Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 10, 2013

Abah kalah! Abah kalah!

Jom tengok video Auni Auni Auni meraikan kemenangan diorang sebab berjaya mengalahkan Abah dalam pertandingan siapa sampai rumah dulu dia yang menang! ********** Abah kalah! Abah kalah! Sebab abah sampai rumah lambat dari diorang! #abah #amrafahan #kembar3 #triplets http://www.keek.com/!osFvbab

Tunjuk Bon!!

Imej
Ceritanya terjadi pagi tadi. Si Kakak, Angah dan Adik tengah bersiap nak ke taska. Baru nak pakai baju masing-masing. Lebih detail lagi baru nak pakai spender masing-masing! hehehe. Kebetulan pula Abah tengah buka pintu almari dan menunduk nak ambil baju. Kena pula masa tu menonggeng ke arah diorang yang ada atas tilam tengah sibuk nak pakai spender tu. Bila seorang Auni (hahaha abah tak ingat siapa!!) nampak Abah tengah menonggeng dia pun jerit "Eeee!! nampak bontot Abah!! Tak malu!!" Dah sudah yang lagi 2 orang Auni tu menjerit sama!! "Abah tak malu nampak bontot!!!" Ishh.. diorang nih.. mana ada Abah tunjuk bontot! Abah masa tu bukannya berbogel pun! Pakai kain pelikat lagi! Haisshhh laaa anak-anak!! Lepas tu Abah balas laaa... "Kakak, Angah, Adik tak de bontot sendiri ke?!" Boleh pula masa tu serentak diorang pusing tunjuk bontot diorang kat Abah! Si Kakak siap selak turunkan spender nak tunjuk bontot dia kat Abah! Si Adik memang tak pakai spend

Berita baik untuk penjawat awam tetap dan kontrak!

Assalammualaikum Abah nak kongsi berita baik nih buat kawan-kawan yang kerja gomen baik yang tetap ataupun kontrak. Kerajaan dah umumkan 9 berita baik untuk penjawat awam. Rezeki nak pilihanraya agaknya! hehehe Ye lahh.. sebelum nih kecoh-kecoh penjawat awam naik gaji tahun 2013 nih, naik elaun perumahan sampai RM400 laa.. maunya tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi tu! dan hari ini adalah harinya pengumuman rasmi tu keluar! Antara 9 perkara tu... ************************************* 1 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52; 2 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajia