Sabtu, 18 Disember 2010

Sarapan dengan Abang Aqil

Pagi tadi aku dan Aqil pergi pasar, cari lauk sikit... ada orang nak datang rumah... kawan-kawan wife aku semasa dia belajar dulu... Lepas beli barang dan hantar kat Mama, aku dan aqil keluar balik pergi sarapan.

Biasalah.. tempat aku melepak kat kedai mamak... layanan cepat dan mesra hehehe... Aqil pun dah biasa pergi situ... Lepas tu aku order laa barli suam, air suam, roti banjir dan untuk Aqil aku aku order telur setengah masak 2 biji...

Lepas aku pecahkan telur tu, Si abang ni nak makan sendiri nak suap sendiri... aku tak bagi laa.. kang habis kotor baju dia... tapi disebabkan dia hero.. aku ni cuma pembantu hero jer.. so aku menurut jelah kata-kata dia... (Seorang abah kalah kalau tengok anak buat aksi meragam comel ni.. tak sampai hati aku...) Si Aqil ni happy lah.. dapat makan sendiri... tapi aku kagumlah sebab baru 2 setengah tahun semua benda dah nak buat sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, gosok gigi sendiri... sabun badan syampu rambut sendiri... tidur jer dengan abah.. hehehe... mungkin sebab kat taska dia dah diasuh macam tu kot.. Alhamdullillah...

Meh layan gambar Aqil makan telur setengah masak sendiri...

Sampai ke hidung sudunya!



Jumaat, 17 Disember 2010

Bone Strangulation Tips

Salam sejahtera! Wah macam nak baca berita jer ekk!!

Perghh!! tajuk orang putih seyy!! tapi isi melayu aa :)

Aku nak tanya kau orang ni... kalau kita tercekik tulang.. selain dari telan kepal nasi, ada tak cara atau petua lain nak hilangkan tulang terlekat tu? Kalau ada boleh share kat sini ye... sama tak cara dengan cerita kat bawah ni?

Okeh... cerita ni aku dapat dari email aku... belek-belek tahun lepas punya email... hehehe baru baca hari ni... ok kan?!!! 

Aku nak share dengan engkau orang semua! Sebab aku rasa penulis cerita ni, seorang yang kelakar juga beriman... Dalam kelakar ada ilmu yang dia selitkan... meh baca meh....


Petua tercekik tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, anagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... 

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang

mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(superman pun akan jadi mayat)

Gambar hiasan sumber dari Google

Kempen ChurpChurp lagi senang??!!

Senang ke ChurpChurp ni? Macam senang jer... aku pun main belasah jer nih!!!

Banyak juga kempen kat ChurpChurp nih!! Meh meh mehh kita tengok apa dia!!!

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

Kau Orang minat tak Korean Pop Stars?

Kau Orang minat tak Korean Pop Stars??? Dia orang nak datang sini buat konsert!! Meh layan sini....

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Aku pun tak paham sangat paham ChurpChurp ni... tapi redah jer.... korang pun boleh juga tau! Ni contoh ChurpChurp aku... boleh laa layan!!

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)


Khamis, 16 Disember 2010

Hati-hati penipuan email!

Kau orang pernah tak terima email-email yang menipu ni? Dulu aku selalu terima yang bahasa inggeris punya.. selalu suruh reply ke call ke Nigeria atau Afrika...

Tapi baru-baru ni... aku terima yang melayu punya... kalau jenis yang buta IT dan buta hati... mau rasa seronok bila dapat email macam ni.... Gila ko! 2 juta pound! Siapa tak nak!? Tapi disebabkan aku berhati-hati, baca betul-betul dan berfikir... semua ni MENIPU jer!! Jangan Terpedaya ok!

Yang tak tahan tu.. siap guna nama Allah lagi... hadoii yaii!! Manusia oh manusia!!!

Kalau kau orang terima email macam ni, hati-hatilah.. beritau atau ajar pada keluarga kita or sahabat kita yang tak berapa mahir IT tu... pesan kat dia orang... kat internet ni macam-macam boleh jadi... kita kenalah berhati-hati...

Meh kita layan email mengarut ni... err.. sebelum tu.. aku ada try search nama dia kat facebook ada nama serupa.. tapi aku rasa bukan orang yang sama... kesian pemilik nama tu... tak pasal-pasal jer...

Gambar hiasan sumber dari Google



fromSarippudin <sarippudin@rediffmail.com>
tomrsshahsillabinti <mrs.shahsillabinti@live.com>
dateTue, Dec 14, 2010 at 2:40 AM
subjectAssalammuailaikum,
mailed-byrediffmail.com
signed-byrediffmail.com
Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Reply to: mrs.shahsillabinti@live.com


Pendengaran Auni Haziqah dah normal!

Semalam pagi (15 Dis 2010) aku, wife, Aqil dan Auni Haziqah pergi Hospital Putrajaya sebab ada appointment dengan doktor ENT dan Pakar Audiologi.

Ini kali ketiga kami datang untuk test pendengaran AH. Mula-mula dulu tak lepas sebab AH ada masalah jantung, (klik sini untuk cerita masalah jantung AH) jadi doktor nasihatkan supaya settle dulu masalah jantung baru boleh buat ujian ni.. Alhamdullillah setelah semuanya ok, kami datang untuk kali kedua untuk buat ujian ini..

Ujian ni budak kena lena/tidur nyenyak supaya senang nak buat ujian... Jadi doktor beri sedikit ubat supaya AH tidur... Bila AH dah tidur, pakar pun buat ujian kat telinga AH,  tapi result dia fail... masa ni aku pergi seorang dalam bilik audio tu, sebab wife aku kat luar tengah kena gastrik...

Bila pakar kata, ujian ni, AH gagal aku dah risau... dia kata mungkin anak aku ni, pekak tahap sederhana... maksudnya, suara berbisik dia tak boleh dengar... Aku tak senang hati, risau... kesian kat AH ni... lepas satu, satu Allah bagi ujian kat kami... Lepas tu pakar audiologi buat ujian lain, dia dapati ada benda menghalang gegendang telinga anak aku ni... dia kata bolehjadi disebabkan selsema yang AH hadapi masa tu... Lepas tu, pakar audiologi rujuk kepada pakar ENT (tau ke ENT ni apa? Bukan enterprise tau! Tapi Ear, Nose, & Throat hehehe saje je aku ni..)

Bila di check oleh pakar ENT, doktor kata (ehh aku ni.. kejap doktor kejap pakar.. ehh suka hati akulah nak taip apa... kataku kepada diriku sendiri hehehe), dia bagi ubat dulu biar baik selsema ni, kalau lepas tu tak baik juga, mungkin kena buat pembedahan kecil untuk buang cecair yang blok (menghalanglah! bukan batu blok ke rumah apartment blok berapa ke?! hahaha merapu jer aku ni...) dibelakang gegendang telinga AH... hadoii yaii... risaunya aku... kecil-kecil nak kena operate ke... cukuplah masa kat NICU dulu, macam-macam wayar, tube ada kat badan anak aku ni... Apa yang aku boleh buat? Berdoa dan bagi makan ubat supaya AH tak kena bedah... Doktor kata nak monitor dulu.. so dia buat appointment lain..

Semalam kali ketiga kami datang untuk buat ujian audiologi dan jumpa pakar ENT... Alhamdullillah semua ujian lepas, Pakar Audiologi kata bacaan yang cantik... Fuhhh!! lega rasanya! Alhamdullillah.. Lepas tu pergi jumpa pakar ENT pula, dia orang pun tengok ke dalam telinga AH, Alhamdullillah semuanya ok... tapi doktor nasihatkan aku benda macam ni, boleh terjadi lagi, jadi kami sebagai superhero dan superheroin erhh.. silap.. ibubapa kenalah prihatin pasal kesihatan anak-anak.... jangan bagi anak selsema lama-lama... Doktor suruh datang balik setahun kemudian... Alhamdullillah.... sebagai superher... ehh.. silap lagi.. sebagai ibubapa.. ceewaahhh gila skema ayat aku untuk entry ni... sambung balik.... er.. sebagai abah dan mama kami berasa lega dengan  berita ni, dan berharap AH akan terus sihat... Amin...


Kita tengok-tengoklah gambar yang aku ambil tadi masa tengah test...

Menatang nilah yang digunakan untuk test tu!

Simple jer equipment dia

Ni comfirm Auni Haziqah! hehehe

Macam ni lah bacaan kat PC tu.. cantik la kot.. sebab ada graf.. dulu langsung takde..

Mama sedang tunggu Pakar Audiologi buat test

Depan bilik ni lah aku dengan aqil tunggu sambil makan Nini Celup-celup! (Err... tapi lain brand, bukan brand nini)

Moral kejadian...

1. Jangan bagi anak kau orang selsema lama-lama, kalau lebih 3 hari, bawa jer jumpa doktor... doktor lebih tau... jangan pandai-pandai sendiri... kau orang tu bukan doktor!! hehehe.. kalau kau doktor takpe!

2. Kalau anak selsema, batuk, demam on off lebih 5 hari ke seminggu, bawa laa pergi hospital kat emergency department... mungkin anak kau orang kena jangkitan kuman kat paru-paru...

3. Hargailah anak anda lebih daripada kerja anda!! Boleh??!! hehehe... <-- sebabnya.. kerja boleh cari.. nyawa anak tak boleh... kan?!!


**Nota kaki abah..
Aku rasa skema gila bila menaip menggunakan bahasa penuh ni.. walaupun aku sebenarnya bukan seorang yang Skem- A. huhuhuhu...

Rabu, 15 Disember 2010

Perkara yang disunatkan pada 10 muharram (hari Asyura)


Terima kasih kepada Isteriku yang pertama (dan yang terakhir! hihihi) yang sudi mengongsikan err.. betul ke eja? lantaklah.. janji bunyi sama... sambung balik... mengongsikan ilmu ini....

Bersama-samalah kita mendapat manfaat darinya dan diberkati Allah S.W.T



Bubur Asyura Utara Style!!

Perkara yang disunatkan pada 10 muharram (hari Asyura)


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Sebar-sebarkanlah ya! Tak baik kedekut ilmu ni! :)

Mohon doa sahabat sekalian! Sahabat saya kemalangan...

Assalammualaikum,

Lama sudah tidak buat entry, sibuk sikit, hari ini aku sekeluarga balik ke Putrajaya dari Penang, lebih kurang jam 11:30 malam (14 Dis 2010) tadi sampai rumah, selepas angkat anak dan barang-barang masuk rumah, aku pun buka laa FB, tengok apa cerita menarik... belek punya belek... sekali aku ternampak status sahabat aku beri ucapan takziah pada sahabat aku seorang lagi... rupa-rupanya, kawan aku ni, kemalangan... kebakaran ditempat kerja dia.. Allah!! risaunya aku... terus buka berita harian online cari berita pasal kawan aku nih... Kasihan beliau... moga dia tidak cedera teruk...

Sahabat aku ni nama dia Zamri Wagiman, sahabat semasa belajar dia ITM Shah Alam dulu, kami panggil dia Jawa walaupun dia bukan jawa... err.. sebab nama ayah dia nama jawa... tu yang lekat sampai sekarang... Beliau mempunyai isteri dan 2 orang anak setakat yang aku tau laa... Seorang yang happy go lucky dan kelakar...

Mohon sahabat-sahabat kat sini, doakan kesihatan  dan cepat sembuh sahabat aku ni, dan juga yang lain-lain cedera dalam kemalangan tu... Amin...

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau sembuhkan, selamatkan, sihatkanlah sahabat aku dan juga semua mangsa kemalangan kebakaran ini... Kau tabahkanlah hati keluarga mereka atas ujian Mu ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Amin....

Ni aku share gambar dia, aku ambil dari FB dia..

Zamri dan keluarganya



Sumber dari Berita Harian Online

6 pekerja pelantar minyak Terengganu cedera dalam kebakaran

2010/12/14KUALA TERENGGANU: Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pelantar Bekok C yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pantai terbakar tetapi api dapat dikawal daripada marak.
Seramai 102 kakitangan pelantar kendalian Petronas Carigali Sdn Bhd itu berjaya dipindahkan ke pelantar berhampiran.

Setakat ini punca kebakaran belum dapat dipastikan tetapi difahamkan ia akibat paip gas yang bocor.

Mangsa yang melecur sebahagian anggota badan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, mereka yang cedera ialah Alias Abdullah, Hamzah Abdullah, Fauzi Ibrahim, Rishaudin Ismail, Ariff Farimi, dan Zamri Wagiman.

Mereka tiba di hospital itu kira-kira jam 9 pagi dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, seorang di Unit Kecemasan manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar.
Bagaimanapun kira-kira 12 tengah hari semua mereka dilaporkan stabil, dan ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa sebaik saja Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat tengah hari.

Ahad, 12 Disember 2010

Kami di Penang!

Waa... lama rasanya aku tak menaip kat sini... lebih laa 24 jam rasanya.. huhuhu....

Semalam kami sekeluarga balik kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam, esok opah, tok wan dan mak ngah nak balik sini... Diorang balik dari Makkah menunaikan fardu yang ke 5.. Ermm.. bila laa aku boleh pergi yer.. InsyaAllah.. sampai laa nanti jika hayat aku ada lagi... Aqil bila tengok tv ada gambar Kaabah selalu dia cakap, nanti kita pergi Kaabah ok! aku pun kata InsyaAllah... terharu pun ada... yelah anak aku yang tak tau apa-apa ajak pergi sana... Ikutkan hati ni, memang nak pergi sana... jealous tengok kawan-kawan muda-muda dah pergi...

Kami bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 6 petang... 2 biji kereta, kereta aku dan kereta adik ipar aku... Alhamdullillah anak-anak aku tak meragam dalam kereta. Ada sesetengah orang beranggapan mesti susah jaga anak kembar 3 ni... Aku cakap kat diorang tak susah jaga... diorang pandai bawa diri... Masa jaga si abang lagi mencabar... Sepanjang perjalanan diorang banyak tidur... cuma bila lapar susu jer lah baru ada bunyi....

Aku kalau drive malam ni, fail sikit... hehehe.. ngantuk laa apa lagi... Orang lain drive dari KL ke Penang 4.5 jam , aku drive lebih 6 jam... yelah berenti banyak kali pastu siap tidur lagi.. hehehe... Malam tadi sampai kul 1 lebih...  huhuhuh....

Membebel pula aku kan! Maaf laa... rasa macam ada yang tak kena bila tak menaip kat blog nih... aku dah ketagih kot... hehehee...

Esok, aku berharap dan berdoa mak, ayah mertua dan kak ipar aku selamat sampai dari Jeddah. Esok lepas subuh nak bertolak dah ke Airport Bayan Lepas... kena bangun pagi... huhuhu... mencabar sungguh kena bangun awal ni... hehehe...

Oklah nanti kita cerita lagi...

Gambar apa aku nak letak ni yer... ermm..

Subjek utama gambar ni bukan kipas tau! Tapi Auni Auni Auni yang kat belakang tu tengah golek golek! huhuhu

Gambar ni aku ambil guna laptop jer.. tu pasal gelap... masa ni auni auni auni tengah golek golek kat tilam kat ruang tamu rumah opah.. Nampak tak diorang... minta maaf laa gambar tak cantik!

exabytes unlimited