Sabtu, 21 April 2012

InsyaAllah aku datang lagi!

Hari ini Abah dan kumpulan akan bergerak ke Mekah. InsyaAllah dimasa akan datang jika dengan izin Nya Abah nak datang lagi.

Berdebar hati ini nak membuat ibadah umrah nih. Mudahan dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Abah doakan korang semua dapat buat umrah. InsyaAllah

Rabu, 18 April 2012

Selamat Tinggal Malaysia!

Ketika ini Abah dalam bas baru gerak ke Singapore. InsyaAllah boarding pukul 5pm dari Changi Airport. Nanti ada taklimat di RNR Second Link. Lepas tu terus ke airport. Dijangka sampai pukul 10.50pm waktu tempatan.

Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan balik. InsyaAllah. Dekat sini Abah letak jadual sepanjang kami berada disana. Pada sahabat Abah yang pergi juga, mudah-mudahan kita ada rezeki jumpa di Saudi. InsyaAllah

Nota kaki Abah
Rindu AMRAFAHAN & Mama!!

Selasa, 17 April 2012

Abah jakun!!

Ok!! Abah tau korang biasa makan menatang nih!! Pengakuan ikhlas nih!! Ini laa pertama kali Abah gigit makkarun nih!! Hahaha!! Betul!! Orang lain dah berkurun makan makkarun nih!! Abah baru hari ini merasa makan, itu pun lepas Adik Abah bawa dari hotel tempat dia kerja.. Okeh.. Abah nak promote nih.. kena paksa dengan Adik Abah.. huhuhu macaroons yang Abah makan ini dibuat Di Hotel Bluewave JB, ada 3 perisa.. yang Abah makan ni intinya caramel nut, kulitnya strawberry. Okeh dah itu jer.. iklan free 2 saat jer... Hehehe

Mula-mula pegang tu siap cakap dengan Adik Abah.. apasal keras sangat.. lepas tu dia suruh Abah gigit.. Wahhh!!! Lembut gila!! Kagum kejap!! Hahaha

Kesimpulannya: Sedap sangat!! Tapi manis sangat!! Tak boleh makan banyak-banyak!! Habis tidak 12 biji jer... Kekeke bukan setakat kencing manis!! Jantung manis pun boleh dapat nih kalau makan 12 biji sekali hadap! Sebab tu Abah jakun! Hahaha

***Nota kaki Abah:
Mood nak kemas barang sebelum zip bag, lepas tu nak study sikit... Berdebar-debar... Dalam hati hanya Allah yang tahu... Moga dipermudahkan segalanya.. Amin.

Isnin, 16 April 2012

Berat hati ini...

Hari ini jam 6 petang Abah akan bergerak balik ke Kota Tinggi. Tadi dah beli tiket bas dengan AMRAFAHAN.. angkut sekali hehehe.. InsyaAllah Mama dan AMRAFAHAN akan hantar Abah ke ERL dan dari situ Abah terus ke TBS.

Perancangan awalnya, abah nak balik semalam lagi.. tapi barang-barang pun tak kemas.. Belum tinggalkan diorang, dah rasa rindu sangat-sangat.. tiba-tiba hari ini jadi cepat sebak.. Abah cakap dengan Abang, Abah nak pergi Mekah.. Abang kata dia nak ikut.. Abah kata tak boleh.. Jangan tinggalkan Abang bawa laa Abang sekali... nanti Abang sedih macam mana... kata Abang.. Aduhh... sebak terus..

Tadi bila Abang menangis mengadu pada Abah.. Abah pun sebak juga.. haaaaaaaaa..... apa kena dengan Abah nih?!!! Berat hati Abah ini nak tinggalkan AMRAFAHAN dan Mama... belum pernah nak berjauhan macam ini lama-lama.. Yelahh.. hari-hari cari Abah... semua Abah buat... Abah pula yang sedih nak tinggalkan diorang.. Semalam masa Abah mandikan dan siapkan diorang... Abah peluk sorang-sorang lama-lama... sayang sangat... rasa macam tak nak berpisah jer dengan diorang nih.. walaupun 2 minggu.. tapi bagi Abah itu cukup lama.. Abah berharap perjalanan Abah menunaikan ibadah umrah ini lancar, berjaya dan diterima oleh Allah SWT. Ini adalah pengorbanan yang Abah perlu buat.. Ini juga pengorbanan Mama untuk jaga AMRAFAHAN sorang-sorang semasa ketiadaan Abah nanti.. Harap-harap AMRAFAHAN tak buat Mama tensen dan marah... moga-moga semuanya dengar cakap Mama.. Abah harap Mama tabah dan kuat untuk jaga AMRAFAHAN nanti...

Untuk pengetahuan pembaca setia blog Abah.. erkk!!! Ada ke? hehehe.. malas update post.. nak ada pembaca setia.. aparaaa.. perasan Abah nih! hehehe... InsyaAllah Abah akan menunaikan umrah bersama Mak, Makcik, Tok dan Adik lelaki Abah pada 18 April hingga 2 Mei 2012 ini.. Waktu itu mungkin blog ini akan sepi lagi... harapan Abah... bila blog dah sepi, jangan laa lari terus yer pembaca!! hehehe...

Dikesempatan ini Abah nak mohon ampun dan maaf dari semua saudara-mara dan sahabat handai, andai ada kata-kata abah yang menyinggung perasaan korang.. maafkan Abah yer! kira 0-0 laa yerk!!! Andai kata Abah ada berhutang dengan kome semua.. kot-kot Abah terlupa.. bolehlah bitau Abah sebelum Abah bergerak ke sana yer..

Doakan Abah dan sekeluarga selamat pergi dan balik yer serta dapat menunaikan ibadah dengan sempurna! InsyaAllah!!


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Abah nak share nih.. lagi satu boleh jadi rujukan untuk diri sendiri...


  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Sumber dari Facebook

Kepada pengguna Android bolehlah download Al-Quran di sini. Jadi bolehlah kita baca surah-surah ini di mana-mana kita berada kan!! InsyaAllah!

Click Here to Download


exabytes unlimited