Sabtu, 21 Jun 2014

Bertuah punya anak! Hehehe

Situasi petang tadi..
AMRAFAHAN merayu kat Abah nak main kat luar kat taman belakang rumah dan main basikal sekali. Abah dah beritau awal-awal tak boleh sebab kaki Abang sakit luka! Ehh.. Abah tak cerita ekk kaki Abang luka... huhuhu.. nanti laa bila rajin! hahaha...

Lepas tu Abah cakap dengan diorang, nak main tunggu Abah solat kejap lepas tu baru boleh main. Masa nak solat tu, si Kakak datang kat Abah kat tingkat atas.

Kakak: Abah! Boleh kitorang main basikal?!
Abah: (Diam sambil geleng kepala tanda tak boleh dengan buat muka serius!)
Kakak: (Terus jerit ke bawah dari tangga tempat dia berdiri) ABANG!!!! Abah kata boleh main basikal!! (Lepas tu terus dia turun bawah!)
Abah: (Terkedu! dan geleng kepala!)

Hadoihh!! Bertuah punya kakak!!! Hahaha Kakak!! Kakak!!!

exabytes unlimited