kat toilet! hehehe...

Mungkin sebab hati Abah nih lembut agaknya.. ceeewaahhh!! Korang tengoklah sendiri! Kalau korang tak menitikkan air mata atau sekurang-kurangnya bergenang air mata, korang memang seorang yang sangat tabah dan kuat!



Iklan raya dari BERNAS untuk tahun 2012 ni memang sangat menyentuh jiwa sesiapa yang menontonnya! Persahabatan antara 2 insan kerdil Ahmad dan Fizi yang kelainan upaya memang sangat unik. Untuk mereka seperti ini , Semoga Allah memberi keberkatan kesenangan kemudahan dalam hidup mereka. InsyaAllah. Amin!


Haaa!! Nangis ehhh!!!!! hehehe

Rabu, 8 Ogos 2012

Iklan raya petronas 2012 yang best dan buat Abah terharu!

Haa.. amik ko! Tajuk post panjang gila!! Hahaha.. Tapi bila tengok iklan raya petronas 2012 nih, Abah rasa terharu dan pada masa yang sama rasa bersyukur dan beruntung menjadi rakyat Malaysia.

Pelakon dia Redza Minhat. Ramai kot peminat dia nih... Err.. secara jujurnya.. Abah pernahlah tengok muka dia tapi tak tau nama... huhuhu.. kang tiba-tiba marah pula peminat dia kat Abah! I'm sorry!! hehehe



Meh tengok kat sini!!



Dah tengok! Best kan!!


Nota kaki Abah:

Pukul 2 pagi mata cerah jer.. godek-godek internet.. jumpa laa video nih!


exabytes unlimited