Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2012

Ultraman Buncit!

Imej
Pada zaman dahulu, tersebut laa kisah dua beranak nih, Si Abah dan Si Abang. Si Abah ini sedang mandikan Si Abang. Terjadi perbualan antara 2 beranak ini!

Si Abang: "Abah! Abang jadi Ultraman Tiga!"

Sambil menyampu rambut si Abang si Abah jawab : "Abang mana boleh jadi ultraman! Abang pendek kecik jer tak besar! Abah jer yang boleh jadi Ultraman!

Si Abang jawab dengan muka selamba dan tak bersalahnya: "Abah jadi Ultraman Buncit! Haa.. kan! Abah Ultraman Buncit!"

Si Abah dalam hati berkata "Terkena aku! Ceh!!" sambil senyum geram kat Si Abang! " Dah! Dah! Cepat mandi! Abah dah lambat nak pergi kerja nih!"

Huhuhu! Bertuah punya anak!!!


Selamat Hari Raya semua!!!

Imej
Dikesempatan ini Abah mewakili AMRAFAHAN dan Mama mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua adik-beradik yang dikasihi dan dirindui selalu, Mak yang tercinta, dirindu dan dikasihi, saudara mara jauh dekat, rakan taulan, kawan-kawan FB dan blog, pembaca senyap blog, ahli-ahli Kelab Kembar Malaysia, kawan-kawan masa sekolah, kawan masa belajar, sesiapa jua yang kenal diri kami sekeluarga dan semua-semualah!!! Maaf Zahir Batin atas semua salah silap kami samada pertuturan, percakapan, pertaipan dan lain-lain lah yer dari hujung rambut sampai laa ke hujung kaki!

Raya nanti kami beraya di kampung Mama di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kepada kawan-kawan yang berhampiran jemputlah ke rumah yer!

Nak datang rumah Putrajaya pun boleh tapi seminggu selepas raya laa yer! hehehe



AMRAFAHAN ber photo shoot raya!

Imej
Sebabnya... jeng... jeng.. jenggg..... nanti Abah cerita yer! Tengok gambar diorang dulu! Gambar ini diambil tadi lepas berbuka. Kami buat anak beranak jer. Set kat kamera, timer 10s dan guna tripod jer!
InsyaAllah kalau tiada aral melintang nanti cerita diorang ini keluar laa hari Rabu 22 Ogos 2012 hari raya keempat nanti di Harian Metro. InsyaAllah! Jangan lupa beli tau! Ermm... tak tau gambar mana satu yang keluar nanti! Sebab banyak juga Abah hantar gambar kat wartawan tu. Kita tunggu jerlah yer!!

Kembar Siam Muaiman dan Muaimin beraya di wad HKL

Imej
Semalam Abah dan kawan-kawan dalam Kelab Kembar Malaysia (KKM) pergi melawat kembar siam yang berjaya dipisahkan iaitu Muaimin dan Muaiman di Hospital Kuala Lumpur. Tujuannya nak sampaikan sumbangan dari ahli-ahli KKM kepada bapa kembar siam ini En. Azli bin Sabran. Kebetulan masa kami sampai tu wartawan The Star baru nak mula interview En. Azli. Abah dan kawan-kawan terkena laa tempiasnya..

************************************ Berita dari The Star


Monday August 13, 2012

Double Raya joy for mechanic

By YUEN MEIKENG
meikeng@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: He has been putting up in the hospital for the past four months to look after his conjoined twin boys and will spend Hari Raya in the ward with them.

Yet, this will be the best Hari Raya for Azli Sabran, 40, because his one year-old sons are alive and recovering well from a miraculous surgery to separate them on July 14.

“I am tired. I sleep three hours a night and another three hours during the day if my sons are asleep.



Fatherly love: A…