Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasir Ismail

Jenazah abah izz selamat dikebumikan

Imej
Selepas aku dapat tau, yang jenazah arwah akan dikebumikan di USJ, Subang, aku call member-member lain untuk pergi melawat jenazah. Selepas maghrib, kami bertolak dari Putrajaya ke Masjid Al Falah USJ, Subang. Sampai di sana, kami solat Isyak dahulu. Selepas itu kami tunggu jenazah arwah sampai. Jenazah tiba di perkarangan masjid jam 10.45 malam dari Terengganu. Sempat berjumpa dengan abang kandung arwah , bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu arwah dimandikan dan dikafankan. Selesai semuanya dalam pukul 12.00 tengah malam. Selepas itu kami sahabat-sahabat arwah bersama keluarga arwah, menyembahyangkan jenazah.

Al fatihah untuk abah izz

Imej
Al Fatihah untuk sahabat aku abah izz @ Nasir Ismail. Aku baru dapat tahu berita ni tadi. Arwah meninggal pukul 12.30 tengahari tadi. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah, moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Doakan sahabat aku! Dia tenat sekarang nih!

Imej
Assalammualaikum, Sahabat aku, yang aku kenali sejak dari tahun 1997 lagi.. sekarang nih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Dia dalam keadaan tenat . Mungkin kau orang pernah melawat blog dia .. atau dikenali ab@h izz dalam dunia blog.. Moga sahabat aku Nasir Ismail akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala dari sakitnya itu.. Sehingga kini penyakit sahabat aku masih tidak diketahui... Doa sahabat aku Shahrul Haslin kepada sahabat aku Nasir Bismillahhirrahmanirrahim, Ya Allah Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah, Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan daripada engkau, kesembuhan yg tidak diikuti penyakit. Amin. Aku ambil dari FB Nasir Print screen dari FB aku