Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 31, 2014

WW: Vrooommm!!! Merempit kita!!

Imej
Wordless Wednesday 3 Sept 2014 Kak Ngah dan Kak Chik Balik dari taska dengan Abah naik motor

Pandai sangat nih!!!! Tidur kat mana korang nih?!

Imej
#entriKelabBloggerBenAshaari #KelabBloggerBenAshaari Abah bangun pagi semalam, terlewat sikit dari AMRAFAHAN nih. Diorang nih jenis bangun awal. Abah pun tak sedar pukul berapa diorang bangun. Bila bangun jer, sedar-sedar bilik dan huru-hara dengan cebisan kertas A4 yang kena koyak kecil-kecil. Tu boleh tahan lagi. Buat rilek dulu. Masa mamai-mamai tu nak turun tangga. Abah nampak sesuatu yang lain kat tangga tuh! Tengok bebetul rupanya selimut dan bantal di bentang kat tangga tuh! Bertuah punya anak! Bila masa diorang buat, apa benda yang diorang main nih Abah pun tak tau! haishhhh!!! Abah terus bertukar jadi Ultraman dan nyaris meng 'fire' kan diorang, suruh diorang kemas cepat-cepat. Karang ada yang tergolek kat tangga tuh! Nasib tak bertukar jadi resaksa. Lampu kat dada nih masih kelip-kelip sempat lagi untuk Ultraman bertukar menjadi manusia semula! Hahaha... Kalau padan kalu... mau bertukar menjadi resakse! Hehehehehe

Mempersembahkan! Kumpulan Rock masa kini! AMRAFAHAN!!!!

Imej
Haaa boleh teka tak mana satu Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik?!!

Abah terkena!! Terkena Abah dengan AMRAFAHAN nih!!

Imej
#entriKelabBloggerBenAshaari #KelabBloggerBenAshaari Tadi Abah suruh AMRAFAHAN tidur. Abah naik atas dulu, diorang kat bawah. Untuk bagi diorang tak bersembang ke bergaduh ke bermain sebelum tidur, Abah plan laa nak pisahkan tempat diorang tidur. Jadi 2 orang tidur kat bawah dan 2 orang lagi tidur kat atas. Abah pun dengan kompiden nya panggil diorang naik, Abah panggil si Abang dan Kak Chik naik, lalu diorang pun naik terus tercegat depan Abah! Lepas tu Abah tengok diorang macam pelik! Apa yang tak kena nih?! Si Kak Chik dah tersengih-sengih. Si Abang berdiri diam senyum jer... Lepas tuh Abah macam baru perasan, ehh! Ini bukan Kak Chik nih, getus hati Abah. Abah baru nak tegur jer, si Kak Chik bersuara, "Ini bukan Kak Chik laa Abah! Ini Kak Ngah!"  Terus pecah gelak si Abang dan Kak Ngah tuh!! Lepas tu kat bawah dengar si Kak Chik yang sebenar dan Kakak bergelak ketawa. Si Kak Ngah siap cakap kita saje tukar jadi Kak Chik! Cesss!! Cesss!!! Cessss!!!! Terkena Abah