Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 10, 2012

Mesin Penipu!!

Imej
Mesin timbang nih tipu laa.... Tahun lepas berat Abah baru 92kg. Baru Okeh!! Kekeke. Hari tu Abah timbang kat klinik masa bawa Si Adik aka AN yang demam.

Mula-mula tengok bacaan kat mesin tu Abah macam tak percaya, rasa macam mesin tu tipu jer.. macam dengki dengan Abah jer...

Ok ok ok... Sebenarnya Abah macam tak percaya berat dah naik balik... Tapi kena percaya juga laa kan.. habis asyik melantak jer... Huhuhu... Nih yang rasa macam nak beli beskal... Harap-harap berjayalah Abah beli beskal seterusnya boleh bersenam... Kot-kot nanti boleh kayuh beskal pergi kerja dari Putrajaya ke Seremban... Kompom kurus hehehe!!

Bantuan diperlukan: Tabung Adik Ahmad Sufi

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Abah sangatlah ralat sebab terlambat nak hebahkan perkara penting macam nih.. Terlepas pandang... Harapan Abah, kita masih berkesempatan untuk membantu Adik Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi.

Diharap sangat, perkara ini dapat disebar-sebarkan... Marilah kita sama-sama membantu adik Ahmad Sufi, sekurang-kurang Doa.. Mudah-mudahan usaha kecil ini dapat membantu meringankan kesakitan seterusnya menyembuhkan Adik Ahmad Sufi. InsyaAllah..

Tak perlulah Abah bercerita panjang.. Korang boleh baca apa yang dituliskan oleh Ibu Bapa Adik Ahmad Sufi ini.

*******************************

Ahmad Sufi

Assalamualaikum....  Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi... Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru-paru yang kritikal.
Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000) SEHARI.
UNTUK MAKLUMAN, AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 A…

Angah pula tercedera!

Imej
Pagi ini Angah aka AH pula tercedera. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 pagi tadi. Masa tu Abah tengah solat subuh. Tiba-tiba terdengar Angah menangis. Lepas solat tuh, Abah tengok Mama tengah bersihkan darah kat mulut Angah. Rupa-rupanya, Angah tersadung lepas tu terjatuh kena bucu katil. Abah terus bagi Angah minum air zam zam, sapu sikit kat bibir dia, lepas tu Mama bagi minum madu sikit, mudah mudahan tak teruk lukanya. Lepas tu terus bawa pergi Hospital Putrajaya kat unit emergency, Alhamdullillah tak ramai orang, lepas pergi triage dan daftar, tunggu sekejap doktor dah panggil. Agaknya Auni Auni Auni ni fobia tengok katil putih kot! Angah pun sama macam Kakak menangis bila suruh baring kat katil hospital. Lepas doktor tengok tu, doktor kata kena suruh Angah kumur dengan air sejuk atau kulum ais atau bagi ais krim nak bagi salur darah mengecut dan darah berenti mengalir. Doktor kata luka kat gusi gigi depan tu sikit, lagipun takde gigi goyang, doktor bagi Ubat dyna Orapaste …