Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 23, 2011

Santai!

Imej
Hari ni abah ter over jadi kanak kanak ribena! HeheheSakan main gelongsor air banyak kali dengan abang! Abah layan jer abang nak mandi kolam nih! Hehehe. Malam tadi opah sampai. Pagi ni opah tolong jaga Auni Auni Auni. Sementara tu abah jaga abang. Kalau abah jaga empat empat orang kat kolam nih memang tak terkawal laa... Petang nih maybe baru bawa Auni Auni Auni mandi.Oklah abang dah ajak naik.. Dah minta biskut... Lapar laa tu.. Hehehe.. Maunya tak lapar.. Main air dari pukul 9 lebih sampai pukul 12 lebih.. Abang.. Abang... Hehehe

Haa ni lah Gold Coast nya!!

Imej
Haaa amacam? Ok tak Gold Coast Morib? Mama dapat bilik mengadap kolam.Gold Coast Morib terletak 5km dari Pantai Morib. Senang jer nak cari. Dari Banting boleh dari Bagan Lalang Sepang pun boleh. Tepi jalan jer dari jauh dah nampak apartment tinggi kaler coklat hijau.Nak masuk taman tema sahaja harga untuk dewasa RM25, untuk budak umur 2 hingga 12 tahun RM15. Taman ni dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 7 petang.Haa bila kita nak bergumbira kat sini pula? Err harga bilik tak pasti pula berapa lagipun tempat nih belum officialy launching. Masih murah lagi kot..Dalam bilik air ada jakuzi. Sekarang nih AMRAFAHAN tengah mandi jakuzi hehehe. Bilik pun luas. Den pueh hati laa!! Hehehe. Err abah tengok diorang mandi dari bilik jer sebab ada tingkap boleh buka terus nampak diorang dari bilik.Oklah nak tengok AMRAFAHAN main air nih! Sakan sungguh masing masing!!

AMRAFAHAN pergi Gold Coast!

Imej
Hari ni AMRAFAHAN dengan abah nak hantar mama pergi Gold Coast! Mama ada kursus kat sana.Nasib baik kejap jer! Sampai hari ahad nih! Kalau tak jenuh abah nak jaga AMRAFAHAN sorang sorang!! Dulu bolehlah kawal diorang sorang sorang! Sekarang nih sejak pandai cakap pandai membantah nih.. Abah susah nak kawal semua kalau cakap lembut lembut! Kena jadi tarzan gak baru diorang dengar cakap! HuhuhuTengok tempat nih nampak cantik laa.. Baru jer buka. Ada taman tema air. Tapi belum sempat ambil gambar lagi. Nanti dah ambil gambar abah share kat sini aaa!

Comot!!

Imej
Semua nak buat sendiri! Hehehe Comot pun comotlah! Janji makan!

Tak larat!

Hari ni selsema batuk dan kepala berdengung. Tak larat sangat! Muka dah jadi merah, itupun member bitau. Kat opis melepek jer.. Dapat laaa tidur sekejap.

Tidur dalam air con pun badan berpeluh err sebab pakai jaket kot. Agaknya 2 3 hari sebelum nih balik kerja asyik kena hujan jer.. Tapi semalam dah beli baju hujan yang siap seluar tuh.. Asyik basah seluar jer bila pakai baju hujan yang sekarang nih.. Hari ni kalau nak balik nanti hujan lagi, boleh test baju hujan baru... Hehehe.

Oklah nak sambung tidur balik.. Hee...

Kepada Boss, jika terbaca laa... Saya demam dan tak larat laa.. Boss jangan marah aaa... Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekarang nih!

Sekarang nih..

AF dah pandai memilih baju... kalau baju yang kita nak pakaikan pada dia tu, dia tak berkenan.. dia akan memberontak nak baju lain.. ini kes kalau nak pakaikan baju lain lain kaler laa nih.. AF akan pilih mana yang dia suka..

Auni Auni Auni suka mandi kolam.. lagi-lagi kalau abah yang mandikan diorang... abah layan aje...

Auni Auni Auni suka gosok gigi... abah ada belikan diorang berus gigi sorang satu. Bila mandi jer.. masing-masing nak gosok gigi.. siap kena letak ubat gigi lagi.. tapi... diorang nak buat sendiri!! Yeyeoo jer buat sendiri.. lagi lagi si AF tu... mula mula pegang berus gigi yang dah dibubuh ubat gigi tu.. Lepas tu dia letak kat gigi dia.. kena jer berus gigi tu kat gigi dia... terus dia buat aksi meludah... cehh!! gosok pun idak! nak ludah air gosok gigi tu! kekeke.. ini kes tiru abang dia laa nih.. hehehe lepas tu buat 2 3 kali macam tu... konon konon gosok gigi laa tu.. abah pun layan jer.. lepas tu suruh kumur dengan air.. air yang masuk mulut tu ba…

Rehat kejap!

Imej
Baru sampai RnR Nilai arah utara. Humang hai.. Hujan lebat betul dari opis tadi... Ingatkan nak tunggu kejap, tapi gaya macam takmo berenti jer hujan nih... Redah juga lahh... Kalau jadi apa apa macam hari tu tak laa sampai rumah pukul 10 malam... Huhuhu...Baju hujan aku jenis tutup atas jer, bolehlah asalkan beg laptop tak basah. Sepanjang jalan sampai RnR Seremban hujan lebat, masuk Nilai hujan dah reda. Belakang badan aku dah sakit menggalas beg laptop, bontot dah kebas... Huhuhu tak boleh jadi nih, kena singgah RnR Nilai untuk renggang renggang kan urat.. Tak kisahlah dengan seluar dan kasut yang basah err baju basah sikit.. Janji dapat rehat jap... Huuu... Lega wooo... Lepas tu layan pau ayam panas err dan nasi lemak dengan barli suam... Baru segar nak bawa motor... Err makin gomok laaa den camnih... Hehehe. Oklah nak sambung perjalanan balik. Hujan dah mula turun balik nih.. Doakan perjalanan aku selamat sampai dapat jumpa AMRAFAHAN dan mama diorang! Insyaallah Amin

Nasi Goreng Bawal!

Imej
Selamat pagi kakak kakak adik adik abang abang sumer!

Hari ni arghhkak nak tunjukkan resepi arghhkak yang pertama kali arghhkak masak! Ikut suka hati jer nih haaa.. Seperti yang kita sedia maklum.. bawal memang banyak gunanya yer.. boleh buat tudung dan boleh juga buat makan... kali nih arghhkak amik yang boleh makan punya iaitu ikan bawal yer..

Resipi nih tercetus semalam petang akibat kelaparan yang amat sangat kerana orang rumah bekerja yer.. Okeh! untuk tidak melengahkan masa lagi marilah kita tengok bahan-bahan dia haa..

Bahan-bahan

Ikan bawal yang dah digoreng semalam punyaNasi sejuk semalam punyaBawang besar 2 ketulBawang kecil 3 4 ketulBawang putih 3 4 ketul gak..Garam ikut sukaMinyak sayur tanpa kolestrol baik untuk kesihatan..Cara-caranya
Mula-mula potong segala jenis bawang yang ada.. bawang besor potong besar besar.. bawang kecil potong kecik kecik yer.. bawang putih potong putih err.. potong kecik kecik gak.. hehehe.. Pastikan korang memakai google berenang atau sepek mata …

Kepenatan!!

Imej
Semalam abah bawa AMRAFAHAN pergi Bekdonal. Lepas puas main agaknya, abah ajak laa diorang balik..  Masuk kereta, mula-mula sakan bergaduh bermain laa diorang nih.. Tiba tiba senyap jer.. Sekali pandang rupanya dah tidur si Auni Auni Auni.. si Abang jer yang tak tidur tidur..




Hari ni abah kena jaga AMRAFAHAN lagi, balik dari niaga tengahari tadi, lepas tu hantar mama pula pergi opis dia, kena kerja obertaim.. 
Seronok bila balik tadi sebab disambut orang Auni Auni Auni (err.. abang tidur masa nih.. ) dengan panggilan "Abah! Abah! Abah!" berulang-ulang kali dari diorang sejuk jer hati.. kurang rasa penat tu... 
Sekarang nih, AH kalau nampak abah, dia akan tarik jari abah ajak mandi.. haaaa suka mandi ko! diorang nih!! Sebab apa? Sebab kalau abah yang mandikan diorang boleh mandi kat kolam.. abah bagi diorang main air puas puas! Balik tadi pun AH tarik tangan abah lagi.. Mula mula seorang jer.. lepas tu menyusul lagi 2.. Lepas bagi mandi...err... bagi diorang main air.. abah s…