Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 25, 2012

Video AMRAFAHAN di NONA

Imej
Haaa baru dapat upload video diorang nih! Bukan senangkan nak dapat peluang macam nih.. Abah dengan Mama tumpang rezeki anak-anak jer.. Video ini disiarkan pada 25 Mac 2012 yang lepas di Rancangan NONA di TV3.

Boleh dikatakan Abah ni jarang laa tengok rancangan NONA ini.. biasanya Mama yang tengok. Tiba-tiba hari Ahad lepas, Abah boleh terpacak depan TV nak tengok macam mana hasil interview kitorang hari tu! Yelah.. macam-macam wartawan tu tanya.. tapi yang keluarnya sikit jer.. banyak dah kena edit.. hehehe... dalam hati tu berdebar-debar nak tengok muka sendiri dalam TV ko! Bila dah tengok hasilnya tu memang mabeles laa editor NONA tu buat!!! Masa tu kami berada di Penang kampung Mama, jadi tengok laa beramai-ramai dengan Mak Mertua dan ipar duai.. lepas tengok tu pakat gelak ramai-ramai! Hahaha macam haper jer!!! Lepas tu abah dapat mesej dari kawan-kawan.. semua tegur tang perut tuh! kekeke..

Kat sini Abah nak buat pengakuan laa... Perut Abah tu normal jer saiz dia.. tapi disebabk…

11 April 2012 nih cuti umum tau!!!

Imej
Haaa.. percaya tak pada 11 April 2012 nih kerajaan wartakan sebagai cuti umum untuk semenanjung Malaysia!! Cuti umum nih sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Kedah. Baginda ditabalkan menjadi YDPA buat kali keduanya dan pertama kali berlaku dalam sejarah sultan melayu.

Apa yang penting?!! Kita Enjoy!!! Hehehehe....

Haahh! ni buktinya!!!

Berebut bantal!

Semalam lepas buat susu kat AMRAFAHAN, Abah paksa laa diorang tidur.. hehehe bukan paksa sangat pun.. tutup lampu, tutup tv lepas itu ajak naik atas. Biasanya kalau Abah yang ajak diorang tidur, Abah yang tidur dulu dari diorang.. kekeke... waktu itu awal lagi rasanya! Lebih kurang 9.15 pm. Bila dah masuk bilik tu, Abah ingat nak suruh diorang tidur lepas tu Abah keluar sambung tengok tv.. tapi gagal laa pula! dihalang oleh si Adik.. ajak tidur sekali... siap suruh abah baring lagi..

Bila abah dah baring, si Adik dengan kakak berebut laa nak baring kat perut abah yang empuk ini! kekeke.. Mula-mula si Adik nak baring kat lengan kiri Abah.. si Kakak baring kat perut.. agaknya perut Abah bergoyang-goyang sebab tarik nafas.. si Kakak beralih baring atas badan Abah.. terpusing sana pusing sini.. si Kakak tukar pula baring kat lengan kanan Abah pula! Si Abang dengan si Angah baring dengan Mama, lepas tu Abah tak ingat apa-apa.... losttt.... kekeke...

Pagi Subuh tadi Abah tersedar, si Angah …