Lena seorang abah

Sekarang nih pukul 3.15 pagi baru lepas buatkan AMRAFAHAN susu, susah pula nak lena balik.

Semalam dapat call dari taska dalam pukul 4 petang, cikgu beritahu abang demam panas. Dah 2 hari dia demam. Abah tak senang duduk, dah lah semalam sampai opis pukul 10 lebih... Sebab hantar AMRAFAHAN ke taska, mama kat rumah sakit mata. Bila dapat call tu terus rasa nak balik. Jumpa bos minta izin balik awal. Alhamdullillah bos paham dan bagi balik awal.

Nasib semalam bawa kereta jadi bolehlah sampai cepat sikit kat taska. Bila sampai jer, tengok abang dah lemah. Lepas ambil AMRAFAHAN dari taska, hantar Auni Auni Auni ke rumah dulu lepas tu baru keluar balik. Mama dalam keadaan tak larat kena laa jaga AFAHAN.

Kat klinik abang lemah jer, sebelum keluar dia ada muntah, kesian tengokkannya.. Doktor kata tonsil abang bengkak, jadi bila muntah akan sakit, doktor nasihatkan makan aiskrim vanilla. Abang happy jer sebab dengar dapat makan aiskrim. Lepas jumpa Doktor, abang kena masukkan ubat bontot, dia memang lemah sangat tak aktif langsung! Kesian abang, masa tunggu ubat pun dia tidur kat peha abah.

Lepas ambil ubat, ajak abang beli aiskrim. Nampak laa dia ceria sikit. Bila sampai rumah nampak abang dah segar sikit, mungkin ubat dah berkesan, abah bagi dia makan aiskrim dan bubur, Alhamdullillah selera makan dia ada. Masa ni Auni Auni Auni dah tidur. Mama pula sakit pinggang, sapu ubat kat dia lepas tu tengok abang kat bawah tengah tengok tv. Abang minta abah buat susu dan ajak tidur, rasanya dalam pukul 10 lebih, sekali dengan abah pun tidur sama... Pukul 1.20 pagi terjaga.. Badan abang panas lagi, masukkan dia ubat bontot lagi. Lepas tu baru kurang sikit panas dia.. Tadi tak perasan pukul baper abang mengigau kata mama marah dia siap nangis lagi.. Pujuk dia bagi tidur atas badan abah, baru dia sambung tidur. Haa lepas tu baru dia terjaga minta milo, tu yang abah bangun buat susu coklat untuk abang dan susu untuk adik adik dia.

Macam nihlah tidur abah, kejap kejap terjaga, terima jer, alah bisa tegal biasa.. Macam abang nih, nak semua abah yang buat, abah ok jer heee... Pagi ni tak tau laa dapat pergi kerja ke tak, nak tengok dulu keadaan mama dan abang macam mana dulu.. Harap harap diorang makin sembuh laa. Amin...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
alahai ciannya dua org skali sakit. penat lah abah nak menjaga sorang sorang sbb hany mesti tak larat tu. moga abah dikurniakan kekuatan and kesihatan yg baik untuk terus menjaga keluarga. Take care.
abah khalisha berkata…
abah selalu jaga malam tolong buat susu untuk Nur Iman..
Abah mithali... moga semuanya sht2..Amin..
zahidah seran berkata…
saya baru jumpa blog ni..=)
salam kenal.
seronok dapat baca isi hati seorang abah tentang family...=)
Bittersweetflavours berkata…
dugaan untuk membesarkan anak.. cam tu lah..
Rizziela berkata…
Rajinnya abah...untung mama dapat abah
Yaati Nor berkata…
siannya..sedih pulak baca..boleh dapat anugerah suami mithali mcm ni..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!