Sabtu, 19 Mac 2011

Iris's Cottage di Bernama TV

Salam sahabat,

Aku kat sini suka nak beritau bahawa teman sepejabat aku, dapat masuk TV saluran Bernama.

Dia dapat masuk sebab business yang dia buat diblognya berkenaan hiasan dalaman ala-ala English... memang terrer dia buat! Dia ada buat kelas untuk sesiapa yang berminat nak belajar untuk buat hiasan dalaman ala English nih... alaa... yang banyak bunga ros tu...

AMRAFAHAN di Pesta Belon Panas Putrajaya!

Penatt!! Tu yang nak taip dulu!! huhuhu sampai rumah terus mengadap blog! hehehe.. rindu aaa kat blog aku!

Semalam aku berjanji dengan wife dan anak-anak nak bawa dia orang pergi tengok Pesta Belon Panas, kita orang set masa laa nak keluar rumah pukul 7 pagi. Huhuhu... ye tak ye jer pukul 7 nak keluar rumah...

Sudahnya lepas siap semua, 8.30 pagi baru keluar rumah.. Sampai kat tapak pesta, jenuh nak cari parking, dah ramai orang rupanya..

Jumaat, 18 Mac 2011

Berjalan-jalan di Mines!

Hari tu masa opah datang, kami bawa opah and the gang ke Mines, saja laa ingatkan nak naik bot, pusing-pusing tasik Mines tu.

Lepas tu bila dah sampai kat kaunter tiket tu, tutup pula, dia kata tutup sementara sebab hujan. Sementara tunggu tu, baca laa info kat situ...

Perhh.. baik punya info.. dia punya harga tiket boleh tahan gak.. Dewasa dan kanak-kanak 3-12 tahun kena caj. Bila kira-kira balik, dengan rombongan kami nih, mau dekat RM300 habis.. huhuhu.. pusing tasik 40 minit jer.. ermm...

Pesta Belon Panas Putrajaya

Gambar dari myballonfiesta.com
 Salam tengahari,

Aku nak jadi wakil tak rasmi ni, sebagai seorang penduduk Putrajaya, dengan banglanya.. err.. bangganya.. aku menjemput kau orang semua datang kat Putrajaya untuk menyaksikan acara Pesta Belon Panas Antarabangsa kali ke 3 a.k.a
3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011


Acara bermula..

Bila mesin basuh jadi tempat mainan..

Ni mama dia laa nih! Abah tak tau apa-apa...

Macam seronok jer budak-budak ni dok dalam mesin basuh nih...

Cerita banyak takde... kita tengok jerlah.. huhuhuhu....

Sakit Amrafahan berjangkit rupanya!!

Sedihnya bila penyakit Amrafahan ni berjangkit!! Huhuhu.. nak buat macam mana.. dah nasib badan.. Sian pada yang terkena jangkitan tu..

Aku kat sini hanya mampu berdoa agar kembar yang terkena penyakit Amrafahan tu cepat sembuh!

Khamis, 17 Mac 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Wah!!! Segmen baru Ben ni, asyik orang muda belum kahwin jer join.. ni haa.. abah orang nak join jugak!! hehehe

Sebelum tu, silalah undi kat sebelah kanan ni yer.. lagi beberapa jam jer pun tinggal sebelum undi tamat.. :)


AMRAFAHAN di kenduri!

Hari tu aku ada buat entri pasal nak pergi kenduri, lepas balik kenduri tu ingat nak update laa.. tapi terlupa pula!
Kenduri member aku tu kat Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Pengantin perempuannya orang Sarawak, jauh tu!!

Sampai sana, hehehe macam biasa laa.. akan jadi perhatian.. bukan kami minta yer.. huhuhu. Kenduri member aku nih meriah giler! Ramai betul orang! Nak cari tempat duduk pun susah! Punya laa ramai orang.. dah lah bawa stroller kembar tu, tak pasal-pasal orang yang duduk kat laluan kena ke tepi... huhuhu... nak buat macam mana, stroller tu lebar.. kalau dulu beli yang kembar 3 punya tu mau lagi seksa.. yang 2 ni pun, nak masuk dah payah, ngam-ngam jer.. Kalau masuk lift tu ngam-ngam pintu lift jer.. huhuhu..

Cantiknya duduk!!!

Aiii... cantiknya duduk anak aku nih!!! Siapa yang mengajar nih??!! Duduk macam nih?!!! huhuhu..

Kejadian nih berlaku sewaktu nak balik dari taska. Dah letak dalam stroller, baik punya dia angkat kaki.. huhuhu... pandai sungguh! Anak abah nih!!

Kembar sepasang yang comel!

Pagi ni kita buat sessi terjah blog kembar lagi yer!! Kali ni blog kembar sepasang yang comel!! Jarang jumpa woo!!

Nama kembar ni Amir dan Amirah. Blog mama dia orang ni cantik jer.. lagi cantik dari blog aku yang kusam ni haa.. huhuhu... errr... sebab maleh nak cari theme hehehe... sapa suruh malas.. dah blog tak cantik... huhuhu...

Rabu, 16 Mac 2011

Perangai baru anak-anak aku..

Perangai Aqil Muhammad Rayyan si abang,

  • Suka menyanyi lagu Ahli Fiqir - Derita Merindu
  • Suka main plastersin
  • Suka menconteng
  • Suka tengok kartun
  • Kalau cakap, penghujung aya ada perkataan 'ke'
  • Kalau kita dah jawab apa yang dia tanya, dia balas "Ohh yeker"
  • Kalau terlanggar sesuatu, akan cakap "Sori, sori, sori!" tadi masa nak turun kereta, kepala dia terlanggar pintu tapi tak sakit laa, kita tegur dia, abang sakit tak, dia jawab Oh.. sori sori sori sambil jalan kaki masuk rumah.. huhuhu

Sabar jer lah...

Pagi tadi aku pergi klinik ambil darah. Ditemani wife aku. Lepas register kena tunggu kat kaunter triage pula. Badan rasa lemau jer... mengantuk... sengal-sengal kat pinggang... Lepas no. giliran aku dipanggil aku pergi laa kat triage tu. Tunjuk kad temujanji tu dengan borang untuk buat ultra sound. Nurse tu cakap dengan aku, darah ambil kat lab, ultra sound buat temujanji dengan hospital. Err.. bukan klinik yang buatkan ke? aku tanya dia..
Eh.. taklah.. Encik terus jer pergi kaunter pendaftaran hospital nanti dia orang buatkan. kata nurse tu. OO.. ok.. aku pun iyakanlah.. mana pergi aku buat.. tapi setahu aku kalau kes macam ni, klinik yang akan buat temujanji dengan hospital untuk pesakit dia.

Selasa, 15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Kenapa aku letak gambar ni.. sebab takde kerja cari kerja kat blog ben! hehehe. Cantik tu no tu! Setiap saat berubah! Gila aa ko ni Ben!! Tabik aku kat ko!

Ok kita mula bersegmen.. banyak dah aku terlepas.. kali ni aku tak mau terlepas lagi..

Giliran aku pula ke?

Semalam petang aku sakit pinggang sebelah kiri. Sakitnya kejap datang kejap tak. Hati aku rasa lain macam. Datang balik ke  sakit aku ni? Dah lama tak kena ni.. Aku sedapkan hati, bukan ni, mungkin angin ni.. salah makan... Teringat malam sebelum tu aku ada makan lala.

Jarang aku makan lala sebanyak itu, risau sakit aku datang kembali. Tapi malam tu aku bedal juga! Tak tahan! Sudahnya aku terima padah, aku rasa tak selesa, Semasa tunggu jenazah aku aku semalam baru aku teringat aku tak boleh duduk diam lama-lama, kena bersimpuh nak bagi selesa, aku kerap kencing, tapi tak lawas..

Jenazah abah izz selamat dikebumikan

Selepas aku dapat tau, yang jenazah arwah akan dikebumikan di USJ, Subang, aku call member-member lain untuk pergi melawat jenazah.

Selepas maghrib, kami bertolak dari Putrajaya ke Masjid Al Falah USJ, Subang. Sampai di sana, kami solat Isyak dahulu. Selepas itu kami tunggu jenazah arwah sampai. Jenazah tiba di perkarangan masjid jam 10.45 malam dari Terengganu. Sempat berjumpa dengan abang kandung arwah, bersalaman dan bertanya khabar.

Selepas itu arwah dimandikan dan dikafankan. Selesai semuanya dalam pukul 12.00 tengah malam. Selepas itu kami sahabat-sahabat arwah bersama keluarga arwah, menyembahyangkan jenazah.

Isnin, 14 Mac 2011

Botol Susu Haram!

Hehehe... bukan haram macam mana... botol susu yang ada BPA tu yang haram...

BPA (Bisphenol A) ni tak baik untuk bayi dan kanak-kanak kerana *didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
*sumber Berita Harian

Sebelum tu.. tolong undi kat sebelah kanan tu yer.. Terima kasih!! Info klik sini

Berita selanjutnya...

Al fatihah untuk abah izz


Al Fatihah untuk sahabat aku abah izz @ Nasir Ismail. Aku baru dapat tahu berita ni tadi. Arwah meninggal pukul 12.30 tengahari tadi. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah, moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Jom Berkelah 2! Perlu bantuan!!

Salam pagi,

Aku nak tanya pendapat kau orang semua laa, sesiapa yang nak join gathering geng kembar ni, sebelum tu nak beritau ni, ramai yang tanya, kalau tiada anak kembar boleh join ke? Ehh.. apa pula tak boleh... boleh jer! Sesiapa pun boleh datang! Jumpa ramai-ramai merapatkan ukhwah. Tujuannya saja nak kenal semasa blogger, nak jadi lagi meriah kita kumpul semua geng-geng kembar nih.. Sebelum ni  dah jumpa, >Alhamdullillah selesai sudah, siap >masuk suratkhabar lagi hehehehe..

Vlog Mat Gebu dedah siapa Mat Gebu sebenarnya!!

Salam malam, hehehe.. tajuk asal boleh... jangan marah aa...

Walaupun aku tak kenal mat gebu, tapi aku suka masuk blog dia. Tengok gambar-gambar masakan dia pergghhh mabeles!! Lapar siot!

Mat Gebu dengan identiti rahsianya, cuma terkenal dengan tiffin birunya.. Vlog dia sedikit sebanyak mendedahkan siapa itu mat gebu. Ditemuramah oleh Bro Ben Ashaari yang katanya demam masa tu.. err.. macam tak demam pun Ben?! Dah segar ekk sebab makan dulu dari yang lain! Hehehehe...

Ahad, 13 Mac 2011

Hangin tapi tak boleh marah!! Versi Ketiga!

Benda ni jadi hari tu.. masa tu aku tengah tidur.. tiba-tiba wife aku kejutkan aku.. aku yang mamai-mamai terus amik gambar...

Anak-anak aku tengah main bedak lagi! Diketuai oleh abang Aqil! Punya la seronok main bedak... siap main cak-cak lagi dengan aku... Boleh main slide lagi... Dia orang tak tau abah dia tengah hangin jer... walaupun aku hangin, tapi aku tak marah.. huhuhu.. lepas ambil gambar dan video, aku mandikan 4 4 orang anak aku.. punya laa penuh bedak kat rambut... macam kena tuang bedak ke kepala jer... hadoihh... sabar jer lah...

exabytes unlimited