Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 5, 2012

Bila dah mengantuk sangat!!!

Imej
Inilah ragam AMRAFAHAN bila dah mengantuk sangat! Gambar ini diambil bulan lepas, tak ingat dah pergi mana masa ni.. samada Abah bawa diorang jalan-jalan atau keluar makan dengan Mama.. huhuhu.. Asal boleh tidur, tidur jer diorang nih! Lepas tu tak boleh kacau dah... nanti menangis mengamuk!! Lepas tu lama laa nak pujuk! Nak taknak kena angkat pelan-pelan lepas tu beritau Abah nak angkat ni, tidur kat bahu Abah yer! Pujuk pelan-pelan, angkat lepas tu baru bawa ke bilik tidur.. Kalau tidak jenuh laa nak memujuk...  Lagipun ini kenangan Abah dengan diorang... nanti bila diorang tak besar takde dah nak dukung-dukung!! Si AH aka Angah tidur kat dashboard! Tak boleh kacau dia!

Gambar-gambar kembar di Malaysia!

Imej
Assalammualaikum pembaca semua, Abah nak promote sikit pasal Kelab Kembar Malaysia nih! Kelab Kembar Malaysia nih tengah buat contest untuk anak-anak kembar dan famili kembar. Jadi, apa kata korang semua masuk kat page Kelab Kembar Malaysia kat Facebook dan menge'like' mana mana gambar yang korang suka! TAPI!!! Sebelum tu korang kenalah LIKE page Kelab Kembar Malaysia dulu yer!! Banyak gambar anak-anak kembar yang comel-comel!!! Meh laa tengok! kot-kot satu hari nanti korang pula dapat kembar?! Amin.. Undian dikira 70% dari korang dan 30% dari juri. Lagi satu.. kalau korang ada saudara-mara atau kawan-kawan kembar bolehlah ajak diorang ke page tu juga! Terima kasih yer!! ***Nota kaki Abah: Abah tak masuk pun contest tu... cuma tolong-tolong promote jer!

Kembar 4 laa pula!! Bestnya!!!

Imej
Harap-harap keluarga En. Sazalee dan Norbazilah dapat menjaga anak kembar mereka dengan tabah. Abah dah lalui pengalaman yang hampir sama macam ni 2 tahun lepas... Memang tak cukup tidur laa dibuatnya.. Suami isteri kena saling tolong menolong antara satu sama lain. Huhuhu... sebab tu dulu Abah kurus sikit! Sekarang nih 'kurus' banyak! kakakakakka Tahniah yer pada pasangan nih! NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam. MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat. Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cuku

Abah balik yey!! Abah balikk!!!

Imej
AMRAFAHAN sambut abah balik dari kerja!

Abah! Abah!! hadoihh haiii!!!

Hari ini abah buat lawak bengong apa tah!! Hadoihh... Pagi tadi punya laa nak cepat pergi kerja.. sampai tertinggal barang pun tak perasan.. Sebelum keluar rumah tadi, abah sempat laa capai kunci motor dan kunci rumah. Masa tu si Angah dengan kakak menangis-nangis. Abah dukung laa diorang masuk dalam kereta. Lepas tu suis on motor tu.. tapi tak start lagi laa.. lepas tu angkat si Adik pula masuk kereta. Si Angah dengan Kakak menangis sebab nak naik motor dengan abah.. tangan diorang tu tunjuk kat motor.. nak suruh abah bawa jalan-jalan tu.. Abah tengok masa tuh dah lambat dah.. lepas cium AMRAFAHAN dalam kereta abah terus start motor dan jalan.. konon-konon nak kejar masa laa.. Bila atas motor tu tengok meter minyak motor dah tinggal separuh. Ermm.. nih sampai R&R Seremban boleh singgah isi nih. Abah pun dengan compedennya bawa laa motor sampai R&R Seremban. Parking kat petrol pam Shell. Lepas tu bila nak suis off enjin, tengok-tengok kunci motor abah takde! Hadooihhh... Ma