Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kena bedah

Balik tengok nenek!

InsyaAllah jam 11 nanti aku nak balik kampung johor nak tengok mak. Hari tu dia ada buat pembedahan  kat leher dia, jadi nak tengok sendiri laa dia macam mana. Berbual dalam telefon rasanya macam dah ok. Tapi bila dapat tengok sendiri baru puas hati. Tak sabar laa nak tengok mak nih! Harap-harap dia makin pulih!

Alhamdullillah mak ok!

Alhamdullillah mak aku dah selamat menjalani pembedahan. Risau juga sebab buat kat bahagian leher. Semalam telefon adik dia kata mak jadi orang pertama kena bedah untuk hari tu, masa aku call tu, mak tengah tidur sebab baru lepas kena bedah. Pagi tadi baru dapat bercakap dengan dia. Suara dia masih lemah bila aku dengar ditelefon. Tapi dia dah boleh bangun sendiri, makan bubur dan pergi tandas. Luka pembedahan tu lebih kurang 6cm panjangnya. Tak tau kena duduk wad berapa lama. Aku pun tak sembang panjang dengan dia, kesian kat dia. Biarlah dia rehat. Moga mak cepat sembuh dan sihat yer! Sayang mak!

Mak saya kena bedah hari nih!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Pagi ni InsyaAllah mak aku akan dibedah di Hospital Sultan Ismail, Johor. Dia nak dibedah sebab ada ketumbuhan sebelah kelenjar thyroid. Harap-harap takde apa-apa lah... Minta tolong kawan-kawan doakan keselamatan dan kesihatan beliau yer! Moga Mak selamat jalani pembedahan ni dan cepat sembuh dan sihat! InsyaAllah.. Amin... Kita sayang mak sangat-sangat!!! Kita sekeluarga doakan mak cepat sembuh dan sihat!! Amin...

Alhamdullillah adik aku dah selamat dibedah

Imej
Kerisauan aku semalam berakhir pukul 6.40 petang semalam. Lamanya adik aku dibedah. Dari pukul 8.48 pagi masuk dewan bedah sampai laa petang semalam. Asalnya doktor jangkakan pembedahan hanya makan masa 4 ke 5 jam sahaja. Tetapi tak kisahlah berapa lama, asalkan adik aku selamat dibedah. Mulianya tugas seorang doktor iaitu Mr Johari pakar neurologi di Hospital Sultanah Aminah yang sanggup buat pembedahan ini, bukan calang-calang orang boleh mengadap pesakit yang dibedah berjam-jam.. Terima kasih Doktor dan petugas-petugas lain yang membantu dalam melancarkan pembedahan ini. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Doktor dan petugas-petugas lain diberkati Allah... Selepas dibedah adik aku dibawa ke wad ICU, mak aku kata, adik aku meracau-racau, menjerit sakit, haus dan lain-lain... mungkin disebabkan kesan ubat bius mula hilang, jadi adik aku rasa sakit.. kasihan dia... Masa aku dapat peluang tengok dia lebih kurang jam 8 malam, adik aku dah tidur, mak cakap doktor bagi ...

Adik aku dibedah hari ni..

Imej
Hari ini hari yang sangat mendebarkan aku... aku tak tenteram... Tak sabar nak tunggu adik aku keluar dewan bedah. Deedam dimasukkan ke dewan bedah pada 8.48 pagi tadi. Sebelum dia masuk aku sempat bercakap dalam telefon dengan dia. Aku cuma boleh pesan pada dia suruh baca Surah AL Fatihah banyak-banyak, dan aku cakap pada dia aku sayang kat dia, mak dan adik-beradik lain semua sayangkan dia, aku pesan pada dia kuatkan semangat. Hati ini tak putus-putus berdoa agar pembedahan berjalan dengan lancar dan Deedam selamat menjalani pembedahan buang tumor ni. Moga selepas ni Deedam lebih sihat dari sebelumnya, moga selepas pembedahan ini yang terakhir untuk dia, tak de lagi pembedahan ulangan untuk buang tumor dia itu.. Adik, sempena birthday Abang hari ni, abang tak nak hadiah apa-apa melainkan abang nak adik selamat menjalani pembedahan ni, adik lebih sihat lepas ni, adik boleh hidup normal macam orang lain dah takde sakit apa-apa lain, abang doa pada Allah agar hari istimewa ni doa a...

Esok adik aku nak kena operate

Imej
Assalammualaikum Hari ini, aku dan Aqil akan balik ke kampung di Johor. Adik bongsu aku akan dimasukkan ke wad hari ini di Hospital Sultanah Aminah JB. Esok adik aku akan jalani pembedahan buat tumor di kepalanya. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Risau juga bila memikirkannya. Harap-harap adik aku tabah dan kuat semangatnya atas dugaan dan ujian ke atasnya ini. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar adik aku cepat sembuh dan sihat selepas menjalani pembedahan ini. Jadi bolehlah dia daftar semula ke Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi untuk belajar kursus yang dia minati itu. Bila aku cakap dalam telefon dengan Deedam, dia rileks jer... aku yang berdebar-debar. Tapi hati dalam dia siapa yang tahu kan?! Bak kata Deedam.. buat tak tahu jer ... Aku kat sini cuma nak minta rakan-rakan doakan kesihatan adik aku jer.. moga dia selamat menjalani pembedahan tu... Gambar hari tu semasa Deedam di tahan di wad. Cerita sebelumnya Kena Bedah Bulan Feb

Sepatutnya hari ini adik aku kena bedah

Imej
Assalammualaikum Hari ni 14 Feb 2011, adik aku sepatutnya dah menjalani pembedahan buang tumor di kepalanya.. Tapi ditangguhnya ke 21 Feb 2011. Hospital call mak aku beritau tarikh bertukar kerana apa tah aku tak ingat.. tapi berkaitan dengan doktor pakar laa.. Sekarang ni, adik aku masih tak bersekolah, bukan status pelajar pun sebab dah dapat surat berenti sekolah tingkatan 3 dari sekolah putrajaya sebab nak masuk sekolah vokasional kota tinggi. Tapi hari tu mak aku cuba daftar dengan berjumpa pengetua smvkt, dia kata selesaikan pembedahan dulu, tengok kesihatan dia macam mana, baru daftar... aku pun kesian kat adik, tapi nak buat macam mana, Allah menguji kami sekeluarga. Sekarang ni, adik aku makan ubat dari hospital dan juga jus manggis, keberkesanan dia tak taulah... cuba jelah... Allah jer yang tau macam mana.. jauh disudut hati aku ni.. aku berharap adik aku sembuh sebelum pembedahan ni, mungkin ada hikmah doktor tangguhkan pembedahan ni, setiap hari aku berdoa agar adik ...

Nama Tumor Deedam

Imej
Assalammualaikum, Semalam punya entri lupa nak beritau nama tumor yang ada pada adik aku Deedam. Lupa langsung nak beritau. Nama tumor dia Vascular Tumor . Tumor dia bahaya juga sebab dekat dengan salur darah besar kat situ. Tapi doktor pakar kata tumor dia masih dikawasan luar selaput otak, belum kacau otak lagi, tapi dalam tempoh 6 bulan kalau tak buat apa-apa, tumor tu boleh kacau otak dan kemungkinan boleh menyebabkan mata buta dan badan lumpuh sebelah kiri... Minta jauh laa semua tu... Aku nak tengok adik aku sihat lebih baik dari sebelum ni! Mak aku cerita... masa ni mak jaga Deedam, doktor cakap dengan Deedam... (Masa tengah taip ni, mak aku kat sebelah aku ni... dia macam editor laa.. hehehehe) Doktor: Awak dah boleh balik hari ni, tapi kena datang balik 12 Feb nak operate 14 Feb 2011 Deedam: Kita taknak datang! Confirm kita taknak datang! Mak: Doktor Ashraf, tolong terang sikit kat dia! Doktor: (Keluarkan gambar scan MRI Deedam, dan tunjuk dan terangkan pada Deedam) ...

Kena bedah bulan Feb nanti

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Semalam pagi-pagi aku, mak dan aiza pergi hospital. Macam yang diberitau oleh doktor pagi tu sepatutnya adik aku jalani prosedur CA. Aku nampak muka mak memang risau, takut tak sempat jumpa adik sebelum dia masuk bilik buat prosedur, aku hanya mampu berdoa dalam hati agar adik aku dikuatkan semangat dan boleh harungi ujian ini. Perjalanan dari rumah mak cik aku ke hospital taklah jauh, lebih kurang 15km jer... tapi disebabkan jem, maka kami sampai lewat sedikit di hospital. Sampai hospital, mak terus naik ke atas. Aku pergi parking kereta. Lepas tu aku dan Aiza naik atas. Adik aku ditempatkan di tingkat 4 wad Neurology katill no. 12. Sebenarnya kalau pagi ni tak boleh masuk ada guard jaga sebab bukan waktu melawat, tapi aku beritau mak guard erkk.. boleh ekk guna mak guard? hehehe boleh aa... paham kan?! aku nak jumpa adik aku sebab nak kena operate pagi ni... Sampai kat atas, mak aku tunggu depan pintu lift. Mak cakap adik masih tidur. So, aku ma...