Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita

Doktor menyatakan akan dapat kembar 5....

Imej
Doktor laa yang cakap... Meh baca keratan Metro Ahad hari nih... Masa interview tu macam banyak maklumat, bergambar bagai. Siap panggil family kembar 3 yang lain, mula-mula ingat tak keluar dah cerita nih sebab dari tahun lepas interview. Lepas buat tak tau laa. Tup tup dapat mesej kata keluar hari nih. Oklah tu, Tapi Abah rasa diorang patut siarkan gambar beramai-ramai tu, sebab semua famili kembar ada, kembar 3 ada 3 famili, kembar 4 dan kembar 2 pasang. Apapun terima kasih buat wartawan harian metro yang sudi interview kami semua. posted from Bloggeroid

Macam Suka Jer! Macam suka jer! Macam suka jer! Terima kasih Sinar Harian!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, cerita Kelab Kembar Malaysia telah keluar di akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Nov 2013. Diharapkan ada pihak dapat membuka mata dan memberi sokongan kepada Kelab Kembar ini dalam membantu keluarga-keluarga kembar yang memerlukan pertolongan. Ini kerana tidak semua keluarga kembar hidup senang. Kebanyakkannya dari golongan sederhana. Cabaran membesarkan anak kembar memang berbeza dari biasa. Perbelanjaan pun ganda dua atau tiga atau empat! Tapi itu semua tak menghalang kami ibubapa kembar membesarkan anak-anak kembar secukup yang boleh sama seperti ibu bapa yang lain. Apa yang penting keseronokkan dalam membesarkan anak-anak kembar yang berbagai kerenah nih! Hihihi Ok jom baca cerita di akhbar Sinar Harian Klik Sini Untuk Berita Sinar Harian Online Di samping itu marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah untuk kembar siam Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie yang meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung. Al Fatihah.. Klik sini unt...

Berita baik untuk penjawat awam tetap dan kontrak!

Assalammualaikum Abah nak kongsi berita baik nih buat kawan-kawan yang kerja gomen baik yang tetap ataupun kontrak. Kerajaan dah umumkan 9 berita baik untuk penjawat awam. Rezeki nak pilihanraya agaknya! hehehe Ye lahh.. sebelum nih kecoh-kecoh penjawat awam naik gaji tahun 2013 nih, naik elaun perumahan sampai RM400 laa.. maunya tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi tu! dan hari ini adalah harinya pengumuman rasmi tu keluar! Antara 9 perkara tu... ************************************* 1 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52; 2 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajia...

Macam nih lah agaknya nanti!

Imej
Macam nih lah agaknya nanti kalau si Auni Auni Auni bersekolah! hehehe takleh nak bayangkan macam mana nanti! Boleh ker duduk diam-diam, sebab sekarang nih kalau nak ambil gambar sekali memang payah lahh! tu pun kena umpan baru boleh diam! huhuhu Tarikan kembar tiga BALING: Kehadiran tiga beradik kembar perempuan yang mendaftar sebagai murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, di sini, semalam menimbulkan keceriaan kepada warga sekolah itu sekali gus mencatat sejarah. Tiga beradik iaitu Norain Nabiha, Norain Najihah dan Norain Nasuha Nasir, 7, dari Kampung Telok Pendiat, Pulau, dekat sini, ternyata mencuit perasaan rakan lain dan guru sekolah dengan aksi dan gelagat tersendiri mereka. Ibu mereka, Normah Ahmad, 40, berkata ketiga-tiga anak kembarnya bangun seawal jam 6 pagi dengan berpakaian sekolah baru kerana begitu teruja memasuki alam persekolahan. Menurutnya, mereka juga bersiap sedia dengan pakaian dan beg sekolah serta buku yang disusun sejak malam kelm...

Sambutan Ambang 2013 bersama UAI!

Abah menyampaikan pesan.. Salam Nazir/ Ajk yg dirahmati Allah , mohon dipanjangkan jemputan ini kepada para jemaah di kuliah kuliah maghrib & mimbar Jumaat nanti. Sambutan Ambang 2013 pd 31 Dec 12 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Syed Norhisyam dan ramai tetamu jemputan khas spt Pierre Andre, pelakon Adam Hawa saudara Kamal Adli , Wan Zack Haikal pemain bola Harimau Malaya, Malek Noor dan ramai lagi. Program bersama dgn kempen Anti Zina yg mana setiap tahun bulan 9 adalah bulan yg paling ramai bayi lahir hasil 'Kerja' para remaja pada malam tahun baru setiap tahun. Sama sama kita berusaha utk membawa para remaja ini ke majlis yg berfaedah dan terkawal, Insyaallah. Saya mohon agar disampaikan pesanan / jemputan ini kepada semua. Semoga dgn usaha kecil ini dpt membantu bangsa yg kita kasihi.. Jazakallah. Jalani, PA Ustaz Azhar Idrus Sumber FB Nota Kaki Abah: Silalah hebahkan! Moga usaha kecil ini ...

Kembar 9 bulan dah pandai berenang!

Imej
Abah tertarik dengan cerita kembar berenang nih! Belum boleh berjalan lagi tapi dah pandai berenang!! Si Auni Auni Auni belum lagi pandai berenang.. bapak diorang jer yang pandai berenang kat kolam paras lutut si Abang! hehehe Meh baca cerita nih... ***************** Belum jalan dah pandai berenang SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam. GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ...

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat!!

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat Dikeluarkan pada: 02:42pm pada 31 Oktober 2012 KEMASKINI AMARAN : Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perlis (Kawasan Padang Besar Utara, Padang Besar Selatan dan Kangar), Kedah (Daerah Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim), Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat), WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah), Johor(Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian), Pahang (Daerah Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Beaufort, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Daerah Kota Kinabalu) dan Sandakan (Daerah Kinabatangan); dan Sarawak :...

1 dalam sejuta - kembar hitam putih!

Imej
Wahh... jarang-jarang berlaku nih! Doktor kata 1 dalam sejuta baru terjadi kembar berlainan warna kulit, hitam dan putih! Haa.. bagusnya kembar lain-lain warna ini senang nak membezakan diorang... Teringat Abah masa jaga AFAHAN masa kecil-kecil dulu! Dahlah serupa sejibik lak tuh! huhuhu.... memang susah nak bezakan... (eleh... sedangkan bila dah besar nih pun Abah selalu salah panggil lagi! hahaha! nasib laa sekarang nih diorang dah pandai kenal diri masing-masing!!)  Dulu masa AFAHAN masih baby, bila ambil diorang kat tilam diorang contohnya kaler biru, kena letak balik kat tilam tu juga.. takut tertukar! hehehe rindu pula bila mengenangkan waktu tu! Sekali jer pengalaman tu berlaku.. lepas tu tak merasa dah.. diorang semakin besar... Berbalik kepada tajuk post... meh tengok gambar dan berita nih.. Bila baca berita nih.. rasanya tak mustahil sebab mak bapak kembar ni mempunyai sejarah perkahwinan campur dari keturunan diorang... PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan...

AMRAFAHAN di Harian Metro lagi!! Edisi Raya pula!

Imej
Alhamdullillah kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro lagi! Kali ini kisah pasal raya pula! Meh baca kat sini! Terima kasih Harian Metro! Harian Metro 22 Ogos 2012 Sempena Raya ni... Beli smartphone baru jom... Offer offer! Melayan kembar tiga SELAIN perasaan bahagia dan ceria memiliki anak kembar, menyediakan keperluan raya tentunya memberi cabaran kepada ibu bapa terutama bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak kembar tiga. Bagi Noorhany Ishak, 33, dan Huszaini Haron, 33, yang memiliki kembar tiga perempuan seiras, seperti tahun sebelumnya, mereka mula membuat persiapan menjelang pertengahan Ramadan. Ini bagi memastikan semua keperluan dapat disediakan mengikut waktunya. “Biasanya untuk suami dan anak sulung (Aqil Muhammad Rayyan) menempah baju Melayu kerana lebih mudah mendapatkan rona yang sama manakala untuk anak kembar saya lebih suka membeli menerusi talian kerana menjimatkan masa,” kata Noorhany. Namun cabarannya apabila terpaksa menyediakan pakaian...

Beli Harian Metro hari ini tau! ada cerita kembar 3!

Imej
Haaa..... saja laa nak tolong promote nih! Nanti belilah Harian Metro hari ini yer (22 Ogos 2012)!! Ada cerita raya pasal kembar 3. Cerita AMRAFAHAN pun termasuk sekali! Abah pun tak sabar nak baca cerita-cerita kembar 3 yang lain! Abah tak tau siapa kembar tiga yang di interview lagi?! Kalau orang baru bolehlah berkenalan, kalau dah memang geng kembar dalam Kelab, memang surprise laa! Nanti korang beli ekk!! Beli tau!!! heheehe (Entri ini ditaip pukul 2.15 pagi, jadi Abah tak beli lagi laa HM untuk hari ini... Wartawan tu beritau Abah cerita kembar 3 berhari raya akan keluar hari ini :) )

Kembar Siam Muaiman dan Muaimin beraya di wad HKL

Imej
Semalam Abah dan kawan-kawan dalam Kelab Kembar Malaysia (KKM) pergi melawat kembar siam yang berjaya dipisahkan iaitu Muaimin dan Muaiman di Hospital Kuala Lumpur. Tujuannya nak sampaikan sumbangan dari ahli-ahli KKM kepada bapa kembar siam ini En. Azli bin Sabran. Kebetulan masa kami sampai tu wartawan The Star baru nak mula interview En. Azli. Abah dan kawan-kawan terkena laa tempiasnya.. ************************************ Berita dari The Star Monday August 13, 2012 Double Raya joy for mechanic By YUEN MEIKENG meikeng@thestar.com.my KUALA LUMPUR: He has been putting up in the hospital for the past four months to look after his conjoined twin boys and will spend Hari Raya in the ward with them. Yet, this will be the best Hari Raya for Azli Sabran, 40, because his one year-old sons are alive and recovering well from a miraculous surgery to separate them on July 14. “I am tired. I sleep three hours a night and another three hours during the day if my sons are aslee...

Kelab Kembar Malaysia di Berita Harian

Imej
Hari tu kan aku ada cerita pasal geng kembar berkumpul kan... haaa.. hari ini ada keluar cerita tu dalam berita harian.. tapi yang kertas punya laa.. yang online punya cari tak jumpa.. ker memang takde agaknya... Kat sini aku ambil gambar jerlah yer.. hehehe.. malas nak taip balik.. macam takde kerja laa pulak kalau taip balik.. hahaha

Dapat kembar 3 selepas 6 tahun

Waaaa bertambah lagi geng kembar tiga nih!!!! Seronoknya!! Semoga baby sihat dan selamat! InsyaAllah Dapat kembar 3 selepas 6 tahun Oleh SALMAN HAMAT JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu. Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan. Katanya, kecekapan doktor menguruskan pembedahan itu membolehkan isterinya, Rusmiyati Kamaruddin, 31, selamat melahirkan tiga anak mereka dalam tempoh selang seminit setiap bayi. “Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus. “Ia menjadikan tanggungjawab sebagai bapa lebih berat, namun saya sedia memikul tanggungjawab ini. Hingga kini saya da...

Tak de akai punya orang!!

Imej
Ini laa akibatnya kurang didikan agama.... Membunuh dan bunuh diri tu kan dosa besar!! Kalau ada agama pun.. mesti fikir pakai tumit!! bukan pakai akal!!! Kesian kat ibu muda tu!! Kesian kat anak-anak dia... Kejadian ni berlaku dekat  jer dengan kampung wife aku... Macam-macam kes bunuh dah kat Malaysia nih.. Moga kita semua dijauhkan dari perkara seperti ini.. Amin... Baca kat sini...

Botol Susu Haram!

Imej
Hehehe... bukan haram macam mana... botol susu yang ada BPA tu yang haram... BPA (Bisphenol A) ni tak baik untuk bayi dan kanak-kanak kerana *didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. *sumber Berita Harian Sebelum tu.. tolong undi kat sebelah kanan tu yer.. Terima kasih!! Info klik sini Berita selanjutnya...

Video Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

Imej
Gempa bumi berlaku di timur laut Jepun pada hari ni berukuran 8.9 skala Richter. Gegaran ini menyebabkan tsunami besar berlaku.. **Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.**Sumber Berita Harian

Ni sekor lagi bongok!!

Bodoh! Bahlul! Bongok! Bangang! Apa laa yang dia orang ni fikir!!! Kesian kat baby tu!! Lelaki pukul isteri, hempas anak ditahan Oleh Muhammad Saufi Hassan 2011/01/15IPOH: Tidak cukup memukul dan menggugut isterinya, seorang lelaki menghempas bayinya yang baru berusia 18 bulan ke atas tilam hingga menyebabkan bayi itu patah tulang paha kanan. Kejadian menyayat hati yang berlaku di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi, dekat sini 7 Januari lalu menyebabkan bayi lelaki itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Semalam, polis memberkas suspek berusia 54 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang, dekat sini, jam 4 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah mereka. "Siasatan awal mendapati, dalam pertengkaran itu suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dandira...