Khamis, 9 Disember 2010

Giveaway Separuh Jiwang

Tarikh tutup 3 Jan 2011

Huh! apa nih!! haaa... ni lah giveaway cakap melayunya setelah ditranslate oleh en. google satu persatu maksudnya... memberikan jauh! hehehe tah apa apa kan!!

Saje aku masuk GA ni.. kot kot boleh menang hadiah! boleh bagi kat wife aku! Mana taknya semuanya hadiah untuk orang perempuan! Cuba la buat untuk orang lelaki.. comfirm aku hantar borang penyertaaan 18 juta kali! Yelahh nak menang punya pasal!!!

Maklumat lanjut korang boleh klik sini tuan punya blog nama dia Weeda.

Sebelum tu aku nak tag 3 orang mereka yang bertuah...




Ni hadiahnya.. ada 2... satu macam kat bawah ni.. 1 lagi misteri...


BlogLarian - Blog walking anda!!




Pada sesiapa yang nak menambah trafik kat blog masing-masing bolehlah menyertai segmen ni... Bagus untuk pengguna blog baru macam aku nih... Sesiapa pun boleh buat!! Maklumat lanjut boleh dapatkan kat sini : BlogLarian

Lepas tu buat apa yang disuruh.. macam kat bawah ni!

1) Pastikan ada Banner BlogLarian

Done!!

2) Jadi Follower BlogLarian

Done!!

3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

Saya suka berblogwalking kerana boleh dapat ilmu macam-macam dari ilmu berblog sampai laa ilmu masakan  dan juga boleh berscreen shopping! Serta dapat tambah kenalan di alam maya ni! Pastu dapat jumpa geng kembar juga!!

4) Tag 3 orang rakan atau lebih

Mereka yang bertuah ialah:-


b) Oya

c) Irma


5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian

Okeh kejap lagi selepas siap nih!


6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan

Okeh lepas ni jer!!


Haahh... siap dah... senang kan!!


Mandi Kolam!

Pada malam hari isnin lepas sehari sebelum cuti umum awal muharam, Sepupu aku datang rumah bawah  anak-anak dia nak mandi kolam... Kita orang pergi mandi kat kolam renang presint 16 jer.. 

Sementara nak menunggu sepupu aku sampai, aku bersiap laa, yang si aqil ingat aku nak pergi solat... asyik cakap ikut abah pergi solat tau! Berulang-ulang! hehehe... dia tak tau lagi aku nak bawa dia pergi mandi kolam... 

Bila sepupu aku sampai jer kita orang pun beli la tiket pastu salin pakaian... Aku boleh lupa kat mana aku letak seluar mandi aku.. jadi, aku pakai seluar pendek jer... pastu pakai towel... konon-konon nak masuk terus terjun kolam, Aqil pun dah excited nak swimming... dah siap pakai CD lagi... sekali kena tahan dengan budak yang jaga kolam tu... bang, tengok seluar bang, aku pun selak towel aku, .. seluar ni tak boleh bang... hadoii yai!! dik boleh lah...aku merayu... yelah dah setahun lebih tak swimming, gian aaa tengok air ni... merayu punya merayu tak lepas gak... (merayu kat awek tak macam ni dulu.. kekeke) sudahnya.. silalah tengok gambar kat bawah nih...


Grr... sejuknya!!!

Aqil bersama-sama abang-abang sepupunya!

Peace!!

Sudahnya abah mandi kat kolam budak kecil! kalau abah tak turun, Aqil tak mau turun! Terpaksa tau! hehehe

Panjangnya rambut anak aku! hahaha! bior panjang! Abah suka!

Aqil selepas mandi duduk dengan Pak Teh dan Mak Teh

Kenapa nih!!

Cakk!!

Rabu, 8 Disember 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Moga mendapat manfaat dari rencana ini... 


Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 

Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Sumber dari FB (in-a-relationship-with)

4 golongan lelaki ke neraka...

Moga kaum lelaki yang korang kenal dilindungi Allah SWT...


Sumber dari FB IslamicGlory

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Harap dapat disedarkan...

Isnin, 6 Disember 2010

Gambar Aqil, Auni, Auni dan Auni!!

Hari ni kesibukkan sikit... jadi, tak sempat laa nak menaip panjang-panjang. Nanti bila berkesempatan aku cerita  lagi kisah-kisah Amrafahan kat kau orang semua!

Gambar ini diambil pagi tadi sebelum kami sekeluarga keluar rumah untuk pergi bekerja dan taska.

Abang: Kurusnya Abah! kekekeke
  Baju yang Auni, Auni, Auni pakai ini, semuanya baju abang dulu...

Abang ready nak ambil gambar

Abang nak buat peace tapi tak sempat, mama dah snap gambar

Dah sampai taska.. tengah tunggu cikgu datang!

Yang kiri tu Auni, tengah tu Auni, kanan sekali Auni... err betul tak mama!! hehehe


Ahad, 5 Disember 2010

Blog oh Blog !!

image

Ini baru pertama kali nak join segmen En. Ben ni... aku cuba lah...

Moga mendapat perhatian dari En. Ben.. hehehehe

Usia and berblog..

Baru lagi... mentah lagi! lebih kurang sebulan lebih jer..

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

En. Khairil kawan aku.. Sebenarnya lama dah teringin nak buat blog ni... tapi tapi tertangguh... hujung bulan oktober hari tu, aku tengok kawan aku keril ni buat blog sebab dia nak bertukar kerja.. ermm macam best jer buat blog ni... tu yang aku terus buat tu...

Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Blog ni apa? Untuk apa sebenarnya? Tapi bila dah tau, jadi seronok laa pula! Ramai kawan!

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..

Anak sulung dan anak kembar 3 aku! Juga rakan-rakan blogger... banyak aku belajar dari kau orang!

Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Ala... blog ni macam rencana ke cerita-ceriti online laa... alaa macam surat khabar online tu... tapi kau kena baca kat internet! guna komputer tau!! Guna tv tak dapat!!

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?

Selama sebulan lebih aku berblog ni, aku rasa memang mempengaruhi kehidupan seharian aku, nak mandi ingat blog, nak tidur ingat blog, bangun tidur ingat blog, nak kerja pun ingat blog... boleh kata segala-galanya lah ingat blog... Lagi dua, kalau keluar tu, mesti nak ambil gambar, konon-konon nak letak dalam blog laa.. hehehe... Lagi satu... menjadikan aku seorang yang berfikir dan cuba untuk menjadi orang yang kreatif dalam dunia penaipan blog ni... :)


Begitulah jawapan-jawapan saya untuk segmen ni... Sekian terima kasih...

exabytes unlimited