Sabtu, 28 Januari 2012

Giliran abah pula!

Hari ini dah masuk hari kedua abah demam dan batuk. Mungkin sebab kena hujan hari tu. Malam semalam dengan pagi tadi batuk-batuk rasa macam nak tercabut dada nih!

Sekarang ini macam dah kurang sikit, tapi ada rasa nak batuk laa.. tahan jer... kalau batuk gak mesti tak berhenti... sakit dada sakit kepala sakit tekak!! Kepala jadi berdengung jer...

Esok kami ada perjumpaan geng kembar sempena birthday salah seorang geng kembar. Harap-harap esok abah makin sihat laa, boleh pergi ke perjumpaan tu..

*** Hari ini mama ada kerja, jadi abah kena jaga AMRAFAHAN, tapi hari ini kesian kat AMRAFAHAN, abah tak dapat jaga diorang betul-betul.. memang tak larat sangat siang tadi.. Maafkan abah yer sayang!

Jumaat, 27 Januari 2012

Makan time!

Gambar ni lama dah ambil masa tahun lepas. Masa ini mama kena outstation 4 ke 5 hari... tak ingat dah! Biasanya lepas ambil diorang dari taska, Si Abang akan ajak makan kat kedai. Kedai tu dia yang pilih! Mula-mula tu dia pilih kedai mamak Ali 1 Bistro kat Presint Diplomatik tu sebab dia boleh order telur setengah masak. Lagi pun AMRAFAHAN suka makan capati! Senang laa.. Order capati lepas tu carik-carikkan dan letak dalam pinggan masing-masing. Lepas tu tambah kuah dal, memang laju laa diorang makan! Abah pun senang hati!

Masa nih kat kedai Selera Kita kat Presint Diplomatik juga, senang dekat dengan rumah. Abah order Nasi Goreng Cina, telur mata 2 biji dengan air barli suam. Favorite diorang air barli sebab boleh makan bijinya sekali! 

Kakak jer memang tak nak duduk kat baby chair tu!

Khamis, 26 Januari 2012

Demam + Basah + Anak

Demam

Hari ini demam Abang dah kebah sikit selepas 5 hari demam panas. Pagi tadi sempat bawa abang pusing-pusing naik motor sebelum abah pergi kerja, tapi tak nak berjalan nak berdukung, takpelah asalkan tak menangis.. Abang nampak segar laa selepas jumpa doktor pada hari Selasa lepas dan ada nampak perubahan, lega rasa hati. Doktor ada bagi ubat antibiotik dengan ubat demam bontot dan ambil darah pada abang, lega bila diberitahu tiada jangkitan denggi ke cikukunya << betul ke eja aaa?? dan lain-lain cuma jangkitan virus biasa jer. Sepanjang cuti tahun baru cina yang lepas nih, abang nak dengan abah jer... kasihan dia, lembik, tidur pun mengigau. Paling abah takut, sedih bila abang minta didukung sebab tak larat jalan, mengadu sakit kaki, mungkin sakit sendi kata doktor... nak berdiri pun tak larat... pakai seluar pun kena angkat bontot guna tangan, nampak sangat kaki dia sakit, aduihh.... masa tu abah dah sayu dah... sedih dah fikirkan sakit anak abah nih... Bila abang dah ok sikit, dia berjalan guna lutut dia tak pun merangkak.... waa... abah sedih sayu... tapi tak tunjuk laa.. cuma cium dia berkali kali.. sampai macam tu dia sakit... sebelum nih tak pernah sakit macam tu... jarang dia demam! Masa demam tu paksa juga mandikan abang dan jerlumkan dia tak nak suhu badan dia naik tinggi lagi... risau abah!

Rabu, 25 Januari 2012

Ini jer yang dapat diselamatkan!



Ini jer yang dapat diselamatkan! Yang lain tu tak cukup part... atau hilang... huhuhu... harap-harap ada laa part-part yang lain tu kat rumah! Kalau hilang satu kerja laa nak pergi ganti!

Pada yang bertanya siapa punya kerja, takde budak kecil lain dah! Auni Auni Auni punya kerja! Si Abang dah pandai tak usik dah. Masa kejadian abang baru lepas main game, lepas tu dia tinggalkan jer bila dah boring... jadi si adik adik dia pula sambung... huhuhu....

**tak paham? sila tengok gambar dalam screen laptop tu...

Alasan saya kenapa tak update blog!!


exabytes unlimited