Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 1, 2014

Selamat Hari Jadi Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah, hari ini genap ulang tahun ke 6, kelahiran anak sulung Abah, Aqil Muhammad Rayyan Bin Huszaini. Masih teringat-ingat jeritan mama yang kuat itu masa nak melahirkan Abang! Hihihi sorry Mama!! Memang tak leh lupa!!

Masa tu, Abah dapat teman Mama di bilik bersalin Hospital Putrajaya, mak mertua Abah tunggu kat kerusi luar ruang menunggu kaunter Dewan Bersalin tu. Nak cerita macam mana kuatnya Mama (betapa kuat, sabar, cekal seorang perempuan yang nak melahirkan anak!) rasanya dah ramai yang tahu, cuma Abah nak share kat sini, bila Abang dah pandai baca, Abang tahu betapa besar pengorbanan Mama. Masa tu Mama tengah teran untuk keluarkan Abang dari perut Mama, ialahkan pengalaman pertama Mama bersalin, puas doktor cakap, puan jangan jerit! Tapi teran! Baru baby keluar! Abah yang berdiri sebelah Mama pun dah dup dap dup dap. Tiba-tiba keluar satu jeritan yang amat kuat dan lahirlah Abang. Bila dah keluar tu, doktor suruh Abah tunggu di luar sementara doktor dan jururawat nak…