Jumaat, 28 September 2012

Bahasa Pelat AMRAFAHAN!

Dalam proses tumbesaran ni, AMRAFAHAN memang suka bercakap, petah dan pelat! Walaupun si Abang cakap tak pelat, ada gak satu dua perkataan yang dia susah nak sebut... Si Kakak pelatnya tak ketara sangat cuma pelat huruf 'S', kadang-kadang dengar perkataan yang ada huruf 'S' tu macam pelat omputih cakap melayu jer! hehehe.. Pelat si Angah pula paling ketara! Dah lah si Angah ni cakap laju.. abah pun selalu gak laa tak paham apa dia cakap kalau dia cakap laju-laju! Siap kena tanya pada Kakak or Adik untuk translate kan! hahaha! Si Angah punya pelat ni, huruf depan pada sesuatu perkataan tu di tukarkan dengan huruf 'K'! Jenuh laa nak paham! Si Adik pula pelat huruf 'E' tapi oklah masih boleh paham lagi!

Tapi bila sesama diorang bersembang tu, boleh paham tuh! Abah perhatikan jer! Yang si Kakak cakap pelat dia, si Angah dengan pelat dia.. si Adik dengan pelat dia... tapi bila tengok diorang main bersama, cakap-cakap sesama sendiri siap boleh hangguk-hangguk kepala boleh ketawa-ketawa! Abah yang tengok pula tercangak-cangak tak paham! Cuma mampu tersenyum lebar dengan keletah diorang! hehehe

Kalau korang terrer laa.. Cuba teka Bahasa Pelat AMRAFAHAN nih!

  1. tengkodo = ?
  2. kodo = ?
  3. kandi = ?
  4. defar = ?
  5. tedo = ?
  6. melo = ?
  7. sine = ?
  8. santik = ?
Haaa... agak-agak boleh jawab tak? hehehe Rasanya ada banyak lagi.. tapi ini antara Abah ingat... hehehe.. siap tipon Mama nak mengingatkan perkataan pelat diorang nih!

Sambil-sambil tu jom layan blog pembaca tegar blog AMRAFAHAN = Mama Rai http://ourkizuna.blogspot.com/  Terima kasih sudi baca blog nih, Mama Rai!!!!

Selasa, 25 September 2012

TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ubat untuk sakit ketegangan leher dan bahu

Model Tiger Balm Neck & Shoulder Rub!

Korang pernah try tak ubat ni? Tiger Balm Neck & Shoulder Rub? Abah dah cuba dah! Memang berkesan! Kelmarin Abah sakit leher dan bahu, Mana taknya, AMRAFAHAN taknak lepaskan Abah, nak naik tangga kena dukung, nak turun tangga kena dukung, bukannya sorang Abah dukung, tapi ketiga-tiga sekali Abah dukung! Kadang-kadang si Abang pun nak menyelit sekali. Biasanya si Abang akan berpaut kat belakang Abah, tangan dia pegang pada leher Abah... haa.. amik ko! Boleh tergeliat juga laa kalau salah cara tuh! Bila rasa sakit kat leher dan bahu tu, Abah sapu Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost.. masa tu waktu tengahari, dan yang menariknya! Kesannya boleh dikatakan serta merta dan tahan lama boleh sampai ke malam!! Memang lega laa rasanya! Lagipun ianya tak berminyak, senang disapu dan menyenangkan bau dia!
Tiger Balm Neck & Shoulder Rub memang dirumus khas bagi melegakan ketegangan kesakitan sekitar leher dan bahu. Ianya cepat meresap ke dalam kulit sebab bila Abah lepas sapu jer, terus rasa kesan dia! Legaa ko!! Bau Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ini segar dan menenangkan! Tiada lagi bau minyak angin yang biasa kita gunakan!

Disebabkan saiznya yang kecil hanya 50g, dan di datangkan dalam 2 variasi, kini Abah bawa ke mana-mana saja Tiger Balm Neck & Shoulder Rub & Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost. Tiger Balm Neck & Shoulder Rub didatangkan dengan Bau Lavender yang menenangkan dan memberikan kelegaan yang berpanjangan bagi sakit ketegangan leher dan bahu. manakala Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost didatangkan dengan bau yang menyegarkan dan menyamankan. Sesuai dengan namanya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost memberikan kekuatan tambahan untuk melegakan sakit ketegangan leher dan bahu yang teruk! Kadang-kadang dengan cara hidup kita yang sibuk, kita tidak sempat untuk pergi berubat dan berurut jika mengalami sakit leher dan bahu ni! Jangan memain dengan sakit leher ini! Abah pernah kena sampai tak boleh nak palingkan kepala ni! Dah macam robot dah! Tapi dengan adanya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub yang sentiasa ada dalam pouch bag Abah, Abah boleh mengurut leher dan bahu Abah yang sakit pada bila-bila masa yang Abah perlukan!

Dengan design yang moden dan anggun serta warna yang menarik, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub lebih menonjol berbanding produk saingan yang ada di pasaran.
Korang pun tau kan, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nih dibuat oleh syarikat yang dikenali dan dipercayai seluruh dunia  sejak zaman berzaman lagi! Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ada dijual di farmasi-farmasi utama seluruh Malaysia dan di AEON Wellness Stores.



Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web www.tigerbalm.com ataupun terus berhubung +603-79660763 untuk pertanyaan lanjut.


Cerita menakutkan AMRAFAHAN oleh Incik Abah!

Pada hari Ahad lepas, petang tu Abah nak tidurkan AMRAFAHAN sebab abah suruh diorang tidur, diorang ajak Abah tidurkan diorang.. err paham ker? paham-paham jerlah yer! Kena peluk diorang tu macam biasa laa.. Disebabkan diorang masih main-main, abah buat laa cerita nak takutkan diorang, suruh diorang tidur! 

Ceritanya cam gini, Abah beritau laa nanti ada cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) masuk ikut tingkap gigit kaki Kakak, Angah dan Adik sebab tak mau tidur, lepas tu si Adik menyampuk haa.. "Abah pun" (maksudnya cat tu gigit sekali Abah laa sebab Abah pun tak tidur!) haishhh budak-budak ni pandai sangat! Terpaksalah Abah buat garang sambil pegang rotan nak suruh diorang tidur, Abah cerita laa nanti cat makan kaki makan bontot cerita-cerita yang menakutkan diorang! si kakak jawab macam cerita jepun tu! "Hermmm!" Sambil hangguk kepala! pastu sambung.. "Nanti cat makan kaki kan Abah, makan tangan makan mulut kalau tak tidur kan Abah!" Ehhh budak ni! Kita cerita seram! dia sambung lagi cerita seram kita tuh! Masa tu nak tergelak pun ada, tapi disebabkan kredibiliti sebagai seorang Abah, Abah control mancho! hahaha

Nak juga bagi diorang tidur, Abah tetiba jerit! "HAAA!! CATTT AMIK KAKAK ANGAH ADIK NIH!" Sambil Abah cepat-cepat serkup muka kat bantal! kiranya situasi panik laaa... Haaa.. terus si Kakak Angah Adik menangis.. tanak cat! tanak cat... lepas tu Abah peluk diorang.. Abah tak tau sedar-sedar dah dekat pukul 7 petang! huhuhu... Agaknya Abah berjaya kot tidurkan diorang sebab si Kakak masih tidur lagi, si Angah bangun sekali dengan Abah, si Adik kejut Abah suruh Abah bangun katanya dah siang! huhuhu...

exabytes unlimited