Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 4, 2011

Ratu kebaya abah!

Imej
Hari ini nak pergi sekolah mama siapkan Auni Auni Auni pakai kebaya dengan seluar jeans. Masa abah lepas solat subuh, datang laa seorang Auni yang mana satu tah abah tak ingat... Datang datang kat abah cakap "Cantikkk!!!" hehehe memang cantik cantik anak abah! Lepas tu datang seorang lagi Auni kat abah nak suruh buka baju dia, hermm tak tau kenapa nak suruh buka, siap nangis lagi. Abah pujuk laa tak bagi buka lepas tu ajak diorang semua masuk kereta. Barulah dia diam. Sampai sekolah diorang, abah ingat nak ambil gambar 3 3 orang pakai kebaya, tapi dapat ambil cuma dapat ambil gambar AH jer.. Lain kali kalau diorang pakai kebaya lagi abah ambil gambar diorang bertiga-tiga yer!

Jadi angkasawan pula?!!

Imej
Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap! Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe Abang kat belakang sekali tengah bagi burung makan - Sumber gambar dari sini Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!