Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel geng kembar utara

Gathering ke 2 geng utara!

Imej
Sempena raya Haji kali nih geng kembar utara buat gathering buat kali kedua. Terima kasih kepada Rubiha dan Mima yang sudi anjurkan gathering nih. Kali nih bertempat di Radix Fried Chicken di Sungai Petani, Kedai. Kehadiran pun boleh tahan. Lebih kurang dalam 8 keluarga laa seingat aku. Kalau lebih mungkin aku tak perasan. Minta ampun yer! Cerita pasal gathering nih, Hari tu masa gathering geng selatan tak dapat join sebab tak balik kampung. Insyaallah lepas nih kalau ada lagi nak join nak kenal geng selatan pula! Gambar ihsan dari geng kembar Suhaila Shaiyuddin

Gambar Mini gathering geng kembar utara!

Imej
Haa... baru berkesempatan menghapdet blog! huhuhu... Oklah... kalau nak baca cerita klik sini , kat sini entri bergambar sahaja... Mini gathering geng kembar utara!

Seronok jumpa geng kembar!

Petang tadi kami sekeluarga join gathering geng kembar sebelah utara pula! Dibuat di Jusco Seberang Perai. Haa... Dari Putrajaya ke Penang kami mai nak join gathering nih!!! Hehehe taklah sebenarnya aku balik kampung mertua kat Kubang Semang nih.. Nak sambut puasa kat sini. Alang alang dah sampai sini, lagi pun tak jauh sangat nak ke jusco tu dari sini, kami pun menjoinkan diri.. Tak sangka ramai yang datang! Dari Kulim, Jitra, Balik Pulau sekitar Penang laa... Semuanya ada 8 keluarga termasuk kami. Kembar 3 ada tiga famili termasuk kami. Kembar 3 yang pertama dah besar umur 7 tahun dah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Kembar 3 kedua kami jumpa semuanya perempuan seiras. Comel dan semangat budaknya baru berumur 10 bulan kalau tak silap. Yang bestnya kembar nih lahir cukup bulan!! Jarang jarang aku dengar kembar dapat lahir cukup bulan. Cuma yang lahir 1.7 kg tu kena duduk nicu seminggu! Bestnya! Auni Auni Auni dulu duduk dalam nicu tu 46 hari... Kembar 2 lelaki ada dua keluarga, yang s...