Jumaat, 24 Februari 2012

Pesanan Ayah Arwah Faris Nur Daniel


Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa... 

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc...... That might be the last night that he/she does that. ...

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
...mgkin blh jd panduan buat kita semua...


Sumber: FB

Kisah Allahyarham Faris Nur Daniel


***Nota Kaki Abah

** Abah tersentuh hati dengan kisah dia... mengalir air mata ini.. Terkenangkan AMRAFAHAN... Anak-anak Abah, walaupun Abah selalu marahkan korang, Abah tetap sayangkan korang sampai akhir hayat Abah!

Al Fatihah...


Selasa, 21 Februari 2012

Ehh!! Birthday awak ke?!!

Err.... Baru dapat online malam nih!...

Selamat Hari Lahir Awak!!!






hehehehe... cam hape jer wish kat diri sendiri!! hahaha!!!

Terima kasih pada rakan-rakan di FB dan alam maya yang sudi wish birthday pada Abah! Tua dah!
Ten + Ten + Ten + Four = Tententenporr!!!!!!!


Isnin, 20 Februari 2012

Adik tercedera!

Pada Sabtu lepas, si AN a.k.a Adik telah tercedera. Abah pun tak tau macam mana adik boleh tercedera. Masa kejadian tu, Abah tengah ambil wuduk dalam bilik air bawah, Mama pula tengah mandikan Auni err Auni apa tak ingat hehehe... kat bilik air atas. Masa tu si Adik masih dibawah lagi tengok TV. Lepas Abah keluar dari bilik air tu, tiba-tiba Mama menjerit panggil Abah, ingatkan kenapa, lepas tu Mama beritau, adik jatuh tangga dan berdarah kat dagu. Abah pun cepat-cepat naik ke bilik tengok si Adik. Tengok darah banyak juga keluar, tapi Adik dah berhenti menangis, kuat betul semangat anak Abah nih! Mula-mula tu Abah macam panik sekejap tak tau nak buat apa, lepas tu baru teringat ada First Aid Kit dalam stor, Abah turun cepat-cepat ke stor, tapi cari-cari tak jumpa, teringat pula ada 1 kit standby dalam kereta, terus Abah pergi ambil dan bawa ke atas cepat-cepat! Risau juga kalau darah Adik keluar banyak..

Bila Abah tengok bawah dagu Adik ada belahan lebih kurang 1.5 cm panjangkan, Mama dah risau takut kena jahit. Abah pun terus cuci luka dan bubuh iodin lepas tu tampal dengan kapas dan goose << betul ke eja aa? ada siapa-siapa line medical yang boleh beritau term yang betul? >> Lepas tu solat maghrib kejap dan bawa Adik ke hospital. Adik dalam kereta diam jer lepas tu tertidur. Sampai bahagian kecemasan hospital Abah bawa ke triage, ramai pula orang malam tu.. tapi nasib Adik tidur jer.. Bila sampai giliran jumpa doktor, adik masih tidur lagi. Bila doktor cek adik, doktor kate luka tu kemungkinan kena jahit satu atau dua jahitan, kaki Adik bengkak kat tulang keting, doktor suruh pergi x-ray. Abah bawa adik ke X-ray, rupa-rupanya kena x-ray kepala dan kaki, abah ingatkan x-ray kaki jer.. masa kat x-ray nih baru adik terjaga sebab abah angkat dia dari stroller. Jadi meraung-raung laa si Adik nih masa x-ray kat kepala dan kaki. Abah nak tak nak kena pegang laa kepala dan kaki tak bagi bergerak! Lepas x-ray tu Abah pujuk laa Adik nasib laa tak panjang nangisnya.. Lepas tu pergi ke emergency balik untuk rawatan kat luka Adik tu. Doktor kata luka adik boleh gam tapi kena jaga laa takut terbuka, kalau terbuka memang kena jahit laa.. kasihan pula kalau kena jahit, tapi masa adik nak kena gam kat luka dia, abah kena duduk luar bilik rawatan tu, bila dengar adik menjerit menangis.. adoihh.. cair terus.. tak sampai hati pula! Lepas siap gam kat luka tu, abah dukung dia, Adik tak nangis dah! Memang kuat semangat dia nih!! Doktor ada beritau yang kepala dan kaki Adik takde apa-apa tak cedera. Alhamdullillah lega dengarkannya!

Lepas dapat rawatan tu, kami terus balik, nampak Adik dah ok sikit, dah boleh berjalan. Esoknya baru perasan kat tangga mana ada tergelincir, sebab ada darah kat tangga tu. Nasib laa tak cedera teruk... Harap-harap lepas ni anak-anak Abah takde cedera lagilah hendaknya!

Err... gambar tak dapat nak ambil! Sebab abah tak jumpa suis kamera kat telefon abah yang baru dan canggih nih! huhuhu

exabytes unlimited