Catatan

Tunjukkan catatan dari November 21, 2010

Komen terakhir arwah Kak Aisyah Kembar 3

Imej
Semasa aku tengah melepak-lepak dengan kawan-kawan aku di Kedai Kopi Tepian Bangi, Seksyen 4 Tambahan, Bangi, member aku tanya aku..

Nik: siapa yang meninggal dunia dekat post kau tu.. ?
Aku: Ooo... dia ada kembar 3 juga...
N: Ni anak dia yang 1st ke?
A: Tak lah... dia ada lagi 3...
N: Ooo.. ni yang ke 4 laa.. kenapa dia meninggal?
A: alaa ko nih... ko baca laa blog aku ni...

Lalu si Nik pun baca kejap blog aku nih...

N: Ooo comel-comel anak dia kan... sian dia kan.. jatuh bilik air...
A: ehh.. ko buka kejap blog dia...

Lepas buka blog...
Aku entah macam mana tetiba terlintas nak buka komen dia...

A: Ehh... dia ada komen laa yang last ni... cuba baca...

Macam ni komen dia



aishah said...


kpd semua..salam kenal..thanks sudi singgah..jgn berkecil hati ya klu saya x follow lg ya..bkn apa internet slowla..nk klik ke satu blog ke blog lain bkn main slownya...

so jgn kecik hati ya..bkn sombong...tp mmg internet slow sgt..bla dh ok saya singgah ya..tq November 22, 2010 12:40 AM





Cuba tengok yang a…

Mama dan Aqil balik kampung...

Imej
Pada 27 Oktober 2010..

Opah, tok wan dan mak ngah nak pergi haji, jadi kami sepatutnya balik kampung kat Kubang Semang, Bukit Mertajam Pulau Pinang... tetapi disebabkan bos bagi cuti 25 hari jerr pastu dah habis pula tu... (err.. cuba bagi 360 hari kan best! tentu saya boleh balik kampung juga!) jadi, tak dapatlah aku balik sekali dengan wife aku... baliklah dia bersama Aqil menaiki bas ekpress transnasional ke Butterworth pastu ke KS...

Jadi kesimpulannya, aku tertinggal bersama-sama Auni, Auni dan Auni... Duduk lah kami kat rumah berempat melakukan aktiviti panjat gunung dan sebagainya... hehehe...

Lepas hantar mama dan Aqil kat Stesen Bas Bukit Jalil, aku dan auni dan auni serta auni pun balik rumah. Sampai rumah diorang dah tidur... aku angkat diorang dengan baby car seat sekali bawa naik ke bilik... konon-kononnya tak nak bagi diorang terjaga dari tidur laa.. Pastu aku pun baik punya landing... sedar-sedar dah pagi, hehehe... diorang tak menangis pun tidur dalam car seat tu... ny…

Terima kasih Kawan-kawan!!

Pagi ni aku buka blog aku... humang haii... terkojut den... ramainya visitor... terima kasih yang tak terhingga pada rakan-rakan yang sudi melawat...

Maklumlah.. aku ni baru peringkat beginner dalam bab blog-blog ni... banyak lagi yang aku tak tau pasal blog-blog ni... Hati mana tak gumbira bila tengok blog sendiri tetiba ramai pelawat dan pengikut... yelah masa mula-mula buat blog ni pun sebab saja suka-suka... sekarang macam dah jadi seronok pula!! terima kasih sekali lagi pada semua...

Pada yang nak share link tu bolehlah tinggalkan kat komen ni.. InsyaAllah nanti saya update kan di blog saya...
Err... post pasal kembar nanti saya letak ya... hehehe...

Ini versi bahasa English pada yang faham atau tak reti bahasa melayu... hahaha... di terjemahkan oleh En. Google. Terima kasih encik google!!


Thanks friends!

This morning I opened my blog ... humang Haii ... terkojut den ... crowded visitor ...infinite gratitude to the colleagues who wish to visit ...
What do you expect .. I'ma new beg…

Al Fatihah untuk Arwah Puan Aishah - ibu kembar 3 perempuan

Imej
Al Fatihah untuk arwah Pn Aishah ibu kembar 3 perempuan yang telah meninggal dunia pada 22 Nov 2010 (betulkan aku kalau tersilap) kerana terjatuh didalam bilik air...

Aku, wife dan kembar 3 aku pernah berjumpa dengan kak aisyah ni hospital putrajaya sewaktu kami sedang menunggu untuk ambil ubat di farmasi. Masa tu dia tengah mengandungkan kembar 3 dia ni... Dia datang jumpa dan tegur kami sebab nampak kembar 3 ni.. dia pun cakap dia tengah mengandung kembar 3... Masa tu aku rasa seronok sebab jumpa geng hehehe... rasanya masa tu dia kena tahan wad sebab ada darah tinggi semasa mengandungkan kembar....

Setelah sembang lebih kurang... kami pun berpisah... sampai laa semalam aku tak dengar berita dia... Wife aku beritau, kakak yang kembar 3 kita jumpa kat hospital tu dah meninggal... aku terkejut dengar berita tu... jodoh dan pertemuan tu ketentuan Allah, kami tak sempat jumpa dia lagi... cuma dapat berita sedih ni jer...

Al Fatihah untuk arwah kak aisyah.. moga rohnya ditempatkan dikala…

Tembak jer!!!

Imej
Kejadian berlaku sewaktu kami anak beranak dalam kete dari puncak alam ke putrajaya. Ahad 17 Okt 2010. Masa lebih kurang kul 3 lebih petang... Mama: 32 taun.. Aqil: 2 taun lahh!!
Mama: Kat sekolah tak mo gadoh gadoh tauu!!
Aqil: Takmo gadoh gadoh tau!! Tembak jer!!! (jawab dengan muka selamba sambil tengok upin ipin kat hp mama)
Abah: kakakakaaka (gelak besar den)!!!! 
Mama muka tensen jerr!!




Wad NICU Putrajaya

Imej
Sambungan dari post yang lepas (klik sini).

Selepas jumpa wife, aku pun nak pergi tengok anak, sampai kat NICU.. Maaf Encik... tak boleh masuk lagi, doktor tengah buat prosedur... haduih... lama lagi ke? Maybe lepas maghrib baru boleh...

Sedih aku... risau pun ada.... doktor ni buat apa? yelah aku mana tau benda apa doktor-doktor ni buat kat anak aku... dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan segalanya...


Tunggu punya tunggu... maghrib pun tak boleh masuk lagi... hadoi... aku dah risau nih... yelah... lahir tak cukup bulan... lagi 2 hari nak cukup 8 bulan... sebelum bersalin lagi, Doktor dah beritahu dan pesan macam-macam pasal kelahiran kembar tak cukup bulan ni... risau bangat nih!! Masa Aqil dulu tak macam ni... Aku berdoa pada Allah agar permudahkan segalanya, beri aku kekuatan untuk hadapi dugaan ni... macam-macam aku fikir, kritikal ke ok ke?!! hadoi... tak tenang jiwa selagi tak dapat tengok...


Setelah menunggu agak lama, barulah aku dibenarkan masuk... rasanya hampir jam 10 ke ja…