Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 15, 2012

Kasihan Abang!

Pagi ini hujan lebat... anak anak anak anak dan mama abah semuanya lemah lemau... bangun tidur pun lambat.. sekali dengan abah dia... huhuhu...

Auni Auni Auni masih demam tapi tak tinggi macam hari tu.. Pagi ini si Abang pula demam... lembik jer.. semua nak abah buatkan.. kasihan abang.. Sebelum pergi sekolah tadi dah 2 kali abang muntah.. keluar lendir jer.. yelah belum makan apa-apa lagi.. biasanya kat sekolah baru makan... harap-harap kat sekolah nanti demam abang tak naik tinggi... jauh pula nak pergi ambil dia nanti. Hari ini abah bawa kereta pergi kerja, mama tak larat, batuk-batuk minta abah hantarkan AMRAFAHAN dengan mama sekali. Kalau mama bawa kereta, jika taska telefon pasal AMRAFAHAN, boleh laa Mama pergi jenguk sekejap.. Yelah.. dulu kat tempat kerja lama taska dengan opis mama sebelah jer.. sekarang nih ada laa dekat 4 5km juga nak ke taska dari opis mama.

InsyaAllah nanti kalau ada rezeki, nak tukarkan AMRAFAHAN ke taska berdekatan dengan opis mama. Senang mama nak jeng…

JERIT!!!!!

Apa perasaan korang bila anak jerit panggil korang??!! Mesti suka kan?!! Yelah dulu masa diorang kecil-kecil tak boleh nak bercakap.. korang harapkan anak korang akan panggil korang dengan panggilan abah, ayah, baba, bro, boss, daddy, papa, puppy?!!! err ada ker? mama, ibu, mak, mummy, bonda, mem dan sebagainya kan...

Sama laa macam abah.. suka dipanggil oleh anak-anak... tapi kadang-kadang tu kalau tengah penat malas gak layan... huhuhu.. jahat laa abah nih!! Tapi panggilan tu yang buat abah lembut hati... kalah dengan anak-anak.. lagi-lagi kalau diorang menangis lepas tu sebut abah.. abah... huhuhu.. sayu woo...

Macam pagi tadi, masa Mama siapkan Auni Auni Auni, abah terdengar laa diorang menangis... bila abah datang kat diorang, si Adik (AN) menangis-nangis sambil panggil nama abah.. Abah pun panggil dia lepas tu pakaikan dia baju sekali dengan si Kakak (AF), sambil pakai baju tu, si Adik mengadu.. "Dia buat..." sambil tunjuk arah mama.. hehehe... adik mengadu kat abah ya…

Aduihh!! Kena sound lagi!

Ini semua kerja mama laa nih!!! Ajar anak perkara-perkara yang baik dan sopan!! Huhuhu tak pasal pasal Abah pun kena sound dengan si Abang...

Mama selalu pesan dengan si Abang, kalau Mama ke Abah panggil, bila jawab panggilan tu kena sebut "Ya" jangan sebut "ermm" "aaa" dan lain-lain laa...

Hari itu masa abah bawa AMRAFAHAN pergi main kat taman permainan, Abang tanya laa Abah "Kita nak pergi mana ni Abah?" Abah pun jawab "errmmm". Terus abah kena sound dengan si Abang "Abah, mana boleh cakap 'ermm'!! Kan tak boleh cakap ermm..." huhuhu.. ya Abang!!

Mama hari tu masa sakit ulcer dalam mulut tu, tak delah boleh bercakap sangat, nak buka mulut pun sakit.. Si Abang nih bersembang laa dengan mama, Mama jawab "Ermmm" haaa... terus kena sound "Mama jangan cakap ermm.. mana boleh cakap ermm!!" kekeke... haa... hambik obat! Mama kena balik! Memang kelakar laa... yang bestnya si Abang cakap dengan muka yang …

Demam lagi!

Update ringkas! Kelmarin Auni Auni Auni demam lagi.. demamnya bergilir-gilir.. bila sorang ni demam, dua lagi ok ok jer.. bila yang demam dah kebah sikit.. yang salah sorang dari dua Auni demam pula! Hermm.. ada masa tiga-tiga demam serentak! Cuma bezanya demam tinggi ke tak jer!

Semalam Abah dah bawa diorang pergi klinik, AH doktor beri ubat bontot sebab tinggi sangat demamnya.. sebab umur diorang dah 2 tahun 2 bulan, doktor dah beri ubat selsema.. Harap-harap selsema diorang makin sembuh.. kesian pula kejap-kejap lap hingus.. kadang tu sampai masuk mulut.. huhuhu... Si Abang pula abah bawa untuk suntikan kedua Kajian Vaksin denggi, nasib laa menangis kejap jer.. Harap-harap dia tak demam hari nih..

Hari ini mama hantar diorang ke taska.. harap-harap AMRAFAHAN tak demam laa.. kalau diorang demam nanti masing-masing lembik jer.. tak ceria rumah! Tapi bila terlebih ceria, bersepah pula rumah! hehehe... tak pe lah! Abah suka anak anak anak anak abah ceria dari monyok jer kan!!!

Harap-ha…

Cakap merapu!

Mama selalu pesan pada si Abang jangan cakap merapu.. maksudnya bila abang tengok cerita kartun ke main-main ke.. kadang-kadang si Abang sebut perkataan yang Abah dan Mama tak faham, Mama akan tegur abang, "Jangan cakap merapu abang!" Jadi bila selalu kena tegur tu, kurang laa dia buat lagi...
Suatu hari itu, kami sekeluarga tonton tv. Kebetulan masa tu abah tukar-tukar siaran, kebetulan pula masa tu kena dengan cerita tamil, terus si Abang cakap "Mama, orang tu cakap merapu Mama!" kekeke... Abah yang dengar masa tu terus tergelak... hadoihh laa anak Abah nih.. bila dia tengok cerita Thailand pun dia tegur gak cerita tu cakap merapu! kekeke...
Nasib laa cerita omputih dia tak cakap macam tuh! Abang.. abang...