Catatan

Tunjukkan catatan dari November 18, 2012

Yeyyy!!! Abah dah kurus! tanpa makan ubat kurus!!

Hermm.... pagi tadi Abah rasa lain macam! Sampai opis pagi tadi memang rasa lain! Apahal laa... seluar aku longgar nih! Biasa ok jer! Kerr aku dah kurus! kata Abah dalam hati.. hak hak hak!! Ermm... baru jer ehem.. ehem.. pagi tadi... tak laa banyak sangat... takkan dah boleh kurus dah?!! pelik!! pelik!! Ajaib! Minggu lepas muat jer seluar Abah nih! Hari ini longgar pula dah! Nak kata makan ubat kurus tu takdelah pula... Cuma kawal makan jer.. macam semalam pagi makan mee hoon goreng dengan kuih pastu tengahari pula makan nasi lauk ayam masak lemak nangka dengan cencaru goreng belah belakang dengan sayur taugeh bebola ikan dengan terung goreng dengan timun campur sambal belacan dengan ikan masin beserta air kaler hijau jerrr........ petang tu pula makan kuih pau sambal aka burger malaysia campur donat tiga empat keping beserta air cendul jerrrrrrr........... pelik Abah!

Rupa-rupanya....

Nyenyak tidur!

Imej
Auni Auni Auni penat keletihan tak tidur petang. Masa ini baru sampai rumah Makcik Abah kat Taman Perling Johor. Tidur dari dalam kereta sampai laa kena angkat letak dalam rumah... masih nyenyak tidurnya.. :)

Nih gaya tidur diorang yang keberapa tah! tak ingat dah! tapi kalau nak tengok gaya tidur diorang yang lain boleh klik label gaya tidur kat bawah nih hah! macam-macam ado!!

Rajin si Abang nih!

Imej
Nak buat sendiri katanya! Rajin anak Abah nih! Pandai anak Abah nih!




Sekarang nih si Kakak, Angah dan Adik pun nak buat sendiri... huhuhu.. tapi Abah kena dukung diorang sebab tak sampai!

Sama tapi tak serupa!

Imej
Cuba teka apa yang beza dan apakah ia?Published with Blogger-droid v2.0.9