Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 9, 2011

Video Kelab Kembar Malaysia di TV1

Video ni direkod oleh salah seorang member kelab iaitu Pn Sharifah guna astro beyond. Tapi tak tau cara nak transfer ke external Hard Disk. Jadi dia rekod guna video cam jer.. Oleh sebab itu suara tak berapa clear sangat. Video ni diambil ketika ahli Kelab Kembar Malaysia berkumpul disalah seorang ahli yang membuat majlis akikah dan sambutan hari jadi untuk anak anak kembar nya. Untuk pengetahuan korang, tuan rumah nih ada 2 pasang kembar. Kembar pertama lelaki dan kembar kedua lelaki dan perempuan. Pihak RTM telah sudi datang dan merakamkan aksi kembar di majlis tersebut untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari jumaat minggu lepas. (7 Okt 2011) Berita lanjut boleh baca disini

Nasib tak maut!!

Imej
Sekarang aku kat tepi highway. Motor kena paku, berkilat lagi paku tu! Entahlah! Ada orang tabur or sejak azali ada kat jalan nih.. Kebetulan masa aku tengah repair ada moto lain pun pancit juga.. Nasib aku aku tiub lebih, itupun untuk tayar depan, tapi dah emergency belasah laa juga untuk tayar belakang... Tadi nasib aku tak tergolek jatuh sebab angin tiub terus takde tiba tiba, menggelepor kiri kanan aku tadi...Aku hanya mampu kawal motor dari terus tergolek sambil sebut nama Allah. Kalau tergolek tadi entah mati entah hidup agaknya... Lori boleh tahan banyak dan laju... Alhamdullillah Allah beri keizinan pada aku untuk bernafas lagi... Terima kasih Allah

Makan sendiri!

Imej
Malam ni bawa AMRAFAHAN makan kat luar. Sekarang nih diorang taknak duduk dalam stroller dah.. Jadi nak bagi diorang diam.. Kena laa bagi diorang makan suap sendiri. Mula mula tu oklah... Lama lama jadi tempat gendang pinggan tu.. Huhuhu