Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 7, 2012

Kolam mandi nih Amrafahan yang punya!!!

Imej
Tengahari tadi Abah bawa AMRAFAHAN pergi mandi kolam. Best juga kolam mandi ni, takde orang! Jadi kolam tu AMRAFAHAN yang punya! Tak ramai orang tahu kolam ni ada kat presint 2 ni, biasanya orang mandi kat presint 9. Kolam ni terletak betul-betul sebelah Menara PJH, tapi tersorok sikit, agaknya sebab tu orang tak ramai, kalau lalu jambatan Seri Wawasan tu hala ke presint 2, kolam tu terletak kat sebelah kiri selepas jambatan, masuk ikut tangga sebelah jambatan tu. Tapi masalahnya, nak parking susah, kena parking jauh sikit. Kalau nak berkelah dengan famili Abah rasa tempat tu sesuai, nak buat gathering pun boleh, ada padang kecil sebelah tu. Bolehlah nak guling-guling! Hehehe Apapun memang puas mandi! Errr... AMRAFAHAN jer... Abah tak mandi pun, cuma basahkan seluar dengan baju sikit-sikit jer... Hehehe Tak caya tengok gambar!!

Bahaya timang bayi!! Penting! Kena baca! PENTING!!

Imej
Perkongsian dari Facebook. Info ini Abah ada terbaca di Klinik Kesihatan masa bawa AMRAFAHAN check up dulu-dulu. Alang-alang dah ada artikel ni, Abah share laa dengan korang... *************** SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak men

Info pasal berkorban di Hari Raya Haji!

Imej
Semalam Abah dengar kuliah maghrib kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi, Abah nak kongsi sikit ilmu yang Abah dapat semalam. Dulu masa budak-budak pernahlah belajar sebab kalau kat Johor boleh dikatakan habis sekolah akademik sessi pagi kena pergi pula sekolah agama pada sessi petang, dulu belajar ibadat, muamalat, munakahat dan jenayat guna kitab muta al baddrin, hehehe berpinor biji mata nak membaca tulisan jawi yang kecil dan rapat tuh!!! tapi bila semakin besar, ilmu tu tak diamalkan terus dilupakan. Alhamdullillah sekurang-kurang ilmu yang Abah dapat semalam mengingatkan kembali sedikit sebanyak yang Abah pernah belajar dulu. Tajuknya pasal korban hari raya haji. Antaranya yang Ustaz bitau Jika si Suami melakukan korban walaupun 1 bahagian, keluarganya iaitu isteri dan anak-anak di bawah tanggungan dia juga dapat pahala korban Tidak sah korban jika terima binatang korban dari orang bukan Islam, kita boleh terima sebagai hadiah saja Tidak digalakkan

Kecil-kecil dah melatah!

Haiii lah anak! Mana belajar pun Abah tak tau, mungkin kat taska kot! Hehehe... Si Kakak nih dah pandai melatah! Bila dia main lepas tu terjatuh sikit ke buat-buat terjatuh, dia akan cakap "Opocot! jatuh pulak!" "Opocot! Kakak jatuhhhhhh!!" (nada merundum!) Bila Abah perhatikan dia, memang akan senyum sendiri laa.. geleng kepala dengan perangai melatah Kakak nih! Ada satu hari tu, Abah saja laa sakat dia! Main-main opocot dengan Kakak! kiranya macam usik-usik dia lepas tu Abah melatah laa sebut opocot juga! Tengah main-main tu, agaknya asyik kalah jer dengan Abah, tiba-tiba Kakak sebut "Abahpocot! Abahpocot!" hahahaha terus tergelak Abah! Ada jer idea si Kakak nih! Pagi tadi pun selepas Abah siapkan diorang, si Adik dengan si Kakak main pocot-pocot nih! kata Adik "Kakakpocot! kakakpocot!" si Kakak balas "Adikpocot! Adikpocot!" lepas tu tergelak sesama sendiri! Abah yang tengah gosok baju masa tuh pun tergelak sekali sebab diorang main

Kakak majuk!

Imej
Hari tu masa Abah tengah siapkan AMRAFAHAN ni. Pakaikan diorang baju sebab baru lepas Abah mandikan diorang. Sambil pakaikan baju tu, Abah cerita-cerita laa.. siapa dah besar jer baru boleh ikut Abah pergi surau. Sekarang nih tak boleh, kecil lagi! Si Abang menyampuk, dia boleh ikutkan Abah! katanya.. hehehe... selalunya memang Abah bawa dia pun pergi surau, selalu gak pesan kat dia kalau dia tak solat betul-betul, Abah tak nak bawa lagi pergi surau. Bila atas motor, beria-ia angguk kepala. hehehe tapi bila dah sampai ermm... hilang habis janji manis si Abang... tapi sejak dua tiga kali Abah tinggal dia tak bawa pergi surau bila sesekali dia ikut Abah pergi surau, memang dia solat betul-betul laaa... setiap kali lepas solat bila Abah toleh ke belakang ke Abang, dia akan beritau Abah "Abang solat betul-betul Abah!" Abah tersenyum, dalam hati ini lega walaupun si Abang bukan solat yang sebenarnya, sekurang-kurangnya pergerakkan solat tu dia dah tau. Alhamdullillah! Ehh... Aba

Alaa... ngada-ngada laa sogo nih!!

Abah dapat mesej En. SOGO, bunyinya camnih, RM0.00 KL SOGO: Good news, shopaholics! We'r throwing another W'house Clearance on 11-14 Oct before the year ends! Bring 2 friends along n shop till u drop! Kenapa buat hari kerja? Dia tak tau ke Abah kerja kat Seremban, jauh tau nak pergi! Mana cukup masa rehat sejam? Huhuhu... Err... Bernas tak alasan orang yang tak berapa nak kaya sangat nih? Hehehe Published with Blogger-droid v2.0.9

Bahayanya Mengandung Kembar!

Imej
Assalammualaikum, Selamat Pagi! Pagi ni Abah nak share sikit kisah dari group kembar Abah. Mungkin ada antara kita yang teringin sangat untuk dapat anak kembar, kisah ni boleh dijadikan peringatan kepada korang, jika mengandung kembar. Jika berlaku kepada korang, sekurang-kurangnya korang tau apa yang korang perlu buat. Abah copy paste dari FB member Abah. ********************* Salam mommys.. sekadar nak kongsi cerita..ade sorang akak ni pregnant kembar 3. Masa kandungan 6 bulan kembarnya tinggal 2 coz ade masalah rahim tak kuat. Rupa-rupanya dalam masa yang sama dia mengalami kebocoran air mentuban sikit-sikit.dia tak perasan sampailah kering. Twin gagal diselamatkan dan dikeluarkan secara normal. Selepas baby keluar,akak ni pulak alami kompilasi.Doktor cakap keracunan sebab air mentuban dah kering. Effect kat organ dalaman. Akhirnya akak ni mengikut jejak langkah kembarnye.. sedih sangat bila dapat tau berita ni.. tak sangka sampai macam ni skali effect bila leaking.. -Al fa