Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 14, 2011

Bantulah keluarga kembar tiga nih!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sempena bulan yang mulia ini, besarlah harapan saya agar kita dapat memberi bantuan kepada keluarga kembar 3 ini. Bantuan boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun fizikal seperti susu dan lampin pakai buang.

Moga dengan usaha yang sedikit ini dapatlah kita membantu keluarga En. Mansor ini.

Bantuan boleh diberikan melalui,

Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2


Atau disalurkan terus ke
Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.

No HP: 013-4214573
Berita boleh baca disini
Sumber: Dibelenggu masalah kewangan


Nota:
*Aku terpanggil untuk buat entri ini sebab aku sendiri merasa bagaimana susah senang nak membesarkan kembar 3 ni. Aku berharap dengan usaha yang kecil ini dapat membantu keluarga beliau menyara dan menjaga anak-anaknya dengan sempurna. InsyaAllah.

**No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan se…

Humang haii!!

Imej
Ramainya orang nak menghala ke KL dari Stesyen Seremban nih!! Bagi orang yang baru mencuba cuba naik pengangkutan awam macam aku nih, keadaan macam sesuatu yang asing buat aku.... Huhuhu tu laa.. Biasa naik motor atau kereta jer... Ini baru kat Seremban, macam mana laa kawan kawan aku yang naik pengangkutan awam area Klang Valley. Memang aku tabik spring laa kat korang! Sungguh tabah dan sabar!!Hari pertama aku lapor diri, aku balik tumpang member baru sampai ke Stesyen Serdang. Lepas tu naik train dari Serdang ke UKM sebab motor aku parking kat situ.Perghh!!! Bila naik train tu, punyalah padat orang!! Sampai aku berdiri tanpa dapat paut pada pemegang tangan yang tergantung gantung tu... Bila train bergoyang goyang kena laa kuatkan kekuda kaki hehehe nak balance taknak bagi tergolek depan orang ramai... Malu wooo... Dari Serdang ke UKM lebih kurang 15 minit, penat gak berdiri tapi takpe tu senaman tu.. Macam mana laaa korang yang kena berdiri lama tu agaknya? Tabik spring kat korang.S…

Alahai..

Imej
Pagi ni AH menangis lagi, nak ikut abah naik motor. Sampai abah dah keluar rumah pun kejar sampai ke pintu. Hadoihh... Abah dah sayu... Tapi kena kuat laa.. Tak boleh macam dulu dah..

Mesti ada antara korang mengalami macam ni kan. Aku masih dalam proses nak biasakan diri untuk hadapi situasi seperti ni.. Mesti korang lagi tabah dari aku kan?!!

*** Cobaan mengupdate blog guna email. Harap harap berjaya
--
-aSeNg bEsT!-



--
-aSeNg bEsT!-

Isu Murtad, menyedihkan! apa tindakkan kita?

Imej
Bukan tujuan nak menyebelahi sesiapa atau mana mana pihak... Sedih bila ada orang Islam murtad di negara kita nih...

Moga kita semua dilindungi Allah SWT dan dijauhkan dari semua ancaman akhir zaman nih... Subhanallah...




Isu ini timbul semasa PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC pada 3 OGOS 2011. Semoga kebenaran akan terbongkar!!

***Sedih dan hanya mampu beristifar bila ada tengokkan mamat murtad tu bercakap di pentas...

WW: Ehh!! dah raya ke abah?!!

Imej
***Pergi sekolah pakai baju raya tahun lepas! hehehe

Terganggu emosi abah!

Pagi tadi selepas solat subuh aku bersiap nak ke kerja, bila nak siap tu, abah cium laa Amrafahan sorang sorang.

Bila keluar jer dari pintu bilik tu, masing-masing bangun kejar sambil menangis hulur tangan nak ikut abah...

Hadoihh... Sayu hati bila tengok macam tu. Sebab biasanya abah yang hantar ke taska... Sempat laa peluk cium dulu sebelum masuk taska. Tapi auni auni auni ni bila dah nampak cikgu tunggu kat pintu taska... Menonong jer masuk... Lupa terus abah huhuhu...

Ermm... Rindu dah kat Amrafahan... Huhuhu...

*************************

Hari ni aku sampai opis awal giler... 7.30 am dah terpacak kat opis! Sejarah baru dalam hidup aku... Hehehe sebelum ni biasa sampai opis ngam ngam... Tak pun lewat... Hehehe Hari ni kena jadi skema ayam... Kena pakai tie sebab ada kursus... Huhuhu tak selesa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pagi pagi sudah stress!

As salam dan selamat pagi, Hari ni hari pertama aku pergi kerja kat tempat baru di Seremban. Konon konon nak keluar awal dari rumah, tapi lepas solat subuh, 6.25 am baru keluar.

Mengikut cakap orang yang jaga stesyen komuter kat aku minggu lepas, train ke Serembam setiap 20 minit, mula pukul 6 pagi. Jadi, aku bajet sempat laa naik train pukul 6.40 pagi punya. Haampeh!!! Bila aku sampai stesyen UKM ni, bayang train pun tak nampak. Err.. Aku sampai stesyen 6.40 gak.. Ada sorang mamat nih, tunggu awal dari aku, maksudnya aku belum terlepas train lah...

Tunggu punya tunggu dari hari gelap sampai ke cerah, orang yang menghala ke KL dan 3 kali train sampai, train ke Seremban tak sampai sampai lagi... Stress aku pagi pagi nih! Train sampai 7.20 pagi tadi..

Hari pertama masuk kerja dah lambat... Huhuhu... Ermm... Esok kena keluar awal lagi kot!! Hadoihh... Ni kang sampai Seremban lebih kurang pukul 8 pagi. Nak jalan lagi dah 15 minit... Haishhh mencabar sungguh naik public transport nih..…

Sepetang dengan Abah

Imej
Entri ni.. entri bergambar... Petang tadi abah bawa diorang jalan-jalan ke muzium putrajaya dan ke taman permainan...

Muzium Alam Presint 15, Putrajaya.  Masuk RM2 jer.. dekat jer dengan rumah aku!