Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Geng Kembar

Kisah ketabahan seorang ibu kembar!

Abah terbaca satu kisah salah seorang ibu kembar dalam FB group Dianugerahkan Kembar. Kagum dengan beliau. Abah kongsikan kisah beliau.. Puan  Rusyda Izati Azizi ****************** Kita hanya mampu merancang , tetapi Allah lebih Maha Perancang.. Saya tidak pernah merancang untuk menamatkan zaman muda saya terlalu awal, tetapi disebabkan saya sedar akan kelakuan saya sebenarnya mengundang dosa dan menarik segala keberkatan yang ada dalam hidup saya, saya mengambil jalan untuk berkahwin.. Bukan kerana kami melakukan sesuatu yang keji, tetapi sesungguhnya keluar berdua-duaan itu dah pun menjadi dosa, bercakap dengan nada romantik pun dah menjadi dosa.. Kerana diantara kami tidak ada ikatan yang sah.. Jadi salahkah saya memilih untuk berkahwin di usia awal??? Ada yang mengatakan saya gatal dan gedik, tapi saya buat perkara yang betul.. Lagipun suami saya pada waktu memang patut dah kahwin dengan usianya.. Adik-adiknya ramai yang dah kahwin..  Pasal anak pula.. Di awa...

Jumpa geng kembar 3 berblog lagi!!!

Imej
Hai lah... dah tua agaknya Abah nih... terlepas pandang ada satu blog Ummi Kembar 3, baru jumpa tadi.. Ummi Kembar 3 nih ada kembar 3 tak seiras, jadi senanglah nak bezakan! Kalau macam Auni Auni Auni nih... hari-hari Abah salah panggil! Hari-hari kena gelak dengan Mama.. cuma Abah tak cerita dalam blog jer! huhuhu.. kantoi laa kalau cerita hari-hari Abah salah panggil diorang kan!! ehhhh haa.. kan dah tercerita pulak!! hahaha!!!! Ok.. Nama kembar 3 nih Leia (Kakak), Raid (Abang) dan Dhia (Adik). Yang bestnya blog Ummi ni bahasa omputih! jenuh Abah nak paham! hahaha... (paham laa.. tapi buka kamus laa.. hahaha) EEerr... maklumlah.. dulu Abah sekolah kat england depa tak ajaq bahasa omputih nih! hehehe Meh tengok muka diorang yang Abah cilok dari blog Ummi diorang.. jangan marah aaa Ummi!! Ohh yer! Umur diorang dah 10 bulan pun!!!

Party Makan doyan! Ehh! Birthday party lahh!!

Imej
Hari Ahad lepas kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri Birthday Party anak geng kembar Abah. Acara tu di buat di rumah ibunya di Sungai Lui Batu 23 Hulu Langat. Abang panggil member Abah tu Mem Siti, hehehe kalau dia baca jangan marah aaa... Mem S.H.J! Yang bestnya party Mem Siti nih.. menu utamanya durian!! Kiranya party durian laa!! kekeke.. Sebabnya kat belakang rumah mak dia tu ada kebun durian.. Memang heaven laa bagi pencinta-pencinta durian seperti kawan abah tu nama dia King Shah. Dari mula Abah sampai situ dalam keadaan tengah hujan lebat sampailah balik... Member Abah KS tu tak bangkit-bangkit dari tempat makan durian tu.. Tah hapa motif dia datang party birthday Mem Siti tu.. nak celebrate birthday ke nak makan durian!!! Hahaha KS ko jangan marah aku naaa!!! Tapi party tu memang terbaik laaa.. macam macam makanan ada... siap percuma kolam renang lagi... nasib ler hujan.. kalau tak... herrmmm.... Mau budak-budak yang datang party tu dah terjun kolam.. Abah durian tak m...

Kembar 3 senior jumpa kembar 3 junior!

Imej
Masa cuti hujung minggu lepas.. kami sekeluarga pergi beraya rumah kembar 3 junior nih.. Dulu pernah melawat mama diorang kat hospital tapi tak dapat tengok baby. Hari tu baru pertama kali dapat tengok baby. Semuanya perempuan comel-comel! tak tak berani nak pegang sebab baby tu pra matang. kami paham laa sebab tu kami pun macam tu jugak.. larang orang tak bagi sentuh baby kami sebab doktor yang suruh tau! hehehe.. Bila dah jumpa dapat laa bergambar walaupun baby tengah tidur! Terima kasih pada Mus dan Zura sebab benarkan kami ambil gambar anak diorang! Keesokkan harinya Mus dan famili balas balik kunjungan kami, diorang datang beraya rumah kami.. jadi ambil gambar lagi.. hehehe Sekarang nih aku tak berani laa nak dukung ke pegang baby baby nih.. risau! Nanti dah besar sikit baru boleh dukung-dukung! lagipun rumah diorang nih kat Putrajaya juga!! Boleh melawat bebila masa! hehehe Auni menyelit!

Jumpa kembar sepasang di pasar karat

Imej
Seperti biasa, hari Ahad ni aku tolong sepupu berniaga. Tengah sibuk layan customer, ada laa seorang brother ni. parking stroller depan gerai. Mula mula tu aku tak perasan sebab tengah layan customers, lepas tu akak customer tu tegur, ehh ada kembar laa.. Haa aku apa lagi teruslah terjah! Tanya nama anak dengan FB ayahnya, terus ajak join gathering kembar. Nama anaknya bermula dengan huruf Z. Err.. Tak ingat nama penuh. Kembar sepasang baru berusia 5 bulan. Ayahnya nama Nizam. Insyaallah ada rezeki boleh jumpa lagi. Harap harap dapat laa jumpa lagi keluarga kembar kat sini.

Bersyukur dikurnia anak kembar empat

Imej
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat. Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar. “Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK). “Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu. “Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam s...

Jumpa Kembar lagi la!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi.. Semalam semasa aku nak ambil ubat kat farmasi klinik , aku terjumpa laa dengan kembar 2 perempuan nih.. Comel dan putih budaknya.. tapi kesian dorang.. dua dua sakit mata... baru jer berumur tujuh bulan.. Sempat laa sembang dengan ayah dia lepas tu tukar tukar no telefon. Aku ada ajak dia join group Dianugerahkan Kembar di FB, boleh share pendapat dan pandangan.. Bila sembang lagi bro Hisyam ni datang sendiri bawa anak anak dia sendiri untuk pemeriksaan doktor ditemani anak pertama dan kedua dia.. dah besar anak pertama dan kedua dia ni..dah boleh diharap.. sebab tu rileks jer dia... dia beritau aku isteri dia kena kerja jadi kena bergilir cuti.. Sempat laa ambil gambar dorang... hehehe.. Bertambah lagi geng kembar... seronoknya! **hari ni kena pergi klinik lagi laa doktor nak masukkan ubat dalam mata aku nih hah! huhuhu

Dapat kembar 3 selepas 6 tahun

Waaaa bertambah lagi geng kembar tiga nih!!!! Seronoknya!! Semoga baby sihat dan selamat! InsyaAllah Dapat kembar 3 selepas 6 tahun Oleh SALMAN HAMAT JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu. Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan. Katanya, kecekapan doktor menguruskan pembedahan itu membolehkan isterinya, Rusmiyati Kamaruddin, 31, selamat melahirkan tiga anak mereka dalam tempoh selang seminit setiap bayi. “Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus. “Ia menjadikan tanggungjawab sebagai bapa lebih berat, namun saya sedia memikul tanggungjawab ini. Hingga kini saya da...

Bila Daddy bercerita!!

Imej
Wahh!!! Akhirnya!! Jumpa lagi bapak bapak yang berblog pasal anak kembar dorang!!! Bila aku terjah blog itu.. ianya sangat menarik... 1000 kali menarik lagi dari blog aku... jeles aku... huhuhu... takpelah.. blog Daddy ni kreatif.. aku tak kreatif.. huhuhu... Dia ada anak kembar perempuan tak seiras dan berumur 10 tahun dah!!! Meh terjah blog Daddyz Twins Story !! Haaa sama tak??!! Sama tak??!! Ehh.. tak seiras.. memang tak sama!! aparaa.... Gambar ini berjaya dicilok dari blog Daddyz , Peace bro!! Peace! hehehe Terima kasih Suha sebab memperkenalkan blog Daddyz nih!! Bertambah lagi geng kembar aku nih... suka! suka! suka!!

Mini gathering geng kembar!

Imej
Alhamdullillah semalam berlangsung sessi mini gathering dengan geng geng kembar. Mini gathering ni di anjurkan oleh CT Azct . Seramai 5 keluarga datang.  Mula mula aku sampai dulu.. lepas tu tengok macam takde orang jer.. betul ke kat tempat ni.. ermm.. aku pun pandai sangat sebab tak ambil nombor tipon diorang.. lagipun aku sampai lambat dalam 5.30 petang... sebab event mula pukul 5 jadi.. aku bajet ada laa orang bila aku sampai tu... Lepas tanya cashier kat Restoran Geng Corner tu.. memang takde booking apa-apa.. jadi aku dengan wife duduk jelah sebab dah sampai.. terfikir juga diorang ni tukar tempat jadi ke tak nih.. ahh.. biarlah fikir aku.. aku nak makan lapar siott.. Bila baru nak makan jer sampailah CT Azct  dengan kembar boboynya ni.. dia kata masa dia sampai takde orang jadi dia dan famili dia pergi tengok drif kete kat stadium tu.. Ooo.. patut laah.. lepas tu sampai laa Ummi Nasir dengan kembar gegirlnya.. Lepas tu sampai Nora Aurora dan famili (kembar sepasang ...

Gathering geng kembar kecil kecilan!

Yeyyy!! Hari ni ada gathering geng kembar kat geng corner seksyen 13 shah alam dekat dekat opis les coupeq alaa syarikat animasi yg buat citer upin ipin tu.. Nanti ada laa dalam 6 7 famili kembar nak datang. Event ni dianjur oleh CT dari group Dunia Mummy N Papa Kembar di FB. Nanti nak jumpa kembar 3 Fatma laa.. dah 7 bulan umur baby kembar dia.. event bermula pukul 5 petang nanti. Kalau  ada geng kembar nak join boleh laa terus ke sana yer.. tapi datang kena bawa hadiah sebab ada sessi tukar hadiah antara famili kembar.. InsyaAllah nanti aku upload gambar yer.. Oklah nak bersiap dah nih.. daa..

Comelnya kembar Marissa dan Mayeesa

Imej
Tadi aku jalan jalan di Group DUNIA MUMMY N PAPA KEMBAR  terjumpa blog kembar Marissa dan Mayeesa ni... Rasanya sebaya dengan AMR. Mama diorang ni baru jer buat blog.. mai lah kita support blog dia yer.. follower baru aku sorang jer.. Ini blog dia >> Twinkle Twins

Selamat Datang Kembar 3 Zura dan Mus!! Baru lahir minggu lepas tau!!

Imej
Semalam aku dan wife pergi melawat kembar 3 yang baru lagi Ahad lepas.. Tahniah pada ibu bapa kembar 3 iaitu Wan Azura dan Mustaffa! Macam mana kami boleh kenal pula kan? Haa.. macam ni laa lebih kurang kisahnya.. Lepas kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro hari tu, Zura masa tu tengah mengandungkan kembar 3, jadi disebabkan dalam berita tu ada diberitahu tempat kerja wife aku,   Zura cari juga nombor telifon untuk bercakap dengan wife aku.. yelah nak minta tips rasanya.. sebab diorang nih kira first baby selepas menunggu selama empat tahun kalau tak silap.. Bila dah dapat berhubung dengan wife aku, Zura dah jadi geng laa dengan wife aku ni walaupun tak pernah berjumpa... Selepas wife aku diberitahu yang Zura dah selamat melahirkan baby kembar 3 nya.. wife aku ajak aku pergi melawat diorang di Hospital Putrajaya... Kami disambut mesra oleh Zura dan Mus bila kami sambil di katil diorang.. Tapi baby kembar diorang masih di NICU masih dalam pemerhatian doktor.. Dalam bilik tu a...

Jumpa kembar 4!!! Akhirnya!! Yeyy!!!!

Imej
Excited giler!!! Disamping kemenangan Man Utd ke atas Chelsea, aku jumpa kembar 4 kat FB!!! nama mama diorang Mastura Azman . Dia takde blog tapi boleh klik nama dia untuk tengok FB dia.. Pada geng kembar yang belum join group kembar di FB bolehlah join di sini .  Seronok dengar cerita mama-mama kembar nih... err... bapak kembar kurang bercerita dalam group tu!! Lebih banyak baca jer.. hehehe Selama berblog cerita pasal kembar.. aku tunggu kembar 4, baru hari ni aku jumpa!!! Waahhh nanti gathering raya nak jumpa laa!!! best kembar nih!! 3 lelaki 1 perempuan!!

Jumpa kembar 3 lagi laa!! Anak dara lagi!!!

Imej
Haa... jumpaa kembar 3 lagi laa... anak dara lagi!! Kira macam versi Auni Auni Auni bila dah besaar hehehe... Aku jumpa kat  blog mama hebat nih!! Terima kasih mama!!! Mai kita terjah blog dia... diorang baru buat blog nih... baru 2 orang jer follower diaa. mai kita support diaorang nih.. bior  ketagih berblog macam aku nih... huhuhu.....

Comel lah kembar nih!!

Imej
Tadi aku ber blog walking... saja seronok-seronok baca blog kawan-kawan, Happy jer bila baca blog diorang nih... Macam-macam cerita! Lagi-lagi yang duduk oversea nih... Mesti banyak pengalaman menarik duduk kat negara orang.. Anak-anak diorang gak yang untung, kecil-kecil dah kenal dunia luar... Alhamdullillah rezeki masing-masing.. Masa tengah baca blog Mama si kembar Ariana dan Arisya , ternampak satu lagi blog kembar yang dok oversea gak!! Rasanya duduk New Zealand kot.. hehehe.. teka jer sebab nampak gambar aiskrim new zealand.. hehehe

Kita terjah kembar nih!!!! yeargghh!!!

Imej
Mai kita terjah kembar nih!! Makin ramai geng kembar di blog aku jumpa.. di Facebook lagi laa ramai!! Nanti aku update lagi list kembar aku tu... yearghh!!! Comel kan mereka-mereka ni!!

Kembar 5 pasang = 10 orang! Ramainya!

Imej
Pernah jumpa dalam satu famili ada 5 pasang kembar tak? Aku rasa mesti kau orang tak pernah! Tapi aku pernah!! Best gila! Ramai siot! Penuh rumah!! Lima kali beranak  dan dapat 10 orang!! Mesti mak bapak diorang kelam kabut jaga kembar-kembar nih!!! Tak percaya?! Meh aku tunjuk gambar dia orang dari yang besar sampai yang kecil!

Buat blog sebab aku!!

Imej
Kawan kita ni buat blog sebab aku! Wahh!! Dasyat sangat ke blog aku nih!! Hermm... aku rasa blog aku biasa-biasa jer... bukan ada apa-apa sangat pun... Nak bukti?!! Ni buktinya! Err.. aku copy paste dari blog dia yer..

Jumpa geng kembar boboy yang comel lagi!!

Imej
Suka suka suka!!! Seronok pula jumpa mama / papa kembar berblog.. boleh kumpul ramai-ramai!! Nama kembar ni Zafri dan Zikri. Akan ku masukkan dalam list kembar  aku! Yeah haa!! Aku rasa ummi ni, baru buat blog jer nih... jadi marilah kita support dia yer!! Terjahh!!!