Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Abang

Ada bom?!!

Imej
Ada bom?!! Hari ini Abah kena bawa Si Abang dan Kak Ngah ke pejabat. Seperti korang semua sedia maklum, bacaan IPU jerebu kat Putrajaya nih tinggi sama macam tempat-tempat lain dekat Malaysia nih. Lepas Abah ajak diorang pergi sarapan. Tanya Abang dia nak makan, dia beritahu nak makan roti canai. Sampai kedai, Si Abang pesan roti bom, Abah pun pesan roti bom juga untuk Kak Ngah. Masa tengah tunggu roti tuh, Kak Ngah tanya Abah, roti nih dia letak bom ke Abah? Kalau letak matilah kita... Hahaha tergelak Abah. Boleh pula dia terfikir macam tuh! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah makan roti bom sebenarnya adalah roti canai yang dalamnya diletakkan planta (majerin) dan gula. Budak-budak suka sebab manis, mak bapak budak pun suka jugak!!  Sekian cerita bom!! Hehehe

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Rumah Impian Abang vs Kak Ngah

Imej
Cerita nih dari mama, Abah update jer kat blog! Tinggi sungguh imaginasi anak-anak Abah nih! Hehehehe Cerita tgh ari tadi. Build ur dream house challenge. Beza rumah budak lelaki n budak pompuan. Obvious isn't it. Angah : rumah angah ada swimming pool, ada gelongsor, nti angah nk main dgn amni. Bilik mama kt sini. Bilik kacik, kakak, kak ngah kt sini.. bila. bla bla bla.... (real life imagination) Aqil : rumah abg masuk ikut bwh tanah, haa org tak kenal tak tau jalannye, kereta parking kt atas, yg lain parking kt bawah.. Mama: mana? Tak nmpk pun.. Aqil: ye la.. Memang la tak nmpk.. Kan parking bawah tanah.. Inilah hasilnya rumah diorang!!!

Selamat Hari Jadi Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah, hari ini genap ulang tahun ke 6, kelahiran anak sulung Abah, Aqil Muhammad Rayyan Bin Huszaini. Masih teringat-ingat jeritan mama yang kuat itu masa nak melahirkan Abang! Hihihi sorry Mama!! Memang tak leh lupa!! Masa tu, Abah dapat teman Mama di bilik bersalin Hospital Putrajaya, mak mertua Abah tunggu kat kerusi luar ruang menunggu kaunter Dewan Bersalin tu. Nak cerita macam mana kuatnya Mama (betapa kuat, sabar, cekal seorang perempuan yang nak melahirkan anak!) rasanya dah ramai yang tahu, cuma Abah nak share kat sini, bila Abang dah pandai baca, Abang tahu betapa besar pengorbanan Mama. Masa tu Mama tengah teran untuk keluarkan Abang dari perut Mama, ialahkan pengalaman pertama Mama bersalin, puas doktor cakap, puan jangan jerit! Tapi teran! Baru baby keluar! Abah yang berdiri sebelah Mama pun dah dup dap dup dap. Tiba-tiba keluar satu jeritan yang amat kuat dan lahirlah Abang. Bila dah keluar tu, doktor suruh Abah tunggu di luar sementara doktor dan jururawat na...

Abang dah 5 tahun!!

Imej
Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung! Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe.. Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang. Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Il...

Cium perut Mama!

Imej
Rutin harian abang Aqilrayyan HanyZaini sekarang ni sebelum kuar rumah, cium perut mama dan cakap dengan baby... Sweet la abang... Tapi pagi tadi, baby dah kena warning " baby, abang nak pegi sekolah ni, baby jangan tendang mama tau !! Tak baik tu, nanti Allah marah.." hehe...abang.. abang.. Muka abang baru bangun tidur! Nota kaki Abah, Abah copy paste dari FB Mama lagi.. ermm.. sejak kebelakangan nih.. idea nak update blog macam kosong jer... huhuhu... nak dapatkan balik mood tuh haihhh... bilalah gamaknya yer?!

Abang malu!

Imej
Cerita nih di copy paste dari FB Mama. Aqil: kat sekolah abang tu, ada friend laki ngan pompuan Mama: ye.. nama saper? Ingat tak? Aqil: ramai sangat.. tak larat la abang nak ingat. Hmmm... tapi ada Alia. Mama: eiii... Sorang je ke larat ingat? Mesti Alia tu cantik kan? Aqil: Haah ... Iyer... Hmmm....cantik cam achu...tapi...dia tak pakai tudung.. Mama: tak pe la... Nanti da besar, dia pakai la tu.. Aqil: hmmm... Abang tanak lah bekawin dengan dia... Mama: laaa... Bekawin? Ambooiii....Awatnya pulak? Aqil: ada lagi friend baru...hmmm...dia cantik... Mama: Alia dah tak cantik pulak ke? Sape nama friend baru yg cantik tu.. Aqil: alaaa... Abang tak tanya lg... Abang malu... Aissshhhh..... Budak malu konon!

Heben nya!!!

Imej
Salah satu sebab kenapa si Abang suka ikut Abah berniaga... heheehe heben (sebutannya heaven) bagi seorang kanak-kanak! Biarlah dia main. Asalkan tak merayap ke tempat lain!

Grrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Imej
Abah suruh si Abang senyum, dia buat garang macam nih pula! hahaha. Rambut tu mula-mula Mama buat pacak, lepas tu pakai helmet ikut Abah niaga. Sampai tempat niaga rambut si Abang dah jadi macam Hulk pun ada! kekeke

Anak hensem Abah!

Imej
Moga Abang jadi anak yang soleh!! Amin!! Abang aka AMR sekarang nih bersekolah kat Little Caliphs. Tiap-tiap pagi Abah akan hantar dia naik motor sebelum Abah pergi kerja. Mama hantar terus Auni Auni Auni ke taska lama, nanti balik baru Mama ambil Abang sekali!! Nota Kaki Abah: Maaf lama tak update blog!! Seminggu nih blur! Semangat tu tengah menurun... pada masa yang sama Abah rasa tak seronok sebab tak dapat update blog.. rasa macam kurang jer sebab tak dapat buat apa yang biasa kita buat... huhuhu

Abah! Abang nak kencing! Aramakk!!

Semalam lepas solat maghrib, Abah bawa laa AMRAFAHAN ke kedai nak beli kek sebab kat taska diorang hari ini ada buat parti harijadi beramai-ramai. Lepas pergi beli kek tu, Abah pergi Alamanda pula, malas nak bawa pergi Mydin Putrajaya walaupun dekat dengan rumah, kat Mydin tu tempat sempit pastu tak troli friendly .. eh boleh gitu ayat.. hehehe. Kalau pergi Carrefour senang sikit nak kawal diorang. Bubuh jer dalam troli empat-empat orang budak tu.. haaa.. senang laa Abah nak kawal diorang! Masa tengah sibuk-sibuk cari barang tu, tiba-tiba si Abang beritahu Abah dia nak kencing! Aramakk!! Nak taknak Abah suruh si Abang tahan kejap... si Abang tu pun tahan laa dengan muka berkerut.. lepas tu berulang-ulang kali cakap "Abah! Abang nak kencing! Cepat laa Abah! Buat laju-laju!" Abah jawab "Kejap! Kejap nak cari barang sikit lagi nih!" "Cepat laa Abah" hahaha... Abah dah pening macam mana nak buat! Nak bawa orang ramai lagi. Fikir punya fikir dapat laa idea. ...

Abang = Kak Long?!

Si Abang aka AMR kepada Auni Auni Auni nih seorang yang manja, ialah baru setahun duduk dengan Mama dan Abah tetiba dapat Adik, tapi Alhamdullillah dia dah boleh terima adik adik adik dia! Malah boleh cam lagi diorang! Abah jer selalu yang fail nak cam diorang! hahaha! Apa laa Abah nih!! Cuma sekarang nih, si Abang kalau menangis, menangis macam kena dera jer! haaihss... padahal marah sikit jer.. tak pun usik sikit-sikit jer.. bila tang nangis tuh.. meraung-raung.. huwaa.. huwaaaaa huwaaa...tu belum Abah dengan Mama jadi tarzan lagi! hehehe... Nak dijadikan kisah, pagi tadi, si Kakak, Angah dan Adik dah siap mandi pakai baju siap! Si Abang nih macam biasalah dia.. baru bangun pagi.. tergolek-golek kat tilam sambil menangis sebab Mama suruh bangun mandi... Dia nangis laa huwaa.. huwaa...huwaaa... lama-lama laa... Datang si Auni Auni Auni nih... usik si Abang... masa tu Abah pun baru bangun (kantoi! hehehe) mamai mamai lagi.. baru lepas pakaikan Auni Auni Auni seluar dan baju... Si A...

Rajin si Abang nih!

Imej
Nak buat sendiri katanya! Rajin anak Abah nih! Pandai anak Abah nih! Sekarang nih si Kakak, Angah dan Adik pun nak buat sendiri... huhuhu.. tapi Abah kena dukung diorang sebab tak sampai!

Ada bakat ke?!

Imej
Rumah Opah ada mini studio milik Pakcik AMRAFAHAN iaitu Pak Caon a.k.a Uncle Caon. Tiap kali balik sini, si Abang suka masuk studio buatan sendiri oleh Uncle Caon nih! Si Abang suka main dram, gaya pegang stik tu dah ada siap ketuk dram stail silang tangan lagi. Mungkin ada bakat anak Abah sorang nih! Tapi kalau nak kata ikut Abah, memang takde laa.. Hatta bakat terendam, tenggelam memang takde langsung! Kalau orang lain boleh menyanyi lagu ikut lirik, Abah bukan menyanyi laa... Abah baca lirik tu... Tersangatlahhh flatnya suara nih! Bunyi orang baca berita pun takde lagilah bunyi orang bersajak! Memang takde bakat langsung ciri-ciri keartisan dalam diri Abah nih. Kalau orang suruh nyanyi karaoke masa kenduri ke dinner ke, Abah lebih rela basuh periuk atau berendam dalam kolam dari kena menyanyi. Karaoketusfobianalisma!!! Huhuhu Tapi kalau sebelah Mama mungkin ada kot, tapi Abah selama nih tak pernah pula berkaraoke dengan Mama. Ehhh!!! Haah ekkk!! Memang tak pernah lah! Pernah laa a...

Gurau lucah!

Pada suatu pagi ni, minggu lepas agaknya lupa dah Abah, baru selesaikan mandikan si Abang, biasalah bila mandikan budak-budak ni, mula lap badan pakai tuala, bila tang nak pakai baju tu kena laa londehkan tualanya, jadi togellah si Abang tu. Nak dijadikan kisahnya, si Auni Auni Auni dah siap mandi dan pakai baju, Abah tengah nak pakaikan si Abang boxer, alaa boleh jer dia pakai sendiri tapi dia minta tolong Abah yang pakaikan.  Tiba-tiba si Adik datang dari bilik sebelah, terus pergi kat si Abang dan terus tampar bontot si Abang! sambil cakap "eeee!! bontot!!" Haaa!! Apa lagi! si Abang terus meraung laa!!! Elehh... padahal bukan sakit pun, biasalah mood pagi-pagi, manja lebey! hehehe.... Abah pun terus cepat-cepat pujuk si Abang, peluk dia, nak marah Adik pun tak boleh sebab Abah rasa kelakar masa tuh! sebab si Adik masa tampar bontot Abang tu dengan muka nakal dia! Geram jer! hehehe... Abah kata kat adik, Eee!! Adik tak malu eh main tampar-tampar bontot Abang! si Adik gel...

Si Abang makan kaca gelas!

Imej
Pagi tadi Abah terlelap depan TV, lepas tu tiba-tiba si Abang kejut Abah, Abah! Bangun! Ada kaca! Terkejut Abah! terus bangun! Dalam mamai-mamai tu Abah ingatkan si Abang kena kaca ke apa.. Bila Abah tengok, Ada gelas kaca yang dah sompek, isshhh... bahaya ni, Abah nak bangun laa nak bersihkan kaca tu, tiba-tiba si Abang cakap dengan Abah, Abah! Abang gigit kaca tu! ehh! kenapa Abang gigit? Abang geram ke? tanya Abah. Abang anggukkan kepala! hadoihh laa anak.. Nasib laa tak luka mulut tuh! Ermm.. bila guna gelas tu, Abah pun rasa geram macam nak gigit jer.. sebab nipis sangat! Bahaya juga kalau bagi budak-budak guna gelas macam nih! Takut depa geram dan gigit pula! Haissh... Apa pun Abah bersyukur laa takde kejadian yang buruk berlaku! Si Abang ada beritau Abah, dia ada terpijak kaca tapi tak darah.. haisshh... kalau tak jadi macam kes si Kakak laa... Gelas yang si Abang gigit! Hehehe... bukan makan laa.. gigit kaca jer... jangan marah aa...

Ada baby eh!

Perbualan seorang Abah yang hensem dengan anak lelakinya yang kacak didalam sebuah bilik air rumah teres sekitar Putrajaya... Masa ini si Abah yang hensem itu nak mandikan si anak lelakinya... lalu terjadilah persembangan ini.. hehehe ABANG: Abah! dalam perut Abah ada baby ehh!! ABAH: Ehh.. mana ada! Ada makanan jer.. ABANG: Ni!... (sambil gosok-gosok perut Abah dia yang tuff yang one pac tu!) ABANG: Takde... dah! dah! mandi! ABANG: Adaaa!!! Ada baby! 4 kan! ABAH: Hahh!!! Dah! dah! mandi cepat! Abah dah lambat nih!! Macam mana Abah dapat cerita ni! Ada laa sumber-sumber yang rapat dengan Abah beritau Abah! kekeke

Tidur berpeluk! Cat makan Bird Abang!

Imej
Sekarang nih, AMRAFAHAN suka tidur berpeluk, peluk macam mana, kena peluk dengan Mama atau Abah. Ada satu malam tu, Abah tidurkan diorang, jenuhlah nak bagi diorang tidur, siap cerita pasal cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) cat tunggu depan pintu bilik laa, kalau keluar bilik cat gigi kaki laa... bila diorang dah takut ala-ala tikus tu... masing-masing menyelit laa bawah ketiak Abah. Lepas tu semua minta Abah peluk dia... Haa... acaner tu?? Nak tak nak, Abah kena tidur terlungkup.. sambil mendepangkan tangan kiri dan kanan.. tangan kiri peluk Angah yang bawah ketiak Abah lepas tu melintang ke badan Adik sampai laa hujung jari peluk badan Kakak. Sebelah tangan kanan pula peluk si Abang.. Muka Abah paling ke kanan sebab Abang ajak bersembang. Dah macam kuak lentang pun ada.. huhuhu... bila dah macam tu,  Abah tak boleh angkat tangan pula tu selagi diorang tak betul-betul tidur. Kalau si Angah dah tidur bila Abah angkat jer tangan si Adik tarik pula tangan Abah, macam tu dengan K...

Ultraman Buncit!

Imej
Pada zaman dahulu, tersebut laa kisah dua beranak nih, Si Abah dan Si Abang. Si Abah ini sedang mandikan Si Abang. Terjadi perbualan antara 2 beranak ini! Si Abang: "Abah! Abang jadi Ultraman Tiga!" Sambil menyampu rambut si Abang si Abah jawab : "Abang mana boleh jadi ultraman! Abang pendek kecik jer tak besar! Abah jer yang boleh jadi Ultraman! Si Abang jawab dengan muka selamba dan tak bersalahnya: "Abah jadi Ultraman Buncit! Haa.. kan! Abah Ultraman Buncit!" Si Abah dalam hati berkata "Terkena aku! Ceh!!" sambil senyum geram kat Si Abang! " Dah! Dah! Cepat mandi! Abah dah lambat nak pergi kerja nih!" Huhuhu! Bertuah punya anak!!! Budak bertuah nih!!

Klasik!

Imej
Masa Abah bawa si Abang pergi gunting rambut kat Presint 16 ni, Abah tertarik laa dengan benda-benda sekeliling dalam kedai bro ini. Banyak barang-barang klasik, susah nak jumpa sekarang nih! Kalau korang seangkatan remaja purba dengan Abah mesti pernah lalui dan tengok benda-benda ni semua kan!! Si Abang dah berani gunting rambut! Cer tengok kat almari belakang tuh!! Kata Abang "Abah! Abang nak potong rambut square!!" Abah: "Macam sponge Bob ke?" Abang: "Takkk!!! Square!!!" Abah: "Yelah! yelah!!" Masih ada lagi bedak nih! TV lama! Siap ada pintu lagi! Takde remote tau! Radio dulu-dulu!!