Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel auni

Happy Birthday Auni Auni Auni!

Imej
Hari ini hari istimewa untuk Abah sekeluarga. Hari ini Birthday AFAHAN yang ketiga. Moga anak anak anak Abah jadi anak yang solehah dan insan berguna pada masyarakat. Tiada sambutan istimewa kerana kami sekarang nih nak balik ke Putrajaya dari rumah nenek di Kota Tinggi. Oklah nanti cerita lagi. Nak gerak dah dari JPO nih! Published with Blogger-droid v2.0.9

Terganggu emosi abah!

Pagi tadi selepas solat subuh aku bersiap nak ke kerja, bila nak siap tu, abah cium laa Amrafahan sorang sorang. Bila keluar jer dari pintu bilik tu, masing-masing bangun kejar sambil menangis hulur tangan nak ikut abah... Hadoihh... Sayu hati bila tengok macam tu. Sebab biasanya abah yang hantar ke taska... Sempat laa peluk cium dulu sebelum masuk taska. Tapi auni auni auni ni bila dah nampak cikgu tunggu kat pintu taska... Menonong jer masuk... Lupa terus abah huhuhu... Ermm... Rindu dah kat Amrafahan... Huhuhu... ************************* Hari ni aku sampai opis awal giler... 7.30 am dah terpacak kat opis! Sejarah baru dalam hidup aku... Hehehe sebelum ni biasa sampai opis ngam ngam... Tak pun lewat... Hehehe Hari ni kena jadi skema ayam... Kena pakai tie sebab ada kursus... Huhuhu tak selesa... Published with Blogger-droid v1.7.4

Pakai tudunglah abah!

Imej
Aku baru tengok gambar nih kat FB Acu Amrafahan... terus cilok.. comel sangat!!! Err... Mama... nih AH kan? hehehe.. betul kan??!!!

India mari!!

Imej
Hari tu selepas balik dari taska kami singgah depan Maybank Putrajaya sebab mama nak keluarkan duit. Sementara menunggu mama keluarkan duit AMRAFAHAN pun sibuk nak main kat depan padang tu laa.. memang seronok tengok diorang main sebab lapang dan rumput dia pun jenis rumput karpet kalau budak budak jatuh tak sakit.. Bila seronok seronok main tu, berentilah sebiji bas persiaran nih.. Bila turun semuanya pelancong dari India.. Haa apa lagi diorang nih nampak Auni Auni Auni tengah lari lari kat padang tu.. diorang pun datang kat kami nak ambil gambar diorang ni semua.. si Abang masa nih dah pergi main bola dengan siapa tah.. ikut dan dia jer nak main bola sapa pun... huhuhuhu nasib laa famili tu tak kisah.. Pelancong India ni ok lagi laa boleh cakap omputih.. kena pelancong dari china hari tu.. memang sembang macam ayam dengan itik jerlah.. kekekeke Yang Auni Auni Auni pun layan jer lah..tapi punyalah payah nak ambil gambar diorang sekali nih.. masing masing buat hal masing masing....

Pagi pagi dah bergaduh!

As salam dan selamat pagi, Mula mula pagi pagi tadi berebut nak baring kat " tilam vono " nih.. AH tempat dia kat dada abah dia, AF kat perut aku, AN kat lengan kiri aku... Huhuhu memang tak boleh bergerak laa.. AH memang tak bagi tempat dia diambil orang memang dia akan nangis nak rebut balik tempat tu (dada aku) kalau AF baring kat situ.. AF pula macam biasa laa bila dah baring kat aku tak bagi aku bergerak... Huhuhu AN pula tangan aku kena peluk dia atau sekurang kurangnya kena letak tangan atas badan dia.. Kalau aku angkat dia nangis, aku letak jer dia diam. Tadi bila semua dah baring atas aku, AN merengek, jadi aku letak laa tangan aku kat badan dia baru dia diam, bila aku letak tangan kat AN, AF pula merengek, jadi aku usap laa kepala dia, diam sekejap, AN pula merengek balik, aku pegang dia, dia diam, lepas tu AF pula merengek balik, ahh sudah aku pula jadi kalut sekejap nak pegang AN, sekejap nak usap AF.. Tangan kiri tak boleh gerak dah sebab AN dah baring kat s...

Tengoklah kaki kami!!!

Imej
Biarlah gambar yang berbicara!! Dari kiri AH, AN, AF Gambar ni diambil semasa kenduri aqiqah dua pupu dorang.. Terima kasih Uncle Haris.. gambar ini sangat cun!

Keletihan sangat anak abah nih!

Imej
Suka tengok gambar ni.. sebab tidur berbantalkan lengan sendiri.. err... ni Auni... apa ekk.. haa.. ni Auni laa... hehehe Gambar nih diambil semasa dalam perjalanan ke kenduri aqiqah Danii si tembam . Auni duduk dengan maksu dia.. hadoii.. seriuss aku tak ingat Auni apa nih..Auni Haziqah kot? Betul ke Mama? huhuhuhu

Peace sign cara Auni Auni Auni!

Imej
Auni Auni Auni sekarang dah pandai buat peace sign.. meh kita tengok peace sign cara dorang.. malam tadi baru dapat gambar nih.. hehehe AF peace guna 5 jari!

Ayu sungguh anak anak abah!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi!! Kami pakat ramai ramai pakai baju kurung hari nih!!! Ayu tak?! ayu tak?!! hehehehe... abang pakai baju melayu siap sampin lagi.. tapi tak sempat amik gambar sebab ikut mama.. jadi tak peace sign saya!! hehehe jari kiri campur jari kanan jadilah PEACE!!!!

Cobaannn...

Imej
Cobaan untuk menidurkan Auni Auni Auni sekarang ni masih belum berjaya... Mama sibuk masak.. Jadi untuk tidak menukarkan mama menjadi resakse gorgon, ada baiknya aku bertukar menjadi ultraman si penjaga kanak kanak... Huhuhu... Biji mata sorang sorang nih cerah jer... Bila nak tidur nih... Ermm... Sementara diorang nak memain ni, baik aku curi curi masa update blog.. Hehehe.. Meh tengok gambar diorang sebelum nak tidur ni.. Masa aku ambil gambar ni AF dan AN tengah meraung... AN jer rilexs hehehe AN tak nangis pun AH nangis celah kelangkang aku.. Diorang ni mana sempat landing dorang landing jer.. Biasa perut aku tempat kegemaran AH nih.. Huhuhu AF meraung Published with Blogger-droid v1.7.1

Cantik tak? cantik tak?!

Imej
Aunty!! Uncle!! Cantik tak? Cantik tak? Hehehehe... Mode abah perasan... Kekeke Published with Blogger-droid v1.6.9

Kami dulu-dulu!

Imej
Kami dulu-dulu masa umur 9 bulan. Comel tak? Hehehe... Mestilah comel sebab abah dia comel gak! Kekeke sila jangan muntah! Nanti lappy or pc korang kotor! Kekeke Published with Blogger-droid v1.6.9

Kasihan anak abah!

Imej
Semalam kita orang (bahasa johor nih) pergi kenduri. Jadi aku susun laa anak anak dalam kereta... mama dan Auni Auni duduk belakang.. si abang dan Auni duduk depan.. (err.. Auni mana abah tak ingat! sebab tu guna nama depan jer!) kekekeke... Bila dah separuh jalan tu, Auni yang duduk depan ni terlelap.. bersandar kat abang dia... sian diaa.. si abang pun redha jer... Lepas tu minta mama baringkan kerusi tu.. bagi dia selesa sikit.. nyenyak tidurnya.. abang pun dah layu gak tu.. tak tahan jer mata dia... hehehe

Pujuk auni auni auni!

Semalam pukul berapa tah, rasanya pukul 1 pagi lebih, aku tersedar dari tidur, auni auni auni menangis agak kuat. Bila aku pusing tengok, mama takde sebab turun buat susu agaknya. Aku pun bangun pujuk diorang. Seorang aku angkat baring kat dada aku, sorang aku tepuk kaki dan sorang lagi baring bawah ketiak aku. Hehehe nasib semua nak diam. Seronok! Entah susah nak cakap dia punya feeling masa tuh! Rasa rapat jer dengan diorang. Tengah pujuk- pujuk tu, mama pun sampai dengan susu, terus diorang ambil susu dan minum, tak nangis dah. Abah diorang sambung tidur balik laa! Heeee... Dah! Dah! Dah! Nak siap pergi kerja nih! Daaa... Published with Blogger-droid v1.6.8

Auni Faqihah muntah-muntah!

Imej
Assalammualaikum, Hari ni aku bercuti kerana AF muntah-muntah, sampai lembik badan dia, semalam muntah sekali, pagi tadi sebelum ke taska sekali, dah sampai taska muntah lagi.. Aku tak boleh tengok dia macam tu, terus minta taska salinkan baju dia dan bawa ke klinik. Aku pergi ke Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya berdua dengan AF, wife aku tak dapat ikut, Alhamdullilah tak ramai sangat orang. Bila sampai giliran jumpa pembantu perubatan, dia periksa perut anakku, ok.. takde apa-apa, dia kata mungkin sebab susu, aku pun tak pasti sebab sebelum ni elok jer, selepas di periksa ketika itu AF tak demam, cuma selsema dan batuk, MA kata mungkin sebab batuk, mungkin juga la.. sebab malam tadi aku terdengar batuk anak aku, tapi tak pasti siapa, gelap.. selepas batuk aku tengok ketiga-tiga anak aku tidur lena.. Aku ingatkan tiada apa-apa. Jadi aku sambung tidur. Selepas ambil ubat, aku berjalan sambil tolak stroller ke kereta. Semasa aku dukung AF nak masukkan dia ke dalam kereta, dia m...

Terkedek-kedek terkengkang-kengkang!

Imej
Alhamdullillah... kau orang boleh agak kot apa aku nak cerita nih... hehehe... Auni Auni Auni dah boleh jalan dah! tapi terkedek-kedek terkengkang-kengkang aa.. kelakar aa tengok tiga-tiga orang ni berjalan...  Sekarang paling terrer berjalan AF dan AH laa... AN baru jer... moga-moga lepas ni makin terrer laa dia orang nih... InsyaAllah masa gathering Jom Berkelah Dengan Geng Kembar dia orang dah boleh jalan laju-laju aaa... Huhuhu... tak sabar nak kurus! Kekekeke...  Gambar ni masa pergi berkelah kat PD hari tu.. Masa ni AH galak berjalan! Seronok tengok dia berjalan!! Kat R & R Seremban   Auni Naqibah galak berjalan masa ni la!! Abang hensem... kata Aqil... huhuhu....

Auni Auni Auni Pergi sekolah!

Imej
Salam sejahtera! :) hehehe... Hari tu masa nak hantar Auni Auni Auni pergi sekolah, wife aku pakaikan baju gaun kat Auni Auni Auni... comel pula aku tengok! Lepas tu letak dalam kereta memanjat-manjat dia orang... ermm... apa lagi! Aku ambil gambar laa.. Suka dia orang ni panjat-panjat! Auni Haziqah: Stim jer mata anak aku nih! Hi Abah! Memang terrer memanjat dia orang nih! Dari kiri Auni, Auni dan Auni hehehe... Tengok sini laa! Abah nak ambil gambar nih! Jenuh panggil tengok Abah tapi buat tak layan jer! Dari kiri Auni Faqihah dan Auni Naqibah

Hari ini saya sangat bertuah!

Imej
Hari ni aku sangat bertuah! Pagi-pagi lagi dah bertuah! Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, aku pergi awal sebab nak tumbuk kad dulu sebelum hantar anak-anak ke taska... AMR dan AF ikut aku pergi tumbuk kad. Aku dukung AF kat tangan kiri AMR kat tangan kanan. Lepas tumbuk kat tu tiba-tiba ada bau... baik punya!! Rupa-rupanya AF sudah berak lepas tu diapers bocor kena laa kat tangan kiri aku... Lepas tu balik basuh tangan basah berak AF lepas tu hantar AMRAFAHAN pergi taska. Lepas hantar wife aku pergi kerja aku hantar Auni Auni Auni pergi taksa... err.. berapa banyak lepas tu daa... ahh.. malaas delete and edit.. biar jer.. Sampai taska AF dah tidur dalam baby car seat, AH dan AN cergas jer.. Lepas tu aku angkat laa si AH dan AN nak letak dalam stroller.. aku angkat laa AH tangan kanan aku AN tangan kiri aku... Sekali aku rasa basah.. aku ingat susu tumpah ke muak ke... rupa-rupanya AH berak daa.. kena dah tangan aku... bocor juga diapers dia nih.. hadoiii yaii.. Lepas tu h...

Gaya Auni Auni Auni tidur part 2

Imej
Suka aku tengok gaya anak-anak aku tidur... macam-macam pesen!! Kelakar pun ada! Hehehe... Ni masa cuti hari sabtu lepas. Masa aku jadi ultraman ehh.. babysitter hari tu! Sebelum mandikan dia orang aku saja je snap gambar dia orang dulu! hahaha... bila lagi kan! Nanti bila dia orang dah besar biar dia orang tengok gambar nih! Mesti hangin jer dengan aku! Ampunkan Abah! Auni Auni Auni!!! :) Gaya Tidur part 1 klik sini Dah siang pun! Cerah dah! Bangun!! Ni baru mengeliat nak bangun! Sedar aku masuk bilik! Hehehe Yang suka tidur separuh tilam separuh lantai tu Auni Naqibah, yang melintang kat tengah tu Auni Haziqah yang atas bantal tu Auni Faqihah.. Si Abang dah bangun awal dok tengok tv kat bawah.

Mari memanjat bertiga-tiga!!

Imej
Haa... sekarang ni Auni Auni Auni sangatlah terrer memanjat tangga, sofa, meja kopi, kerusi meja makan dan juga panjat Abah... hehehe... biasa aa.. dia orang kan manja dengan abah dia orang... kuhik kuhik kuhik... Disebabkan keterreran dia orang ni maka aku menjadi risau... tapi Alhamdullillah setakat ni dia orang tak jatuh lagi.. minta dijauhkan semua tu... Amin... Ermm... lupa nak beritau... dia orang dah pandai naik tangga lepas tu turun tangga... sekarang ni tengah belajar naik tangga sambil berdiri pegang besi railing tangga tu... naik tangga secara merangkak sudah di kira sebagai pro.. huhuh... Ada satu hari tu.. aku mandi bilik air bawah, tinggal kan dia orang depan tv... masa tu mama pergi kerja kot rasanya hari sabtu lepas... lupa aa.. Lepas mandi aku tengok dia orang dah takde depan tv... AF dan AN kat tangga... aku cari AH, tetiba dengar suara dia kat atas rumah... Ya Allah berderau sekejap aku... cepat betul anak aku naik tangga ni... Terus aku naik atas, aku tengok...