Catatan

Tunjukkan catatan dari April 17, 2011

Nabil meny'Sepah'kan Jambu

Imej
Rumah aku tak de astro, aku tengok iptv jer.. jadi takleh laa tengok Maharaja Lawak... Nasib laa zaman dah canggih boleh tengok kat youtube.. banyak dah orang upload... jadi aku tumpang tengok jer! hehehe Hehehe memang layan laa Maharaja Lawak nih... Baca tajuk entri pun tau kot aku sokong siapa.. kekeke... Saja nak simpan koleksi video diorang nih... Mula-mula kumpulan

Ngigau anak abah ni!

Aku baru lepas solat maghrib ni, sebelum tu aku tidurkan auni auni auni, senang jer bagi diorang tido, tadi mama dah buatkan susu, bagi kat diorang, diorang minum sambil golek-golek sikit, dah tidur... hehehe aku baring sebelah jer.. sambil-sambil main angry birds... Lepas aku solat masa tengah lipat sejadah, tiba-tiba aku dengar ada bunyi weeeeee... aku toleh ke tilam, tengok AH yang keluar bunyi tu.. hehehe comel jer aku rasa bunyi tu.. Bila aku datang dekat dia tak bunyi lagi dah.. hihihi Anak korang pernah mengigau tak? ker mak bapak dia yang ngigau? hehehe

Siap dah!

Imej
Baru lepas selesai bagi Auni Auni Auni makan, lepas tu mandikan, lepas tu suap kismis. Susu pun dah buat. Suka tengok diorang makan kismis... lagi lagi si AN, laju ker makan.. lepas satu, satu dia ambil.. Suka bila diorang dah habis makan lepas tu minta kat kita... "Nakkkk"!! hehehe... selagi tak dapat selagi tu sebut nak! Lepas tu bagi susu kat diorang... ermm.. diorang sekarang tengok golek-golek nak tidur kat atas... abah dia lari kejap nak update blog.. kekekeke Hari ni dah masuk hari ketiga train Auni Auni Auni guna botol yang putingnya macam kat bawah nih... apa nama tah... kalau nak detail boleh pergi sini

Ya Allah!

Imej
Ya Allah ya Tuhanku, kuatkan semangatku, tabahkan hatiku dalam hadapi ujian Mu ini. Kau Berkatilah dan Rahmatilah Ibu Bapaku, Ibu bapa mertuaku, keluargaku, adik-beradikku, saudara maraku dan sahabat handaiku... Amin Ya RabbalAlamin p/s: Mudah-mudahan dimakmulkan Allah sempena hari jumaat yang mulia ini..

Cadangan aku jer nih..

Ini hanyalah pendapat peribadi aku.. kalau tak setuju pun tak pe.. Terpulang pada masing-masing sebab blog masing-masing yang empunya.. Ini bukan teguran, cuma cadangan dari aku jer.. Aku rasa laa.. para pemblog (ganti nama pada blogger boleh? cakap melayunya hehe..) ... 1. Remove word verification (WV) tu pada ruang komen korang, tujuan WV ni untuk mengelakkan spam dari autobot yang ada kat alam maya nih, pada aku senang pada tukang komen nak komen, jadi tak perlu laa taip 2 3 kali WV nih... kadang-kadang orang jadi tensen dan malas nak komen sebab ada WV tu.. ada 2 3 kes yang aku pernah jumpa, dah lah kena taip WV lepas tu kena approval dari tuan punya blog... perhhh.. gila safety.. bagus-bagus.. tahniah yer sebab berjaya mengsekuritikan blog korang.. 2. Meletakkan URL blog di id blogger korang, kadang-kadang diorang tak perasan ke tak tau yang id blog diorang takde URL blog diorang, jadi pada aku satu kerugian jika, korang tinggalkan jejak pada blog orang, tapi orang nak jej

Sheikh as-Sudais di Malaysia

Imej
Sekadar berkongsi perkara yang baik! Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram. - Muzir Beliau akan berada di Malaysia seperti jadual dibawah

Penjual soya ludah air jualannya!

Imej
Video ni aku dapat dari facebook. Aku tak ingat dari siapa.. Aku nak share benda ni sebelum ada antara kita yang terkena. Dari apa yang aku tengok, peniaga nih meludah ke dalam setiap air soya yang dibungkusnya... Tapi aku macam musykil la! Sebab sebelum dia meludah, dia macam berdiri sekejap lepas tu baru ludah... Ermm... dia ada baca-baca ke? Mengikut akak dalam video ni, gerai dia berhampiran dengan Maybank dan Shell Bandar Baru Bangi. Errmm kat mana yer? Tak perasan lak aku... kalau ada yang jual soya dekat-dekat area situ, elakkanlah membeli yer! Mana lah tau, terkena nanti!!

Sedapnya lips balm ni!!

Imej
Tengoklah sendiri!! Senyap-senyap dok belakang kereta rupa-rupanya tenyeh lips balm kat pipi sendiri! huhuhu. Kejadian berlaku semalam semasa nak tunggu mama sebelum pergi klinik ... AH tengah rasa lips balm mama dia..

Bila AMRAHAFAN dipaksa bekerja!!

Imej
Semalam petang aku dapat call dari wife aku, dia kata taska call, Auni Auni Auni demam menggigil-gigil, lalu aku bergegas laa pergi ke taska nak bawa diorang ke klinik. Sampai taska wife aku dah bawa AMR dan AN, aku ambil AF dan AH, masa ambil diorang tu, AF dan ok sikit tak menggigil dah.. Cikgu taska dah selimutkan dia. Untuk pengetahuan korang kat taska situ air con dia centralizes jadi susah nak control sejuk dia, lagi-lagi kalau hujan jadi budak-budak kat sini memang senang kena selsema, tapi aku takde pilihan lain, kena hantar juga kat situ. Bila dah hantar ke klinik, doktor check, Auni Auni Auni dah tak demam sebab sebelum datang klinik tadi dah makan ubat dulu. Doktor bagi ubat demam untuk Auni Auni Auni. Lega rasanya bila dengar diorang takde apa-apa. Si Abang dah sihat dah.. dah aktif balik... Alhamdullillah.

Nampak macam dah ok!

Alhamdullillah.. anak-anak abah nampak macam dah ok semua, abang pun nampak macam dah sihat, cuma pagi tadi taknak mandi jer.. lepas mama ugut taknak bawa dia pergi opis mama, baru dia nak mandi.. jadi abah ler yang kena bagi mandi, aku dah siap pakai baju kerja, habis basah kena air mandikan si Abang.. Harap-harap diorang kat taska nanti, takde muntah-muntah atau demam-demam lagi laa.. InsyaAllah..

Kasihan anak-anak abah!

Hari ini baru sekarang ni dapat update blog. Pagi-pagi lagi si Abang dah muntah-muntah, tak tau kenapa. Pagi sebelum nak pergi taska dah 3 kali muntah, sampai taska muntah lagi.. dia muntah lendir dan air jer.. mungkin sebab belum minum atau makan lagi pagi nih... patut laa masa aku mandikan dia, dia lembik jer... rupa-rupanya dia tak sihat... jadi lepas hantar wife aku pergi kerja aku bawa si Abang pergi klinik, kesian tengokkannya... lembik dah... kurang aktif macam biasa... Sampai jer klinik, si Abang dah segar sikit, dah boleh minta nak main game handphone, lega aku bila tengokkannya. Bila bawa jumpa doktor, abang dah aktif sikit, doktor kata ni takde apa-apa sangat, bukan keracunan makanan sebab takde cirit-birit. Doktor bagi air garam jer untuk kembalikan tenaga si Abang. Bila aku hantar ke taska si Aqil merengek-rengek nak pergi klinik, hehehe padahal baru balik klinik, sebenarnya dia taknak pergi taksa tu, jadi aku pujuk dia, ajak dia pergi beli nasi dan lepas tu pergi task

Comel lah kembar nih!!

Imej
Tadi aku ber blog walking... saja seronok-seronok baca blog kawan-kawan, Happy jer bila baca blog diorang nih... Macam-macam cerita! Lagi-lagi yang duduk oversea nih... Mesti banyak pengalaman menarik duduk kat negara orang.. Anak-anak diorang gak yang untung, kecil-kecil dah kenal dunia luar... Alhamdullillah rezeki masing-masing.. Masa tengah baca blog Mama si kembar Ariana dan Arisya , ternampak satu lagi blog kembar yang dok oversea gak!! Rasanya duduk New Zealand kot.. hehehe.. teka jer sebab nampak gambar aiskrim new zealand.. hehehe

Jom pergi pasar karat!!

Imej
Jom shopping pagi-pagi ni kat pasar karat stadium shah alam!! macam-macam ada!!! Sesiapa ada kat sana meh lerr jalan-jalan kat sana!! Ada makanan sedap macam sup gear box! roti jala! murtabak! roti bom!! semua sedap!! Aku dah selalu makan dan pueh hati!!! cendol pun ada!!! Murah plak tuh!!!! Kalau sesiapa nak beli towel cotton 100%, kualiti terbaik punya, mai laa ke gerai tapak 301! aku ada kat sana pagi nih!!! Murah murah jer!!! Jumpa di sana!!! hehehehe