Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 12, 2011

Surat dah sampai dahh...

Imej
Alhamdullillah  surat tawaran kerja aku dah sampai.. Seminggu dua ni berdebar debar tunggu surat tu.. Akhirnya sampai juga.. Banyak nak kena setelkan nih.. huhuhuhuu.. Nebes aku semasa interview dulu akhirnya berbalas .. Alhamdullilah syukur kepada Allah.. rezeki anak anak nih.. Tapi tak tau lagi bila lapor diri sebab kena tunggu surat dari kementerian sumber dahulu... Maybe sebulan dari sekarang sebab kena siapkan medical check up dulu.

Sayang bini dimandi mandikan!

Imej
Assalammualaikum dan selamat petang, baru lepas bagi susu kat Amrafahan.. nak suruh diorang tidur petang pula.. dah meragam masing masing.. mata dah layu tapi still nak main main lagi.. bila aku buat susu bagi diorang ajak diorang naik atas masing masing mengekor jer... hehehehe.. memang dah ngantuk tapi lawan mata.. macam nilah diorang bila dok rumah, main jer dari pagi tadi.. Haa balik pada tajuk... korang sayang bini ke laki korang tak? kalau sayang tunjuk macam mana? haa.. ada yang berpelukkan ada yang berciuman.. ada yang on terus.. minta maaf cakap yer ni hakikat yang tak boleh diubah untuk pasangan yang dah berkahwin.. kepada korang yang belum berkahwin terutamanya Najeeb silalah kawin cepat cepat yer... Aku pulak kalau sayang bini aku mandi mandikan dia.. cuci cuci apa yang patut.. luar dan dalam.. huhuhu... best woo feel dia..

Selamat Hari Bapa!!

Imej
Kepada semua bapak bapak kat luar sana tu! SELAMAT HARI BAPA!!! HEHEHEHE

Betul ke korang nak kembar?

Assalammualaikum.. Dari komen komen yang aku baca kat blog aku dan blog kawan kawan kembar.. ramai terutamanya wanita teringin nak anak kembar.. ada nak kembar 2, kembar 3, kembar 4 pun ada... Aku bercakap.. eer.. menulis.. err.. menaip nih berdasarkan pengalaman aku sendiri yer.. harap jangan ada yang terasa hati ke apa ker.. Tapi korang dah bersedia ke? Mental? Kewangan? Fizikal? dan lain lain?

Cowboy Aqil beraksi!!

Imej
Hari tu aku ada cerita pasal Aqil ada masuk pakaian beragam kan! Meh baca kat sini dan sinun !! Video ni membuktikan kenapa Aqil dapat nombor satu dalam acara pakaian beragam tuh.. Tengoklah sendiri yer!!! Ada pula tuan puteri datang nak selamatkan koboi tu! hehehee Versi 1tube.my Hadiah Aqil

Peace sign cara Auni Auni Auni!

Imej
Auni Auni Auni sekarang dah pandai buat peace sign.. meh kita tengok peace sign cara dorang.. malam tadi baru dapat gambar nih.. hehehe AF peace guna 5 jari!

Belasahlah sayang! Abah tak marah!!

Imej
Bila dah besar ni.. macam macam akal diorang nih.. tak per lahh buat lah.. abah tak marah.. Conteng jerlah wet tissue tu.. jangan conteng dashboard macam abang Aqil buat sudah... abah boleh bertukar menjadi resakse gorgon nanti! huhuhuhu... Bila dah berbakat ni.. jangan nak belajar conteng dinding macam abang abang ni  tau! hehehe..  Tekun jer... si AF nihh

Sama tak?! Sama tak?!! hehehe

Imej
Cuba tengok dua gambar nih sama tak? Anak abah tak? Gambar nih...

Ayu sungguh anak anak abah!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi!! Kami pakat ramai ramai pakai baju kurung hari nih!!! Ayu tak?! ayu tak?!! hehehehe... abang pakai baju melayu siap sampin lagi.. tapi tak sempat amik gambar sebab ikut mama.. jadi tak peace sign saya!! hehehe jari kiri campur jari kanan jadilah PEACE!!!!

Jom undi AMRAFAHAN!!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera pada korang semua! Aku dengan rasa rendah diri memohon korang korang semua untuk mengundi AMRAFAHAN di page Facebook  A.K SONz COLLECTIONs . Wife aku ada masuk  CONTEST BABY / TODDLER WITH PARENT   di page A.K SONz COLLECTIONs . Kalau korang nak join  pon boleh sebab tarikh tutup dia sehingga 30 Jun 2011 . Nanti kalau korang dah join, beritau aku kat komen nih.. nanti aku undi korang pula! OK tak??!!! Bolehkan?!! Korang nak join terus jer pergi page  A.K SONz COLLECTIONs   ni!! Cara cara nak undi ialah..  LIKE page  A.K SONz COLLECTIONs lepas tu LIKE   pula kat gambar   AMRAFAHAN   nih!!   Klik Sini!! Senang jer!! Meh la kita tolong menolong antara satu sama lain  yer!! Hee... Gambar yang dipertaruhkan Gambar  ni di ambil semasa berkelah dengan geng kembar kali ke  2 di Putrajaya Syarat syarat nak join BABY / TODDLER WITH PARENTS CONTEST SYARAT² PENYERTAAN 1. send ur baby / toddler pic with parent ( dad / mom ) to our wall (

Yey!!! Dapat makan rendang Kuala Kangsor!!

Hari ni member aku dari Kuala Kangsor nak datang, dia ni seorang perunding imej.. Pandai mekap tau! Biasa buat mekap untuk pengantin dan artis.. memang seorang yang terror laa pasal mekap mekap nih sejak aku kenal dia dulu.. nasib laa aku dulu tak jadi model mekap dia.. kalau tak, ayu ko! aku nih!! kekeke..  sekarang nih dia banyak deal dengan Jabatan kerajaan untuk runding imej ni la... Sesiapa yang opis dia nak dapatkan perunding imej bolehlah bagi tau aku.. nanti aku bagitau dia! Zul!! aku nak komisen aku tau! tolong promote ko nih... kekekeke Nama dia Zul, ehh kan dah bitau tadi!! ahh lantakk... member seroomate masa aku belajar dulu.. dulu aku kenal dia sebagai lelaki lembut laa.. tulen bang! Dulu aku layan dia kasar.. alaa cara jantan laa.. mana main lembut lembut nih.. dah dekat 13 tahun tak jumpa.. jumpa pun kat FB jer.. Zul kalau ko baca nih.. ko jangan marah aku aa... tapi dia baik.. selalu belanja aku mee goreng.. tapi dia belanja member aku sorang lagi pizza! Cehh!! jeles

Aku suka entri nih... suka sangatt!!

"tengok mak bapak kita dulu dulu..rileks je..takde pun kena menari tiang bagai, bahagia je sampai tua ni haa" Ko nampak ke mak kau buat apa dalam bilik depan bapak kau..tah tah dedulu mak kau siap menari zapin depan bapak kau, mana kau tau?? ini la dinamakan, "teknik mencuri dari pandangan anak".. Tengok, sampai sekarnag pun kau tak tau kan? Aku dah menjadi seronok baca blog dia... entri penuh meh baca kat sini Positif thinking ok!!

Nak berhimpit himpit!

Selamat pagi!! Aku baru perasan yang Amrafahan ni suka tidur berhimpit himpit sesama diorang antara aku dengan wife. Biasanya Auni Auni Auni akan tidur selepas maghrib, dapat minum susu diorang tidur sendiri bertiga tiga... Abang join lambat sikit sebab nak tengok kartun dulu baru tidur.. Jadi biasanya dorang tidur dalam 1 tilam queen yang aku letak sebelah tilam aku. Bila aku, wife dan abang tidur kat tilam satu lagi, auni auni auni akan bangun dan menyelit antara aku dan wife.. Semuanya nak tidur sebelah abah dengan mama jadi ada laa yang kena hempap sesama sendiri.. Yang kena hempap tu meraung raung yang menghempap tu buat tak tau jer.. Janji boleh tidur menyelit... Huhuhu... Nak tak nak kena gak aku bangun pujuk... Letak auni atas badan aku, tepuk tepuk bontot pujuk dulu.. Baru diam... Dah tiga empat malam macam nih... Sian abah.. Nak peluk mama pun tak boleh.. Huhuhuhu... Aku dan wife tengah plan nak asingkan tempat tidur diorang... Tapi masih gagal... Huhuhu... Macam man

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

Monday, June 6, 2011 Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena Nowa, Kakitangan Kajaan, Putrajaya TV3 Sri Pentas, No 3, Persiaran Bandar Utama Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Tuan, Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan. 2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut. i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni? ii) Jiwa jiwa suami juga turut tergan

Bila Daddy bercerita!!

Imej
Wahh!!! Akhirnya!! Jumpa lagi bapak bapak yang berblog pasal anak kembar dorang!!! Bila aku terjah blog itu.. ianya sangat menarik... 1000 kali menarik lagi dari blog aku... jeles aku... huhuhu... takpelah.. blog Daddy ni kreatif.. aku tak kreatif.. huhuhu... Dia ada anak kembar perempuan tak seiras dan berumur 10 tahun dah!!! Meh terjah blog Daddyz Twins Story !! Haaa sama tak??!! Sama tak??!! Ehh.. tak seiras.. memang tak sama!! aparaa.... Gambar ini berjaya dicilok dari blog Daddyz , Peace bro!! Peace! hehehe Terima kasih Suha sebab memperkenalkan blog Daddyz nih!! Bertambah lagi geng kembar aku nih... suka! suka! suka!!

Bila bergegar gegar nih risau pula kat anak-anak!

Tadi masa gegaran dirasai kat sini aku ada call wife aku, dia pun ada rasa juga.. risau juga kat anak anak yang kat taska tu... Bila aku tanya pada wife aku, anak anak ok, lega hati nih... risau la kot kot ada muntah ke apa ke sebab kita yang dewasa ni pun rasa pening-pening.. budak budak lagi laaa tak tau apa-apa.. tiba tiba jer sakit.. risau gak.. Ini baru sikit Allah bagi ujian kat kita ni... sipi sipi jer.. macam mana laa kawan kawan kita yang pernah rasa gempa bumi seperti di Jepun tu... macam Mama Tomei ni rasa.. InsyaAllah tiada apa-apa yang buruk berlaku pada kita semua dan anak-anak bila gegaran nih... sebab kawan aku Najeeb kata kat Parcel C ada retak baru... tapi bangunan masih selamat diduduki.. kata bomba tu.. huhuhu..

Bergegar lagi!

Kitorang tengah bengkel, tetiba rasa gegar lagi! Lebih kurang 30 saat bergegar.. Air dalam botol dah berkocak halus... Allah mudah mudahan tak berlaku yang teruk teruk amin! Published with Blogger-droid v1.7.1

Punca gegaran di Putrajaya

Gegaran yang dirasai oleh kami di Putrajaya ni berpunca dari Sumatera Utara pada pukul 8.08 am tadi pada skala 5.5 ritcher. Kuat juga yer.. Sampai sini rasa... Info boleh baca kat sini..   gempa sumatera utara  

Alamak!! Bangunan opis aku bergegar!!!

Kitorang diarahkan turun dari bangunan opis nih sebab ada gegaran... Pihak Bomba nak buat inspection... Err.. patut lah aku tengok orang Kementerian Kesihatan blok depan aku semua turun bawah.. hehehe.. tadi lepas aku punch card aku hantar anak aku pergi taska.. lepas tu datang balik opis.. tu yang nampak orang ramai ramai kat bawah.... aku ingatkan latihan kecemasan.. rupa rupanya bangunan kat kompleks e putrajaya nih bergegar... huhuhu... Oklah nak turun.. selamatkan kan diri dulu!! huhuhu sempat update sepam! hehehe

Aku ditumbuk kerana Nora Elena! & Amrafahan bergaduh!

Kesian aku... Tadi masa cerita nora elena kat tv, wife aku kusyuk tengok cerita tu... Disebabkan aku tidak mengikuti cerita tu, jadi aku amik remote nak tukar cerita lain.. Waaa... Dengan comelnya wife aku angkat penumbuk kecik dia tu tunjuk kat aku... Dia kata tak boleh tukar sebab nak tengok aaron aziz... Cehh!!! Dia tak perasan ker yang depan dia nih 10 kali ensem dari aaron tu.. Best sangat ker aaron tu? Kalau berani belanja tengok KL gangster laa!! Hehehehe aku nak gak tengok cerita yang ramai orang kata best nih!! Tapi taknak beli tiket.. Nak tengok free jerr... Hehehe Berbalik pada tajuk.. Wife aku takdelah nak tumbuk betul betul cuma letak penumbuk dia kat bahu aku jer.. Aku pun takderlah nak mengamuk ke marah ker... Bahaya!! Nanti dapat kembar 3 lagi hehehee.... Cerita Amrafahan pulak... Balik dari sekolah tadi aku bagi makan sumi sorang satu... Diorang memang suka sumi nih.. Habis kecah satu rumah.. Yang aku jadi seronoknya bila tengok diorang berebut dan berg

Entri berniat jahat!

Imej
Tujuan entri jahat ini adalah untuk menjeleskan anak buah aku Daus bin Pawi. Idut, sila jeles yer, pak long dan mak long makan mee rebus tulang pula kat tempat yang sama!! Sekian selamat menjeles!!! Yang jahat, Pak Long Kekeekeke

Semak keputusan temuduga SPA

Imej
Kepada kengkawan diluar sana yang nak semak keputusan temuduga SPA untuk temu duga bulan Mac 2011 hingga Mei 2011 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) bolehlah semak melalui link dibawah ini. Aku perasan website SPA sekarang nih tengah problem maybe sebab ramai sangat yang masuk. Jangan risau, ini link yang sah punya. sebab aku cek keputusan temu duga aku pun kat sini, cuma tak melalui main site SPA. Harap dapat membantu korang! KLIK LINK BAWAH NIH: SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA SPA SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA SPA SENARAI JAWATAN UNTUK DISEMAK SEPERTI DIBAWAH INI

Erkk!!! Kebizian!!!

Assalammualaikum dan selamat pagi!! Jangan tension tension di pagi Isnin ni ... relax relax jer.. chill bro chill sis!! Arghhh... tiba tiba jer banyak kerja hari ni... Oklah aku harap korang sudi sudi lah singgah sini walaupun aku takde cerita baru pasal AMRAFAHAN... err.. ada tapi tak sempat nak karang sebab kena karang cerita.. heheh.. ni entri fast foward jer nih... Banyak blog korang yang aku belum singgah... InsyaAllah kalau korang ada cerita menarik boleh laa share kat komen aku nih.. Nanti aku singgah yer!! Yang benar, Aku yang malas tapi bizi.. huhuhu...

Mana nak cari nih??

Imej
Mama nak makan tom yam putih seafood.. mana aku nak cari yang sedap sedap area Putrajaya / Sungai Merab / Bandar Baru Bangi nih?? Korang ada cadangan tempat yang best bestest tak?? Bukan tom yam yang merah tu.. yang putih punya... Yang macam dalam gambar nih >> Gambar di cilok dari sini . Pinjam yer Kak Long.. sedap nampak gambar nih!! Hehehe Sekarang nih mama tengah melepek kepeningan akibat migrain.. tu yang usaha juga nak cari nih.. Kat Putrajaya ada satu restoran nama dia Restoran Selera Kita kat Presint Diplomatik tu sedap dia punya masakan sebab tukang masak dia memang dari Patani.. tapi hari Ahad nih tutup pula... hermmmm... mana ekkk nak cari nih??!!

Nak ikut abah...

Imej
Patutlah nak ikut abah pergi niaga... Rupa rupanya ada kerja... Pandainya anak abah nih.. Published with Blogger-droid v1.7.1