Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Semua! Tahun ni kami beraya dengan orang baru!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua sahabat handai, saudara mara, adik beradik, ipar duai, mak, abah, pembaca blog dan semua-semua sekali lahh tak kira kat mana korang berada atas semua salah dan silap kami pada korang semua
dari kami bertujuh!!


Terpaksa guna balik gambar tahun lepas. Tahun nih punya gambar belum ada lagi.
dan orang baru dalam keluarga kami AMR junior - Amni Musfirah Rifqah



Tahun nih, Abah dan si Abang beraya dahulu di rumah nenek kat Kota Tinggi, lepas tu raya dua ke raya ketiga balik Perak, Penang dan Kedah. Mama bersama-sama Auni Auni Auni dan Amni berpantang dan beraya di rumah Opah di Kubang Semang Bukit Mertajam. 

Sebenarnya nih dah rindu sangat kat diorang-diorang nih! Bila bercakap dalam telefon selalu si Kakak, Angah dan Adik tanya bila Abah dan Abang nak balik rumah Opah! huhuhu Sabar yer anak-anak! InsyaAllah nanti Abah sampai dengan Abang! Boleh kita beraya bersama-sama!!



Nota Kaki Abah:

Nampak gayanya nama blog dikekalkan laaa. Cuma kena tambah gambar AMR junior jer! hehehe

exabytes unlimited