Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Abah

Kami Covid-19 fighter...

Imej
Abah dan Amni positif Covid-19, Abah dah hari ke 2, Amni baru hari pertama. Dari malam tadi Amni muntah-muntah. Tadi pergi CAC Putrajaya, Doktor cek nadi Amni tinggi. Kena masuk air juga, sebab nampak lesu sebab muntah banyak kali.  Doktor nak refer ke kecemasan dan masuk wad, nak pantau. Harap-harap tak lah serius sangat. Amni belum sempat ambil vaksin lagi. Mama dan abang kakak kembar Amni setakat pagi tadi, buat saliva test result masih negetif. Moga mereka tak dijangkiti lah hendaknya... Insya-Allah Aaminn

Ku sangkakan lepas.. rupanya...

Imej
Assalammualaikum semua, wahh!! lamanya Abah tidak menaip di Blog AMRAFAHAN ini! Hampir 2 tahun rasanya! Kenapa lama tak menulis? Kenapa  lama tak update? Jangan di tanya kenapa! Hehehe Hari ini Abah nak cerita pasal polis trafik yang selalu buat rondaan di highway itu! Pada awal bulan Julai lepas, alaa lepas raya tu, minggu pertama orang naik kerja lepas seminggu beraya, Abah masih ingat lagi hari itu hari Rabu, Abah balik kerja dengan menaiki motorsikal kapcai Abah itu! Tiba-tiba lagi sekilometer lebih nak sampai ke rumah, sewaktu berhenti di trafik light simpang tiga nak ke rumah Abah, ekzos motor Abah bunyi lain macam... pom pom pom bunyi dia! Macam cerita P Ramlee  Seniman Bujang Lapok tuh! Sekali bunyi motobot daa... Waktu tuh sudah hampir pukul 7 malam, kedai motor pun dah tutup, nak tak nak terpaksa laa bawa motobot tuh balik ke rumah. Jadi keesokkan harinya, Abah nak pergi kerja kenalah bawa kereta, bila bawa kereta ini, belanja dia lebih laa sikit dari motor sebab...

Perbualan rahsia suami isteri terbongkar!

Imej
Memang rahsia sungguh! Nasib baik dapat bongkar! Kalau tak.... Saje boh gambar gathering kembar hari tuh!

Raja dan Permaisuri!

Imej
Sembang petang adik-beradik AMRAFAHAN. Sambil makan popcorn dalam kereta. Kak Ngah cakap ke Kakak: Awak jadi tuhan (tuan).. (pelat nak cakap tuan jadi tuhan) Abah: Hepp!! Mana boleh cakap macam tuh! Tak baik! (Abah salah anggap sebab dengar nak jadi tuhan! Marah depa terus!) Kak Ngah: Jadi Raja boleh Abah? Abah: Boleh! Raja tu lelaki, Permaisuri untuk perempuan. Kak Chik: Mama jadi permaisuri, Abah jadi Raja, tapi Abah gemuk!! Hehehe Abah: (dalam hati) Huhh!! Apa kaitan!! Tiba-tiba si Abang menyampuk! Abang: Raja mestilah gemuk!! Kakak: Haah Raja mestilah gemuk! Hahahaha Huhhh!!! Anak-anak Abah nih pengaruh raja adalah gemuk kat tv kuat sangat nih!!! Macam nak marah tapi kelakar!! Hai lah anak!!!

Grrrr!!! Huhh ini tak kelakar!! Grrr!!

Imej
Ok! Ini tak kelakar! Huhuhu. Masa tengah beratur nak cuci kereta, sebab lama sangat, Abah keluar kereta kemas boot kejap sambil suruh si Abang passing barang yang kat seat belakang nak letak kat boot. Pesan dengan Abang jangan kunci kereta sebab nak tunggu turn dalam kedai. Si Abang kata ok. Pastu kami pun tunggu laa kat dalam sebab depan kami ada kereta tengah tunggu turn nak cuci juga! Bila dah sampai turn, budak cuci nih cakap kereta takleh buka. Arrghh sudah! Bila pergi tengok rupanya kereta berkunci lepas tu kunci kat stereng. Ok boleh relaks lagi sebab biasa ada simpan kunci spare dalam wallet. Tapi bila cari geledah wallet bagai! Alamak!! Kunci spare takde!! Arghh sudah!! Kebetulan pula kereta depan bateri kong, takleh start engine. Sama-sama tersadai takleh nak jalan. Brother tu pergi cari kedai nak jumping bateri, Abah pula kena walking balik rumah amik kunci satu lagi! Terus ajak si Abang balik jalan kaki nak ambil kunci. Sambil jalan kaki si Abang cakap kat Abah, "Ab...

Nyaris kena tinggal bas!!

Nyaris kena tinggal bas!! Bas dah gerak dah! Tanya kaunter sambil tunjuk tiket. Kat tiket tulis kmk coach. Tapi masa sampai kat putrajaya sentral takde pun bas kmk. Kaunter kata tu bas kuning tu yang jalan tu! Pi seberang jalan sana kat teksi lalu tu nanti bas lalu situ! Abah pun terkedek kedek bawa beg kejar bas kuning tuh. Nasib sempat tahan. Berpeluh ketiak kejar bas! Huhuhu.... Bas tu nama dia Jasmine. Patut laa tak perasan. Masa sampai tu ada laa perasan bas nih parking tapi tak terfikir pula bas nih yang kena naik. Huhuhu... Sebab dalam kepala otak nih cari bas kmk coach jer! Huhuhu Hari tu Abah ada minta tolong kawan abah hantarkan ke putrajaya sentral. Dia kata ok. Jadi hari ni Abah ingatkan dia ingat laa. Rupanya masa abah call kawan Abah tu, dia pergi cycling. Nasib tak jauh dia cycling. Dia patah balik dan amik kereta hantar Abah. Sebab tu terlambat sampai ke putrajaya sentral. Abah berterima kasih sangat kat kawan Abah tu sebab tolong hantar. Nasib baik sempat sampai. Cum...

Happy Anniversary Mama!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, dengan izinNya perkahwinan kami dah cecah angka lapan. Cabaran berumahtangga nih tak semudah seindah dalam novel dan drama kat tv. Ada manis ada masin ada masam ada pahit ada segala-galanya. Tapi dengan ada segala macam nih lah membuatkan kami lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dugaan berumahtangga nih. Alhamdullillah kami dikurniakan lima orang cahaya mata selama lapan tahun perkahwinan nih, err... cara ekpress hehehehe... rezeki dari Allah. Tiba-tiba teringat bila berjumpa dengan orang yang baru kenal, bersembang dan bertanyakan jumlah anak, bila Abah jawab lima orang, muka yang bertanya tuh nampak macam terkejut tapi kontrol! hehehe Lepas tuh baru Abah beritau, ada anak kembar. Ooo jawab orang tuh.. kembar dua ya?! tanya dia lagi.. Tak!! kembar tiga! Jawab Abah! Haaa... lagi laa terlopong orang tuh! Hehehe orang tu kata bukan senang nak jumpa kembar tiga nih! Rezeki Allah bagi kata Abah pada orang tuh. Eh!! Tercerita lari tajuk pula! M...

Grrrr!!! Doktor nih nak kena dengan Abah nih!!

Imej
Pagi kelmarin Abah ada appointment dengan Pakar kat hospital Putrajaya. Macam biasalah bila datang hospital mesti kena tunggu sebab ramai orang. Abah pun macam orang lain lepas ambil nombor giliran tunggu laa kat klinik pakar yang kita nak pergi tu. Tengah dok menunggu tuh sambil tidur-tidur ayam, nombor giliran Abah pun dipanggil. Abah pun bergegas masuk ke bilik doktor pakar tu. Bila dah masuk jururawat dalam bilik tu suruh Abah duduk di kerusi khas untuk pemeriksaan. Datang laa seorang doktor muda mengadap Abah depan-depan. Doktor: Dah dapat alat tu tak? Abah: Dah. Doktor: Bulan berapa? Abah: Rasanya dalam bulan 8 Doktor: Seminggu berapa kali pakai? Abah: 3 4 kali seminggu Doktor: Ada makan ubat? Abah: Setiap hari. Doktor: Haa... macam nih lah dengan alat nih, alat nih adalah ubat untuk penyakit pak cik nih! Kena pakai setiap hari! barulah sihat! Abah: Ok doktor. (Abah tengok doktor tu kecil besar jer!) hahahaha Oklah takde apa pun sebenarnya. Bukan ada dalam mingg...

The 1 Thing that Matters to You

Imej
Family!! Haa tu jawapan untuk tajuk entri Abah. Kali ini Abah dan beberapa rakan blogger akan sertai pertandingan Allianz Amazing Hunt 2014 anjuran Allianz Malaysia Berhad . Entri ini adalah salah satu tugas untuk pertandingan ini nanti! Jadi Abah nak cerita sikit pasal keluarga nih! Tidak dapat dinafikan lagi keluarga adalah antara perkara paling penting buat Abah buat kita semua. Tanpa keluarga, siapalah kita kan?! Sebelum berkahwin Ibu Bapa dan adik beradik menjadi tempat kita mengadu dan bercerita dan berkongsi tentang suka duka yang kita alami dalam kehidupan ini. Dari kita kecil sampailah remaja, ibu bapa jadi rujukan utama kita. Macam Abah anak lelaki nih lebih rapat dengan mak, berani sikit nak mengadu dengan mak kalau buat nakal.. kalau anak perempuan biasanya akan rapat dengan Bapa pula! Garang-garang mak pun bila buat muka sedih mesti mak lembut hati! hehehe Garang garang bapa kita buat muka sedih lagi laa bertambah kena rotan! hahaha Itu masa bujang, bila dah berkahwin...

Cess kakak! Kenakan Abah yer!

Petang kelmarin, kakak masuk bilik lepas tu dia mengadu, sakit kaki.. Dia pun duduk depan Abah, lutut dibengkokkan mengadap Abah. Abah pun kesian laa kat dia. Abah pun layan laa dia, tanya dia sakit macam mana, sakit kat mana, pujuk dia nanti Abah sapu ubat! Kakak pun bercerita sakit kat sini.. (sambil dia tunjuk tempat sakit dia) dengan suara sedih macam nak menangis tapi belum menangis... Abah pun pegang laa kaki dia nak urut-urut buang lenguh katanya... Tengah dok urut-urut sambil dengar si Kakak ni mengadu sakit dia kat Abah, tiba-tiba terdengar satu bunyi meletup-letup yang panjang.... Huhh!! Sambil bunyi meletup-letup tu keluar, si Kakak mula-mula tersenyum lepas tu terus ketawa! Cess!!! Kakak!! Kentutkan Abah!! bertuah punya budak!! Abah pun bantai laa gelak sama!! Tiba-tiba hilang jer sakit lenguh kaki dia tuh! Hahahaha Adoilah kakak nih!!!

Pandai sangat nih!!!! Tidur kat mana korang nih?!

Imej
#entriKelabBloggerBenAshaari #KelabBloggerBenAshaari Abah bangun pagi semalam, terlewat sikit dari AMRAFAHAN nih. Diorang nih jenis bangun awal. Abah pun tak sedar pukul berapa diorang bangun. Bila bangun jer, sedar-sedar bilik dan huru-hara dengan cebisan kertas A4 yang kena koyak kecil-kecil. Tu boleh tahan lagi. Buat rilek dulu. Masa mamai-mamai tu nak turun tangga. Abah nampak sesuatu yang lain kat tangga tuh! Tengok bebetul rupanya selimut dan bantal di bentang kat tangga tuh! Bertuah punya anak! Bila masa diorang buat, apa benda yang diorang main nih Abah pun tak tau! haishhhh!!! Abah terus bertukar jadi Ultraman dan nyaris meng 'fire' kan diorang, suruh diorang kemas cepat-cepat. Karang ada yang tergolek kat tangga tuh! Nasib tak bertukar jadi resaksa. Lampu kat dada nih masih kelip-kelip sempat lagi untuk Ultraman bertukar menjadi manusia semula! Hahaha... Kalau padan kalu... mau bertukar menjadi resakse! Hehehehehe

Abah terkena!! Terkena Abah dengan AMRAFAHAN nih!!

Imej
#entriKelabBloggerBenAshaari #KelabBloggerBenAshaari Tadi Abah suruh AMRAFAHAN tidur. Abah naik atas dulu, diorang kat bawah. Untuk bagi diorang tak bersembang ke bergaduh ke bermain sebelum tidur, Abah plan laa nak pisahkan tempat diorang tidur. Jadi 2 orang tidur kat bawah dan 2 orang lagi tidur kat atas. Abah pun dengan kompiden nya panggil diorang naik, Abah panggil si Abang dan Kak Chik naik, lalu diorang pun naik terus tercegat depan Abah! Lepas tu Abah tengok diorang macam pelik! Apa yang tak kena nih?! Si Kak Chik dah tersengih-sengih. Si Abang berdiri diam senyum jer... Lepas tuh Abah macam baru perasan, ehh! Ini bukan Kak Chik nih, getus hati Abah. Abah baru nak tegur jer, si Kak Chik bersuara, "Ini bukan Kak Chik laa Abah! Ini Kak Ngah!"  Terus pecah gelak si Abang dan Kak Ngah tuh!! Lepas tu kat bawah dengar si Kak Chik yang sebenar dan Kakak bergelak ketawa. Si Kak Ngah siap cakap kita saje tukar jadi Kak Chik! Cesss!! Cesss!!! Cessss!!!! Terkena Abah...

Abah yang garang: Nak kena cakap berapa kali nih?

Imej
#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari Hujung Minggu lepas semasa dalam kereta balik dari open house, Abang, Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik buat bising dalam kereta. Bermain-main, gaduh pun yer! Lepas tu Abah pun konon-konon marah laa.. membebel kat diorang nih. Abah pun suruh senyap, rehat kejap pastu cakap laa, nak kena cakap berapa kali nih dalam nada yang garang laa konon-kononnya.Abah provok lagi.. berapa kali nak kena cakap? Masing-masing dah mula diam. Abah tak puas hati, nak juga bagi diorang jawab. Abah pun provok lagi... Masa tengah diam tu.. tiba-tiba Kak Ngah jerit menjawab Abah "Sembilan Kali Abah" Hahahahaha terus Abah terkedu, Mama kat sebelah dah tergelak senyum simpul cover line! Disebabkan taknak kalah, Abah pun layan si Kak Ngah tu, sebut laa sembilan kali ayat Abah tu.. tapi makin lama makin tenggelam suara Abah bila sampai kali ke sembilan tuh..!! Huh!! Bertuah punya budak! Nasib dia pandai sebut sembilan jer! Kalau dia sebut 9 juta k...

Bertuah punya anak! Hehehe

Situasi petang tadi.. AMRAFAHAN merayu kat Abah nak main kat luar kat taman belakang rumah dan main basikal sekali. Abah dah beritau awal-awal tak boleh sebab kaki Abang sakit luka! Ehh.. Abah tak cerita ekk kaki Abang luka... huhuhu.. nanti laa bila rajin! hahaha... Lepas tu Abah cakap dengan diorang, nak main tunggu Abah solat kejap lepas tu baru boleh main. Masa nak solat tu, si Kakak datang kat Abah kat tingkat atas. Kakak: Abah! Boleh kitorang main basikal?! Abah: (Diam sambil geleng kepala tanda tak boleh dengan buat muka serius!) Kakak: (Terus jerit ke bawah dari tangga tempat dia berdiri) ABANG!!!! Abah kata boleh main basikal!! (Lepas tu terus dia turun bawah!) Abah: (Terkedu! dan geleng kepala!) Hadoihh!! Bertuah punya kakak!!! Hahaha Kakak!! Kakak!!!

Cermin kereta retak pulak!!

Imej
Alhamdulilah, Cermin kereta nih ada insuran. Tapi kalau claim nanti akan menjejaskan NCB di masa akan datang nanti tak? Waktu nak renew roadtax nanti? Siapa ada pengalaman? Boleh share tak? Rasanya cermin depan nih kena batu waktu nak pergi kerja pagi tadi nih... Dugaan sungguh... Sedar pun bila nak balik kerja petang tadi kat parking opis... Nasib tak retak seribu waktu drive tadi! Bahaya kan!! Sabarlah wahai hati... Mesti ada hikmahnya... InsyaAllah...

Resakse nak rehat pulak!

Imej
Ok. Ultraman semua dah terbaring! Tengok Oggy. Resakse nak rehat kejap! Nanti kalau lampu ultraman dah kuning balik, baru resakse turun padang balik! Hehehe posted from Bloggeroid

Sakit gile! Atau gile sakit!

Imej
Haishh tak kisahlah mana satu betul. Hari ni macam biasa laa pergi cuci luka kat jari tengah tu. Pas tu terperasan macam ada benang. Bila tengok bebetul kompom ada satu lagi benang tertinggal. Alamak... Benang nih jenis kekal bukan yang boleh serap tu, nak tak nak kena keluarkan. Kalau tak boleh jadi nanah. Perghh masa MA tu nak keluarkan kena cungkil kat celah kuping darah yang dah kering tu, nak meleleh air mata nih!! Kaki ni kejung kejung tahan sakit, tetiba perut jadi kurus sebab tahan nafas nak tahan sakit!! Tiga empat kali laa MA berenti cungkil sebab cakap dengan dia sakit. Taulah kan hujung jari kan banyak saraf lagi laa dalam proses nak baik nih! Nak tak nak tahan juga sakit, pastu MA tu potong benang tu. Huhuhu berdenyut denyut ko!! Dekat 10 minit tak hilang denyut! Tapi tak nangis lagi ehh! Huhuhu Kalau tak, luka jari tengah tu dah kering, tapi sebab cabut benang tadi, berdarah balik. Kena balut balik dua dua jari. Ermm.. jadi jumlah jahitan kat jari nih adalah 12 la...

Lepak ED lagi!

Imej
Hehehe tau tak ED apa? Best woo tempat nih! Ramai orang!! Happening giler!! Tu laa.. asal boring menunggu jer.. mesti update blog! Dah macam blog Abah jer! Padahal blog untuk anak-anak. Huhuhu. Pagi tadi macam biasa laa pergi cuci luka kat jari nih. Alhamdulilah dah makin kering. Minggu depan nak buka jahit dah. Lepas tu, abah cakap laa dengan Nurse tu nak jumpa doktor sebab bengkak kat kaki kiri nih tak susut pula lepas keluar hospital hari tu. Ahad lepas dah pergi klinik minta ubat susut bengkak tapi macam takde apa-apa jadi masih bengkak lagi. Bila jumpa doktor klinik, dia suspek ada urat tersumbat atau apa tah lupa! Hehehe. Harap harap takde apa yang teruk, risau gak! Kaki nih tak boleh bengkok sangat, nak solat pun kena duduk. Lepas tu doktor buat surat refer terus ke ED Hospital Putrajaya. Sampai sini seperti biasa menunggu laa giliran kad hijau. Sebab doktor kat triage kata kat Nurse tu masuk G1, lepas tu Nurse bagi laa Abah kat hijau. Masa tu berharap buka sesuatu yang t...

Hari ke 5 cuci luka

Imej
Sedar tak sedar dah hari ke lima pergi cuci luka. Abah kena buat sampai 2 minggu. Lepas tu jumpa doktor untuk buka jahit. Sakit kat jari tu ada masa berdenyut denyut. Kaki kiri nih lepas accident nampak macam makin naik bengkak. Semalam dah jumpa doktor ambil ubat susut bengkak. Harap-harap makin kurang laa sakitnya. Tadi baru lepas minta bank hantar salinan geran kereta ke bengkel tempat Abah hantar kereta. Harap-harap boleh siap cepat. Mati kutu nih takde transport. Cuma motor jer belum hantar ke bengkel lagi untuk repair. Tak larat pula nak tolak motor sorang-sorang, kang tak pasal kurus hehehe. Jauh gak laa bengkel motor tu, ada laa dalam 1.8km+-. Nasib repot polis dah buat. Nantilah bila kaki dah ok sikit baru hantar motor claim insuran. Ni gambar cuci hari ni. Tapi bahagian tak ngeri laa. Bahagian ngeri takmo tunjuk lagi... Huhuhu posted from Bloggeroid

Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Imej
Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya. Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe). Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat. Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer! Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semu...