Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 29, 2011

Amrafahan di kenduri!

Imej
Kami sekarang di kenduri kahwin sepupu aku kat Malim Nawar Perak. Tak sempat nak taip panjang panjang... Masukkan gambar Amrafahan jer...

Published with Blogger-droid v1.6.9

Kesian aku..

Hari ni aku tak dapat nak update sangat blog macam biasa.. Berada diluar kawasan.

Amrafahan bercuti laa.. Balik kampung sebab ada kenduri kahwin... Banyak benda boleh cerita tapi sebab kekangan masa... Ceewahhh... Yeye oo jer...

Nanti aku update lagi yer... Korang jangan bosan tau! :-)

Published with Blogger-droid v1.6.9
Published with Blogger-droid v1.6.9

Kalut kalut kalut!!

Imej
Haaa... Aku tengah kekalutan sekarang ni...

APA PUN TAK BOLEY!!!!

Sekian terima kasih sudi baca luahan hati aku nih... Huhuhu



Konon2 muka kalut laa ni.. Err.. Aku pun tak tau muka kalut macam mana... HuhuhuPublished with Blogger-droid v1.6.9

Perangai baru laa pulak!!

Selamat pagi!!

Ok.. pagi tadi dalam pukul 5 lebih aku bangun buat susu sebab AMRAFAHAN dah meraung raung.. Ngantuk sangat aa... huhuhu.. lepas tu bagi laa AMRAFAHAN minum..

Tiba tiba aku dengan ada bunyi macam orang berkumur... masa tu bilik gelap... banyak kali juga laa aku dengar berkumur tu.. masa ada 2 orang Auni baring kat sebelah aku.. aku pun tak tau sapa.. jadi.. aku malas laa amik port.. aku pun sambung laa tidur kejap sebelum bangun balik nak solat subuh..

Lepas tu aku mandikan diorang.. bila tengah nak siap-siapkan dorang pakai baju tu.. AFAHAN ni minum laa susu.. masa ni masing-masing pakai pampers jer.. tak sempat nak pakai baju.. hehehe.. Lepas tu aku dengar lagi orang berkumur... Bila aku toleh jer rupa rupanya AN yang berkumur tu.. aku tengokkan jer.. mula mula dia minum susu tu.. lepas tu dia simpan dalam mulut dia.. lepas tu dia kumur kumur susu tu... sambil lompat lompat lari lari atas tilamm.. hadoii yaii.. elok jer pula tu.. tak tersembur susu tu... bila dah habis…

Mabeles!! mabeles!! mabeles!!!!

Imej
Sebelum.....


Apesal bini aku...

Imej
Haaa..... apesal bini aku mengidam mee rebus haji wahid ni?? Jeng jeng jenggggggggggggg.........




Hehehe... takde apa apa laa.. saja jer dia nak makan mee rebus nih.. dari hari tu lagi dia ajak cuma tak berkesempatan nak bawa dia jer.. err... kalau 'ada' kan rezeki tu namanya kan korang kan?!!! kekekeke...

Untuk cerita kebestan mee rebus haji wahid ni boleh baca kat sini dan sini... err.. gambar pun aku cilok dari blog diorang.. jangan marah aaa... memang sedap mee dia!! aku pun suka makan!! hehehe

Hari Rabu tanpa cakap..

Imej
Cehhh... wahhh.. nak buat jugak laa.. rabu tak bercakap..... (alaaaa wordless Wednesday tuu) ehh ni  bukan  bercakap ke?? ehh.. ni taip maa...kekekee...

Umur Auni Auni Auni 1  tahun sebulan

Auni Auni Auni dulu dulu dulu!! Part 1

Imej
Rindukan saat saat nih!. tak mungkin berulang kembali.. errr... melainkan diorang paksa abah dengan mama minta adik.. hehehe
Auni Auni Auni semasa...
Umur 2 bulan

Bila terlepas ke taman permainan!!!

Imej
Bila dapat peluang bermain di taman permainan belakang rumah aku punya laa seronok Auni Auni Auni ni.. abang dia tok sah cerita aa... dia paling cepat sampai taman dulu.. 
AFAHAN selamba jer naik tangga kat taman tu.. aku toleh arah lain sekejap je.. tengok tengok balik sorang dah ada kat atas tu.. heeyy... berani sungguh.. aku yang risau.. Sapa sapa nak main dengan AFAHAN mai laa datang taman dekat rumah aku nih.. dua puluh lapan langkah setengah jer dah sampai taman ni dari rumah aku.. hehehe dekat kan!!
Meh ler layan aksi diorang nih.. hehehe

Polis trafik kenit!

Imej
Malam tadi lepas jumpa geng kembar, kami jalan jalan kat pesta hari belia kat putrajaya. Saja jelah jalan nak tengok tengok apa yang ada, itu pun dah pukul 9 lebih, risau gak kalau tersangkut jem. Anak anak dah tidur, semua keletihan tidur pun berdengkur. Hehehe penat sangat agaknya...

Kami dapat laa masuk sampai depan menara usahawan tu, tapi jem laa... Aku ingatkan aku polis trafik jaga.. Rupa rupa budak kenit ni buat kerja amal...



Bagus budak nii.. Mula mula dia tahan kereta aku, dia bagi orang dari sebelah kiri aku jalan.. Lama juga dia tahan, aku tak boleh nak jalan sebab dia ada betul betul depan aku.. Aku apa lagi amik laa gambar hehehe... Lepas tu ada orang lain amik gambar dia juga... Budak nih macam suka pula orang amik gambar dia..

Bila dah macam tu ada kereta belakang aku potong aku sebab aku tak dapat nak bergerak... Lepas barulah budak ni bagi kereta aku jalan... Huhuhu yang sadis nya dia suruh semua kereta dari semua arah jalan siap buat isyarat tangan suruh kereta ber…

Mini gathering geng kembar!

Imej
Alhamdullillah semalam berlangsung sessi mini gathering dengan geng geng kembar. Mini gathering ni di anjurkan oleh CT Azct. Seramai 5 keluarga datang. 
Mula mula aku sampai dulu.. lepas tu tengok macam takde orang jer.. betul ke kat tempat ni.. ermm.. aku pun pandai sangat sebab tak ambil nombor tipon diorang.. lagipun aku sampai lambat dalam 5.30 petang... sebab event mula pukul 5 jadi.. aku bajet ada laa orang bila aku sampai tu... Lepas tanya cashier kat Restoran Geng Corner tu.. memang takde booking apa-apa.. jadi aku dengan wife duduk jelah sebab dah sampai.. terfikir juga diorang ni tukar tempat jadi ke tak nih.. ahh.. biarlah fikir aku.. aku nak makan lapar siott..
Bila baru nak makan jer sampailah CT Azct dengan kembar boboynya ni.. dia kata masa dia sampai takde orang jadi dia dan famili dia pergi tengok drif kete kat stadium tu.. Ooo.. patut laah.. lepas tu sampai laa Ummi Nasir dengan kembar gegirlnya.. Lepas tu sampai Nora Aurora dan famili (kembar sepasang nih!) lepas tu b…

Gathering geng kembar kecil kecilan!

Yeyyy!! Hari ni ada gathering geng kembar kat geng corner seksyen 13 shah alam dekat dekat opis les coupeq alaa syarikat animasi yg buat citer upin ipin tu.. Nanti ada laa dalam 6 7 famili kembar nak datang. Event ni dianjur oleh CT dari group Dunia Mummy N Papa Kembar di FB.

Nanti nak jumpa kembar 3 Fatma laa.. dah 7 bulan umur baby kembar dia.. event bermula pukul 5 petang nanti. Kalau  ada geng kembar nak join boleh laa terus ke sana yer.. tapi datang kena bawa hadiah sebab ada sessi tukar hadiah antara famili kembar..

InsyaAllah nanti aku upload gambar yer.. Oklah nak bersiap dah nih.. daa..

Comelnya kembar Marissa dan Mayeesa

Imej
Tadi aku jalan jalan di Group DUNIA MUMMY N PAPA KEMBAR terjumpa blog kembar Marissa dan Mayeesa ni... Rasanya sebaya dengan AMR. Mama diorang ni baru jer buat blog.. mai lah kita support blog dia yer.. follower baru aku sorang jer..

Ini blog dia >> Twinkle Twins

Pandainya Auni Faqihah!

Tadi aku buatkan susu untuk Auni Auni Auni... lepas tu aku bagi laa kat AF sebab dia ada kat bawah depan tv tu.. AH dan AN masa tu tengah turun tangga. Jadi aku saja letak 2 botol susu untuk diorang tu kat sofa depan tangga. Sebenarnya aku nak umpan diorang laa turun tangga.. sebab dari tadi main-main kat tangga jer..

Bila aku dah letak tu.. Auni apa ekk aku tak ingat laa.. dah nak sampai anak tangga yang last sekali. Lepas tu si AF ni pergi amik susu kat sofa ni bagi kat Auni ni sambil dia pegang botol susu dia.. puting tak lepas kat mulut.. hehehe.. Auni ni terus ambil botol tu dan baring depan tv.. lepas tu si AF ni ambil lagi botol susu yang last bagi pada Auni yang baru turun tangga tu.. Auni ni pun sama ambil botol susu tu terus baring depan tv, si AF ni pun ikut adik-adik dia baring depan tv..

Bila aku perhatikan kejadian tu... aku rasa anak anak aku nih dah pandai fikir dah.. ambil berat satu sama lain.. Alhamdullillah umur diorang baru setahun setengah.. tapi dah pandai tolon…