Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 27, 2011

CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI

Imej
Di suatu pagi hujung minggu di sebuah rumah di Putrajaya...

Ayah: Anak-anak oii!! Cepatlah! Dah lambat ni!!
Anak 1: Kitorang dah siap! Ayah yang lambat!
Anak 2: Apalah ayah ni! Harap perut tuff, tapi slow!
Anak 3: Haah kan korang kan! Ayah memang macam tu! Selalu jer nak cepat tapi dia siap lambat! nak mekap lah! itu lah ini lah!
Anak 4: Dah lah! Ayah dah tunggu tu! Membebel pula!

Keempat-empat budak lelaki itu berlari turun ke bawah...

Ayah: Hah! Apasal lambat? Ayah banyak tempat nak singgah ni! Nak pergi gym lagi! Nak update blog lagi! Nak jumpa peminat lagi! Ramai tau tunggu nak sign autograf ayah nih!
Anak 1: Eleh ayah nih!! Sikit-sikit blog! Sikit-sikit blog!
Ayah: Eh suka hati ayahlah! Dengan duit blog ni tau! Ayah dapat beli macam-macam! Mainan kau orang tu! PS 5 tu! Handphone HTC 9 kau orang tu! Dari mana duit dia? Duit blog laa nih!
Anak 2: Yelaahhh... sikit-sikit ungkit! Kalau tak kerana kita orang! Ayah dah tak popular lagi macam dulu tau! Nasib jer ayah nih!!
Anak 3: Haah! Ayah patu…

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 5

Maaf yer terlambat update, hari ni bz sikit sebab jaga AMRAFAHAN, mama dia orang kena kerja hari ni. Lepas masak bubur, bagi dia orang makan, lepas dia orang main lepas tu bagi susu, sekali dengan abah dia orang tertidur... huhuhuhu...
Oklah kita sambung lagi yer.. Pada yang baru baca boleh mula kat sini, Siri 1
Soalan Ke Sembilan
Apakah cabaran yang perlu dihadapi bg ibu bapa yang ada anak kembar?
Cabaran awal yang ketara i. nak dapatkan rentak perangai anak2 kembar ii. tak tido malam (kurang) sebab masa menyusu yang lama. (kena bergilir2 kalau nak tido) iii. kalau dapat kembar seiras, cabaran besar ialah proses PENGECAMAN wajah ler.. iv. bersedia menjawab soalan bertubi2 dari semua pihak termasuk ahli keluarga. v. menyediakan perbelanjaan yang mencukupi bagi membeli barang keperluan asas bayi seperti susu dan lampin pakai buang. --- orang beranggapan susah nak jaga kembar sebab pengalaman menjaga seorang anak kadang kala agak mencabar. Tapi Allah Maha Adil, semuanya dipermudahkan olehNya. Untu…

Patah tumbuh hilang berganti...

Imej
huh... tajuk... kekeke... pagi ni saja belek blog dan nuffnang, huhuhu... rupanya BE adizero dah jadi ME... dapat laa kumpul RM8 huhuhu... Alhamdullillah.. siapa nak bagi kan? lepas laa beli nasi lauk kambing kat kedai mamak! hehehe...

Tapi yang patah tu berganti dengan pucuk yang baru... Alhamdullillah.. terima kasih laa En Nuffnang sebab sudi beri BE kat blog ni... walaupun seekor BE, jadilah.. dari takder.. Haaa.. hari tu ada dapat BE maxis, tapi lepak kat blog ni 2 3 hari jer... lepas tu jadi ME, dapat laa RM 0.19 sen hehehe... duit tu.. sapa nak bagi kan? hehehe... Bersyukurlah yer!

BE yang baru ni pasal Nokia E7, macam menarik telefon ni! tapi dia guna symbian, Interface dia nampak menarik, dari video yang aku tengok tu, boleh guna untuk business, entertainment dan fully integrated sosial networks macam FB dan Twitter. GPS pun ada. Boleh jadi Mobile Office pada sesiapa yang sentiasa travel! Nokia pun ada market software sendiri nama dia OVI Store. Kamera dia 8MP dan boleh rakam …

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 4

Selamat kembali u oll!! kekeke... nak gak guna u ol u ol nih!!!
Ok kita balik ruma.. ehh. balik kepada soal dan jawab kita.... Apa?? tak paham? tertinggal lagi? Sila mula balik kat sini yerr-->>> Siri 1


Soalan Ketujuh

Apakah perbezaan yang mudah untuk mengenali mereka?
Selain berat badan, muka masing2 dah ada perbezaan. kembar pertama (Auni Faqihah) agak tembam dan mata agak sepet. kembar kedua (Auni Haziqah) mempunyai raut wajah manis dan paling suka senyum.(sekarang paling suka menari) kembar ketiga (Auni Naqibah), bertubuh kecil dan ada tahi lalat di bahu kiri Masa mula-mula kahwin dulu err... silap.. mula-mula keluar hospital.. hehehe... Saya dapat mengecam Auni Auni Auni dengan terrer sekali! Lepas tu wife pula terrer... saya asyik tersasul jer.. Masa tu muka AF nak sama dengan muka AH, kadang-kadang muka AH nak sama dengan muka AN, maunya bapak dia tak kompius... Pernah sekali laa.. ehhh silap lagi... bukan sekali.. tapi banyak kali laa... saya tersalah panggil nama Auni Auni A…

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 3

Selamat Pagi! Ok kita sambung lagi hari ni yer.. err.. hilang punca? meh tengok kat Siri 1 dulu!


Soalan Kelima

Bagaimana penjagaan ketika dalam pantang. siapa yg banyak bagi bantuan?

Setelah dilahirkan, kembar telah dimasukkan ke NICU selama 46 hari. Mereka duduk di wad NICU sehingga berat badan mereka mencapai berat 2 kg atau sekurang-kurangnya 1.8 kg. mereka mendapat rawatan dan penjagaan rapi dari semua pakar dan nurse di sana. kami berulang alik ke hospital setiap hari setiap waktu melawat untuk membekalkan susu dan belajar kaedah penjagaan untuk anak lahir pra matang. Selepas keluar hospital, susu ibu tidak mencukupi dan kami beri susu untuk bayi pra matang atas nasihat doktor. Ini bagi meningkatkan berat badan bayi agar tidak turun semasa dibawah jagaan kami. Penjagaan bayi pra matang sangat rumit kerana bayi pra matang mudah terkena penyakit dan mudah turun berat badan jika tidak sihat, jadi sewaktu kembar masih kecil semasa berumur 3 hingga 5 bulan, kami hadkan pelawat dan tida…

Sukanya!!!!! Jumpa kembar lagi!!

Imej
Sukanya!!!! Err.. sila baca nada Eric Deco... sukanyaaaa!!! hehehehe
Jumpa lagi geng kembar!! Baru jer lahir pada 20 Feb 2011 hari tu!! Sehari sebelum birthday uncle laa Aisy dan Asyil!!! Hehehe... nanti boleh kita celebrate birthday sama-sama!!!
Apa lagi!! Jom terjah Blog Mama Aisy dan Asyil!!!

Gambar ini dicilok dari blog mama dia orang... sila ampunkan saya!! :) Mengikut blog mama dia.. Aisy abang, Asyil adik..

Saya menjadi sangat suka kerana senarai kembar saya menjadi 32 geng! ramai kan! kan! kan!!

DI SEBALIK TABIR BLOG

Imej
Gambar ayu dan manja Ben Ashaari.. kekeke... Saja letak besar-besar!!! Kekekeke

Dengan hormatnya aku mengtiru dan menampal dari blog Ben ke sini...


Untuk sertai , mudah jer ... cam biasa ..buat satu entri khas :
Sila letak header BEN ASHAARI BLOG - Dah!Tajuk : DI SEBALIK TABIR BLOG .. - Dah!Sila letakkan gambar betul anda yang paling menawan ..Ehem.. - Dah! Gambar ayu ko! kekekeCeritakan latar belakang anda secara ringkas... Jika terlalu peribadi , jangan cerita eh .. Simple simple jer .. ni masa nak pikat pembaca .. ;) Aku seorang abah yang ada anak 4 orang dengan dengan hanya 2 kali bersalin jer.. wife aku yang bersalin.. aku tak boleh! Orang kata aku bunting gajah.. salah semua tuh!! Tu namanya single pack! Tak suka aku banyak-banyak pack macam Ben tu.. sampai 6 pack.. susah bawa woo..!! Sesungguhnya semua itu adalah seni perut orang lelaki... hehehe... Masih bekerja dan mempunyai BARU SEORANGisteri (hehehe..isteri baru belum lagi...huhuhu...) yang sangat cantik dan baik hati, terre…

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 2

Ok kita sambung lagi... tertinggal? Sila tengok sini untuk siri 1


Soalan Ketiga

Persiapan sebelum melahirkan anak kembar dr segi bajet?

Sebenarnya cuma byk bersedia dari segi mentally, sbb wife asyik pk mcm mana nak breastfeed triplets. dia byk surfed n baca blog family triplets utk tau cara n experinced. sebab berjaya fully bf anak yg sulung sehingga berumur setahun jadi dia berazam nak fully bf the triplets.
persediaan barang2 keperluan kembar beli ala kadar sebab doktor kata mgkn kena tahan kat NICU dan tak tau berapa lama akan di tahan. (doktor dah maklumkan berat kembar dan risiko2 yang bakal dilalui..).
masa mula beli pakaian kembar, cashier mesti akan tanya kenapa beli semua 3 pasang. bila diberitahu kat dalam perut ada 3 baby, sessi soal jawab pun bermula lah. jenuh jugak lah menjawab. antara soalan yang selalu ditanya masa mengandung kembar..
i. eh? kembar 3 ke? perut kecik je...
ii. kembar 3? bestnya..macam mana buat? (????????)<--- adoiihhh..
iii. larat tak nak bawak kak?

Jumpa geng kembar lagi!!

Imej
Waa... seronotnya rasa... jumpa lagi ibu kembar berblog.. Pandai masak donut ibu kembar ni.. dan sekarang tengah mengandung lagi.. Tahniah yer Kamalia!

Nama Kembar ini Faeiz dan Faeiq. Dua-dua lelaki. Dah jadi hero pun!

Meh terjah blog Mama Kembar Faeiz dan Faeiq


List geng kembar bertambah lagi!!

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 1

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Kat sini aku nak cerita sikit macam mana kami boleh dapat kembar. Cerita dalam bentuk Q&A.
Ok kita mula dengan..
Soalan Pertama
Adakah saudara mara yang ada anak kembar? jika ada sebelah mana?
Ada, abang kandung abah wife,kembar lelaki tak seiras. sebelah sepupu mak wife pun ada. pakcik n makcik. Jadi, mungkin gen kuat dari sebelah isteri.
Tapi kami tahu ada gen kembar semasa raya tahun 2010 (sept 2010). Semasa kembar berumur 10 bulan. Sebelum tu, jika ada orang tanya, kami jawab setahu kami takde gen kembar... Sebelum ni, kami ingatkan abang kandung ayah wife kembar tahun (lahir seorang pada awal tahun seorang pada hujung tahun)
Soalan Kedua
Ketika isteri mengandung ada alahan luar biasa tak dan sejak bila tahu isteri mengandung kembar 3?

masa permulaan mengandung, ingatkan mengandung biasa je, sebab tak jangka ada gen kembar. tapi, masa kandungan masuk bulan ke2 perut tinggi, nampak mcm dah mengandung 5 bulan. wife tak lalu makan 5 bulan pertama, …

AMRAFAHAN Di Harian Metro

Imej
Alhamdullillah, pagi tadi masa aku hantar anak-anak aku di Taska KBS, aku dapat panggilan dari member sekolah aku, dia kata gambar anak-anak aku ada dalam metro. Oh! Baru aku teringat! Masa gathering dengan geng kembar wartawan harian metro ada datang. Lama dah rasa gathering tu! Baru hari ini keluar harian metro.

Bukan anak-anak aku jer yang keluar harian metro, geng-geng kembar lain pun ada! HananiUmmieEidaNur & RoziQisdan Nisatapi sampai lambat sikit masa gathering tu.Yatpun ada sekali! Ben Ashaari pun datang dan juga Ida serta Aqien.

Terima kasih yer semua pada yang datang gathering hari tu!

Nanti kita buat gathering lagi yer! Kumpul lagi ramai geng-geng kembar!! InsyaAllah











Kalau nak baca online boleh klik bawah ni:- 

Petanda Alahan 5 BulanKeinginan firasat akhirnya jadi kenyataanBerkat susuan ibu

Gambar dari Harian Metro Online






Terjebak lagi!

Imej
Haa.. ni salah seorang mangsa blog... terjebak!! Aku pun tak tau macam mana boleh terjebak...

bak kata tuan punya blog...

"As salam...

hahaha... at last... aku tepengaruh gak n tebejaye gak wat blog nih... ntah ape yang nak dicite pon tatau...
thanx to all friends yg influence aku yek.. asik bace blog org jek, nak gak org bace blog aku..."
Klik sini untuk baca seterusnya...

Yang bestnya blog nih sebab dia ada anak kembar!! Bertambahlah geng kembar!!! Hepi Hepi Hepi!!!

Silalah terjah blog ni yer... Bagi sokongan supaya tuan tanah ketagih nak update blog hari-hari macam aku nih!!! huhuhu....
Nama kembar dua ni Najlaa dan Najwa. Comel jer si kecik nih! Sila terjah!!



Ada tempat best tak untuk ber gathering?

Salam sejahtera!

Aku nak tanya kau orang nih! Ada cadangan tak tempat-tempat yang best untuk ber gather-gather lagi dengan geng kembar?

Kalau ada bolehlah bagi cadangan yer! Tinggalkan cadangan kau orang kat komen ni..

Aku bercadang nak buat gathering geng kembar lagi. Hari tu punya gathering macam tak puas jer!!

Lagi pun masa tuh ramai geng kembar tak dapat datang sebab ada hal.

Next gathering nak buat hari Ahad lah... lagi bagus kalau masa tu ada birthday kembar! Boleh sambut dengan kembar-kembar yang lain! Ok ke tak? ke ada idea lain? Bagi taulah yer!!

Kali ni tempat gathering tu aku nak tempat yang tak kena hujan atau berdekatan dengan tempat tu ada tempat berteduh yang selesa.

Ok cadangan aku, kita buat kat


Taman Permainan Kanak-kanak Alamanda, Putrajaya. Sebelah Parkson tu! Depan kedai mee tu! Kedai hapa tah! aku tak ingat.. alaa dekat dengan guardian tu! Tak tau?Ada lagi tak cadangan?? Mana tau tempat kau orang bapak bestnya dari tempat aku cadangkan nih!! Silalah beritau yer!!
K…

Join Bloglist Ujang9897

Imej
Aku setuju join!  dah angkat tangan dah!!
Review blog Ujang: Banyak entri lucah yang berguna kepada masyarakat! Hehehe!


Nak Join Klik Sini

Dah jumpa tapi masih rindu!

Imej
Semalam aku sampai rumah dah lewat malam, masuk jer bilik, Auni Auni terjaga, Auni satu lagi masih tidur. Si Abang dah bangun dari tidur. Puas tidur dalam bas agaknya. Lepas tu jumpa adik-adik dia, semua kena kejut dengan abang dia sebab nak salam, lepas salam tu, abang nak salam lagi, lepas tu adik-adik dia taknak salam lagi.. apa lagi.. si abang terus menangis merajuk adik taknak salam. Aku pun pujuk laa, cakap dengan dengan Abang sayang adik jer, tak payah salam, si abang pun pergi la cium sayang adik dia. Adik dia pula yang menangis, elok-elok aku masuk bilik tadi senyap jer dah jadi riuh dengan suara anak-anak aku menangis.

Nasib wife aku masuk bilik pujuk Auni dan Auni. Auni seorang lagi masih tidur. Aku pun melandingkan badan baring sebelah Auni yang tidur. Hehehe.. sebab tak nampak sangat sebab gelap aku pun cek laa Auni mana laa yang tidur ni, rupa-rupanya AN. Hehehe.. bukan aku tak kenal anak yer.. tak perasan sebab gelap.. huhuhu... Aku pun tidur peluk AN. Lepas tu datang l…

Seksi tak saya!

Imej
Haa.. ni nak tunjuk keseksian anak lelaki aku AMR!

Masa ni aku singgah kat Masjid Besi Putrajaya nak solat asar. Si Abang ni ikut laa aku solat, tapi lepas aku solat rupanya dia buat kerja dia.. Baik punya bagi! Masa tu dah lah tak bawa baju salin. Apa lagi, guna apa yang ada laa.. Tutup guna key abah dia jer.. Nasib laa ngam-ngam muat! Sampai kereta baru salin baju dan seluar dia... Hadoi yai! Anak Abah nih!

Rindu padamu!

Imej
Hari ini aku akan pulang ke Putrajaya. Bas dari Larkin pukul 6.30 petang. Dijangka sampai KL jam 10.30 malam. Aku minta wife aku datang ambil aku dan Aqil di Hentian Serdang. Wife aku dah rindu sangat kat Aqil!! Kat Abah Aqil tak rindu ke? hihihi.. dah seminggu tak jumpa!

Aku dah rindu sangat-sangat pada kembar Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah. Perangai baru apa pula laa dia orang sekarang nih yer! Setiap hari mesti ada perangai baru. Hari tu wife aku cerita perangai baru Auni Auni Auni. Masing-masing nak makan biskut, biskut kena ada kat tangan kiri dan tangan kanan, lepas tu kat mulut pun kena ada biskut. Lepas habis makan biskut kat mulut, mengamuk nak lagi biskut, biskut kat tangan tanak makan, nak pegang jer, jadi mama dia orang suap lagi biskut terus ke mulut. Biskut kat tangan jadi hiasan. Hadoii laa.. rindu laa kat dia orang! Tak sabar nak jumpa dia orang!




Nanti jangan muncung-muncung yer Sayang! :)Rindu kat Sayang sangat-sangat!

Nasi Briyani Gam Asli dari Batu Pahat!

Imej
Hari ni makan nasi briyani gam batu pahat yang asli! Best gile!


Aku makan ni sempena sambutan Maulud Nabi di Masjid Taman Perling, Johor. Caterer adalah abang kepada member aku! Sesiapa nak buat tempahan bolehlah beritau aku! Kawasan tempahan meliputi negeri Johor hingga ke Kuala Lumpur. Email aku aseng1@gmail.com