Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 9, 2011

Panadol bahaya untuk hati!

Imej
Tq Google Aku dapat info ni bila berblogwalking ke  xznie . Terima kasih atas info yang bagus tu! Aku ni dahlah jenis suka telan panadol kalau sakit kepala! Lepas baca cerita ni terus rasa nak kurangkan atau berhenti terus ambil panadol nih... Sila baca sampai habis yer sebab aku copy paste jer! hehehe... Cerita ni aku ambil dari sini . Tq yer! Hari Isnin lepas, ummi sha dapat berita yang mengejutkan. Seorang kawan ummi sha dimasukkan ke wad ICU kerana darahnya naik sehingga 200 lebih. Ummi sha diberitahu yang dia terlibat dengan program sukan pada hari Jumaat lepas. Dia mula mengadu pening kepala dan mengalami sedikit demam. Setelah mengambil peperiksaan untuk pengajian Masternya, sakit kepalanya makin bertambah dan dia telah mengambil 10 biji panadol seperti kebiasaanya untuk menahan sakit. Di rumah, dia mulai muntah-muntah dan jatuh pengsan. Ibubapanya membawanya ke hospital dan dia di masukkan terus ke wad ICU kerana koma. Doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk C

Ni sekor lagi bongok!!

Bodoh! Bahlul! Bongok! Bangang! Apa laa yang dia orang ni fikir!!! Kesian kat baby tu!! Lelaki pukul isteri, hempas anak ditahan Oleh Muhammad Saufi Hassan 2011/01/15IPOH: Tidak cukup memukul dan menggugut isterinya, seorang lelaki menghempas bayinya yang baru berusia 18 bulan ke atas tilam hingga menyebabkan bayi itu patah tulang paha kanan. Kejadian menyayat hati yang berlaku di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi, dekat sini 7 Januari lalu menyebabkan bayi lelaki itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Semalam, polis memberkas suspek berusia 54 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang, dekat sini, jam 4 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah mereka. "Siasatan awal mendapati, dalam pertengkaran itu suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dandira

Kena jadi Ultraman lagi...

Imej
Ehh.. tak lah... kena jadi babysitter jer... jadi ultraman hari tu! Hari ni wife aku kena kerja.. kerja ke? asik main FB jer aku tengok! kekeke... So seperti biasa aku kena jaga AMRAFAHAN . Hermm.. bila nak mandi ni! kekeke... lepas subuh terus ngadap PC nih.. Oklah takleh nak membebel lama... Auni Auni Auni dah ketuk-ketuk pintu bilik tu! Yang si Abang ni dah mula kemas rumah!! Hadoiii yaii! Gambar dari google.. tade kaitan dengan aku! huhuu

Jumpa kembar lagi!! Yehaa!!

Imej
Kali  ni kembar yang dah besar... betul tak tipu macam yang semalam!! Aweks lak tuhh! Dua-dua ada blog. Aku dah update kat sini . Meh ler tengok! Sekarang ada 25  geng kembar! Kalau dapat kumpul semua kan best! Aku tengok blog Kyna dan Ieyaaa ni ada persamaan... tang gambar pengantin perempuan pakai baju putih... bezanya 1 kartun 1 model betul... agaknya dah nak kawin kot.. huhhuuhu Meh terjah blog diorang ! Blog Ieyaa   Blog Kyna

Kembar lagi laa! sepasang perempuan dan 2 adik lelaki!!!

Imej
Haa... aku baru jer update pasal kembar tadi.. pastu baru perasan ada lagi kembar... Maaf yer tuan tanah saya tidak perasan komen awak itu... Kembar nih best! 2 kali bersalin dapat Kembar perempuan dan kembar lelaki... terrer aaa mama dia nih... Nak belajar boleh? hehehe...  Info dari Mamam Kembar 3, bahawasanya saya tersilap... cuma sepasang kembar jer.. sekali imbas yang lelaki tu  macam kembar huhuhu... Maaf yer!! Seronok jer kumpul geng kembar ramai-ramai nih... Nak kembar 3 lelaki pula! nak lawan Mama Kembar 3 !! Huhuhuhu.. wife aku nak ke hah?? hari tu aku dengar dia cakap.. kalau nak anak lagi kena cari kedai baru.... huh... ada ke suruh.. kompom laa taknak.. cuba larang.. kekekek.... mama, abah gurau yer.. tapi serius.. kekekeke... Meh kita terjah.... sini Sepasang kembar... Gambar adalah dari blog tuan tanah... Minta share yer.. kalau tak suka beritau yer! Nanti saya removekan! Peace! :) ***Nota kaki Abah Jemput ke gathering yer!

Jumpa Kembar Cun Sweet 18 laa you alls!!

Imej
Kekekek.... kembang tekak aku guna uoll uolll nih! kekeke saje jer... Aku dijumpai oleh kembar 2 lagi... dari Kuwait ko!! Jauh gitu!! Besar dah anak dia! Lawa plak tu! Kalah Lisa Surihani!! Umur masih sweet 18!!! Kalau sesiapa nak buat menantu boleh laa... Meh laa tengok blog dia... tengok kat sini aa..... Meh tengok mata dia.. Sorang ada tahi lalat sorang lagi takde... Comfirm kau orang tak menyesal tengok! :) err... bagi mama mama yang sedang mencari menantu perempuan dan anak teruna sedang mencari kekasih hati... Tengok dah komen yer! Aku nak tau pendapat kau orang! Jemput ke gathering yer! Kalau balik Malaysia aa.. huhuhuhu **Nota Kaki Abah Nak nyanyi laa.. lalalalala lalalalaaaaaa laaalaaaaaaaaa!!!

Sessi bertemu dengan peminat!

Imej
Cewahh yer yer jer kan!!! Alaa nih jumpa kat Giant Equine. Dia orang ni kerja kat shop lot kat situ.. Pastu nampak kita orang.. dia orang tegur laa... kembar 3 ke?!  Apa lagi... dia serbu aa nak ambil gambar... Salah seorang budak ni cakap dia pernah jumpa kembar 4.. waa... teringin nak jumpa... huhuhu... kalau dapat jumpa bleh ajak pergi Jom Berkelah Dengan Geng Kembar kan!! Layan jerlah gambar peminat-peminat ni.. Kepada yang dalam gambar nih.. terima kasih yer!! :)

Jumpa lagi geng kembar! Yeyeye!!

Imej
Jumpa lagi geng kembar... yeyeyeye!! meriahlah nanti JOM BERKELAH DENGAN GENG KEMBAR . Sebenarnya aku dah perasan blog geng kembar nih tapi terlupa nak update kat sini . Ampun ya tuan tanah! Aku dah update dah.. boleh tengok kat sini kembar Jass & Jaff . Besar dah diorang nih.. rasanya sebaya dengan Aqil... ***Nota Kaki Abah Jangan marah aa... :)

Gaya tidur AMRAFAHAN

Imej
Haa... ni gaya tidur anak-anak aku sebelum dibangunkan untuk mandi dan di hantar ke taska... Macam-macam gaya ada... Kau orang tengok anak-anak jer.. bilik tak payah komen apa-apa... hehehe... Terlalu bersih dan tersusun... Aqil biasanya tidur lambat laa.. dalam pukul 10 ke 11 malam baru nak tidur... biasanya ikut abah dia laa... kalau ajak pergi lepak kat mamak, cerah jer biji mata dia.. huhuhuhu... Lepas tu dia akan bangun paling lambat sekali antara adik-adik dia.. lepas suruh mandi tak nak mandi... mengamuk-ngamuk tak nak mandi... kalau dengan abah dia memang kena simbah jer.. kekekeke... kalau dengan mama dia dipujuk elok-elok laa.. Auni Auni Auni pula tidur awal, biasanya lepas balik taska sampai rumah jam 6.20 petang, bagi dia orang main kejap depan tv lepas tu bagi makan, lepas tu angkat naik atas bagi susu, lepas maghrib tu biasanya dia orang dah tidur laa... Tapi bila tidur awal ni, dia orang bangun awal... pukul 5.30 pagi dah bangun kejut mama dia.. kalau dia orang

KEHADIRAN Jom Berkelah dengan Geng Kembar

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Untuk makluman semua, yang mengesahkan kehadiran mereka (hantar details ke email aku) ke Jom Berkelah dengan geng kembar hanya beberapa keluarga dan individu sahaja. Aku bahagikan kepada 2 kumpulan. Kehadiran Geng Kembar Mama Kembar 3  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 3 .homelicious  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 2 AMRAFAHAN  (2 Dewasa, 4 kanak-kanak) Kembar 3 Aieda Saidah Hamdi  (1 Dewasa, 2 kanak-kanak) Kembar 2 Dua Hati Menjadi Satu  (2 Dewasa, 4 kanak-kanak) Kembar 2 My New World My New Life  (2 Dewasa, 3 kanak-kanak) Kembar 2 Geng Tak Kembar Yana  ( 1 Dewasa) stillovemylife  (2 Dewasa, 1 kanak-kanak) Ben Ashaari (1 Dewasa) Elis Wanie  (1 Dewasa) Yusnizah Mohd Yusof  (1 Dewasa) Nora Aurora  (1 Dewasa) Siti Khatijah Deraman  (1 Dewasa) Aku berharap kehadiran akan lebih memberangsangkan... Kalau ikutkan, ramai nak join, tapi tak hantar details kat email aku, so aku tak tau sebenarnya yang betul-betul nak datang. Lagi

Mari memanjat bertiga-tiga!!

Imej
Haa... sekarang ni Auni Auni Auni sangatlah terrer memanjat tangga, sofa, meja kopi, kerusi meja makan dan juga panjat Abah... hehehe... biasa aa.. dia orang kan manja dengan abah dia orang... kuhik kuhik kuhik... Disebabkan keterreran dia orang ni maka aku menjadi risau... tapi Alhamdullillah setakat ni dia orang tak jatuh lagi.. minta dijauhkan semua tu... Amin... Ermm... lupa nak beritau... dia orang dah pandai naik tangga lepas tu turun tangga... sekarang ni tengah belajar naik tangga sambil berdiri pegang besi railing tangga tu... naik tangga secara merangkak sudah di kira sebagai pro.. huhuh... Ada satu hari tu.. aku mandi bilik air bawah, tinggal kan dia orang depan tv... masa tu mama pergi kerja kot rasanya hari sabtu lepas... lupa aa.. Lepas mandi aku tengok dia orang dah takde depan tv... AF dan AN kat tangga... aku cari AH, tetiba dengar suara dia kat atas rumah... Ya Allah berderau sekejap aku... cepat betul anak aku naik tangga ni... Terus aku naik atas, aku tengok

Gambar pergi taska dan balik dari taska...

Imej
Semalam angin si Abang nak duduk dalam baby car seat adik dia punya... Jadi si Adik ni terpaksalah duduk depan dengan Abah... Lagipun Mama tak sihat jadi dia cuti, so aku dengan anak-anak jer... kalau tak dia orang dah duduk dengan Mama dah kat seat depan tu.. Hari ni pun dia nak duduk belakang.. tapi aku takde laa snap gambar... Yang si Adik pula boleh duduk diam sekejap jer... lepas tu sibuk nak berdiri... Lepas duduk kat belakang tu, si Abang sibuk nak duduk depan pula dengan adik... geleng kepala aku tengok perangai dia orang sekarang nih... huhuhuu... Semalam sempat laa snap 3 4 juta keping gambar... Meh tengok gambar dia orang nih... gambar semalam nih... Masa ni nak pergi ke taska... Si Abang sibuk nak baring kat belakang Adik belajar duduk seorang-seorang kat depan Lepas tu nak duduk depan dengan adik Abang kata " Nak tengok Aqil Muhammad Rayyan!" masa ni aku nak snap gambar dia, sibuk nak tengok gambar yang aku snap Masa ni dah sampai parking