Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2011

Seronok jumpa geng kembar!

Petang tadi kami sekeluarga join gathering geng kembar sebelah utara pula! Dibuat di Jusco Seberang Perai. Haa... Dari Putrajaya ke Penang kami mai nak join gathering nih!!! Hehehe taklah sebenarnya aku balik kampung mertua kat Kubang Semang nih.. Nak sambut puasa kat sini. Alang alang dah sampai sini, lagi pun tak jauh sangat nak ke jusco tu dari sini, kami pun menjoinkan diri.. Tak sangka ramai yang datang! Dari Kulim, Jitra, Balik Pulau sekitar Penang laa... Semuanya ada 8 keluarga termasuk kami. Kembar 3 ada tiga famili termasuk kami. Kembar 3 yang pertama dah besar umur 7 tahun dah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Kembar 3 kedua kami jumpa semuanya perempuan seiras. Comel dan semangat budaknya baru berumur 10 bulan kalau tak silap. Yang bestnya kembar nih lahir cukup bulan!! Jarang jarang aku dengar kembar dapat lahir cukup bulan. Cuma yang lahir 1.7 kg tu kena duduk nicu seminggu! Bestnya! Auni Auni Auni dulu duduk dalam nicu tu 46 hari... Kembar 2 lelaki ada dua keluarga, yang s

Tumbukan terakhir!

Imej
Semalam adalah hari terakhir aku bekerja di KPM ni, hari aku bercuti mengabiskan cuti yang ada sehari jer nih.. tapi datang opis untuk kemas-kemas barang... adoih.. banyak juga barang-barang nih penuh laa sekotak kertas A3. Semalam aku dan Aqil membuat tumbukan yang terakhir pada kat perakam waktu tu... punch card laa.. hehehe...  Sedih gak rasa.. tapi takpe.. kita perlu berhijrah untuk masa depan kita.. Hari ini ada jamuan sempena kenaikkan pangkat dan staff berpindah di Unit aku.. kitorang berempat tong tong duit jamu kawan-kawan seopis.. ala biasa biasa jer.. tapi sedap laa... terima kasih pada kawan aku Siti dan rakan-rakan yang pandai masak nasi hujan panas... bak kata kawan aku... dia adalah seorang katerer... dan juga seorang jurutera... hehehe... jurutera tu income sampingan jer! kekeke Terima kasih pada semua sahabat aku di Unit Teknikal khasnya dan Bahagian Pembangunan amnya.. yang sudi berkerja sama dengan aku, memberi tunjuk ajar pada aku, membantu aku menyelesaikan m

CANTIIIIKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!

Imej
Situasi... Auni Auni Auni belum mandi lagi.... mandi kat sekolahlah.. tadi hujan lebat.. sejuk... Mama kelam kabut menyiapkan diri nak pergi kerja... Abang tengok tv... Abah baru lepas mandi... Bila mama dah sibuk sibuk bersiap tu.. datang laa anak anak dara nih kat mama diorang.. saja kacau laa tu... untuk tidak bagi diorang mengacau mama bersolek.. mama bagi laa tudung dia kat Auni Auni Auni nih... masing masing bila dah pakai tu... huuiihhh bergaya keliling rumah... tunjuk kat abah lagi... CANTIKKK!!!!!! kekekeke... Itu laah anak anak kan... semakin besar semakin banyak perangai yang buat kita tertawa dan tersenyum... kadang-kadang jadi juga resakse gorgon! kekekeke AH dan tudungnya... pakai taknak buka nih!!

Abah... kita rindu pada abah...

Imej
Semalam (27/7/11) adalah hari lahir arwah abah aku yang ke 62.. patutlah aku rasa ada sesuatu yang kena.. seperti aku lupa sesuatu... maafkan zaini, abah... walaupun sudah dua tahun lebih abah pergi tinggalkan kami, kenangan bersama abah tidak kita lupakan... Kita ingat setiap kenangan dengan abah walaupun kita tak selalu disamping abah... Abah, walaupun kita jarang berjumpa selepas kita berhijrah ke sini, abah tetap dalam ingatan kita.. kita rindu abah setiap hari... hampir setiap hari kita doakan untuk abah mak dan adik beradik yang lain... sedekahkan al fatihah untuk abah... kadang kadang lupa juga! huhuhuhu... bukan sengaja... terlupa... huhuhuhu Moga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman disana... InsyaAllah... ditempatkan disyurga yang paling tinggi! dekat disisi Nya... InsyaAllah Amin... Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Haron Bin Mohd Khalid... Al Fatihah...

Sepakat membawa kenyang!

Imej
Sebelum pergi sekolah.. kena sarapan dulu.. nak sarapan kena dok depan tv... sarapan makan chocolate chips jer.. hehehehe Dari kiri: AMR, AH dan AF kat bawah tu AN

Bila diri diraikan!

Imej
Tadi tengahari, kawan kawan opis aku buat majlis untuk meraikan kawan kawan yang berhenti kerja or bertukar  kerja.. Semuanya ada empat orang termasuk aku.. Ditempat kerja aku sekarang pembahagian kerja mengikut zon. Jadi aku ditempatkan di Zon Sabah.. bermaksud menjaga semua projek pembangunan sekolah-sekolah di negeri Sabah. Bila mengenang kembali empat tahun dulu aku di zon Sabah nih memang sesuatu yang menyeronokkan... pahit masam tu ada laa.. sikit sikit.. biasalah adat bekerja... Dulu selalulah aku pergi ke Sabah untuk memantau projek (ceewaahh memantau konon! kalau budak opis aku baca nih mesti muntah darah dah!! hahahaha) bersama-sama kawan-kawan se zon..  Tapi dululah.. sejak tau nak dapat kembar tiga nih aku dah jarang pergi ke Sabah.. last pergi dua bulan sebelum wife aku bersalin.. lepas tu sampai laa sekarang aku tak pernah pergi lagi dah.. ada laa dekat dua tahun kot.. best woo pergi Sabah.. hehehehe... alaa.. itu dulu.. sekarang nih.. duduk opis jerlah.. wife aku jer y

Dah remaja dah anak anak dara abah nih!!

Imej
Haa!!! jangan tak caya!! Anak anak dara abah dah remaja sekarang nih!!! Kejap jer masa kan!!! Semalam umur dorang baru jer setahun sembilan bulan.. hari ni dah remaja!!! Kenapa tiba-tiba ehh jadi remaja?? Yelah... pagi tadi masa dalam kereta nak ke taska... macam biasalah.. semua duduk kat depan dengan mama... Hari ni pergi terlambar sikit.. jadi mama pun tak sempat nak bersolek kat rumah.. jadi solek dalam kereta jerlah... Korang pernah?! Huhh kompom pernah kan!! Aku pernah tengok ada yang sambil drive pun tengah mekap mekap lagi.. ada yang berenti kat traffic light terus jer mekap lagi.. ada yang gosok gigi sambil drive pun ada!!! haa.. tu en. kacang tu buat tu!! kan ada kan?! hehehe Melalut dah.. jadi bila mama dah pakai mekap nih.. masing-masing pun keluarlah suara "Nakkkk!!" Nakkk!!!" hahaha... pandai kan!!! tengok mama dorang mekap... dorang pun nak mekap sama... Jadi bila mama colek bedak kat pipi dorang... dorang cakap "Cantikk!!!!" "Cantik&quo

Aktiviti sebelum pergi sekolah! dan bermanjaan!!

Imej
Kalau korang nak tau apa aktiviti Auni Auni Auni sebelum pergi sekolah ni hah.. macam gambar kat bawah nih.. Mula masuk kereta jer abah panaskan enjin, dorang akan panaskan tangan dorang dengan main signal dan wiper kereta tu dulu... bila aku off kan.. dorang on kan balik!! hadoihh... sudahnya abah kena angkat wiper tu taknak bagi bunyik bising mengeriut tuh.. huhuhu... pandai sungguh!!! Haaa... bila dalam kereta, abah tengah drive nak hantar ke sekolah nih... sorang akan duduk tengah-tengah antara driver dan pemandu... bila abah leka jer.. dia akan tarik gear dari D ke 2 (kereta auto kan camtuh laa gearnya) hahh!! apa lagi mengaumlah enjin tuh!! dah tentu abah tengah tekan minyakkan! haisshh... kadang kadang tu tukang tolak gear tu akan tarik gear ke 2 pastu tolak balik ke neutral... haisshhh!!! jahanam gearbox kita abah anak oii!!! Sekarang nih kalau abang naik kereta mesti dia nak baring kat bahu abah.. manja-manja dengan abah... abah suka!! tapi tak boleh selalu bahaya yer anak

Haii lah anak!!!

Imej
Semalam balik dari taska, mama ada belikan Auni Auni Auni roti cokelat.. lepas tu kitarong pergi alamanda sebab mama nak beli buah tembikai dan mata kucing. Aku parking kat luar jerlah.. tunggu dengan Auni Auni Auni.. Abang ikut mama pergi beli buah... Sementara menunggu tu, Auni Auni Auni makan laa roti cokelat tu... haishh... comot kemain!! Abah bior jer!! Asalkan korang tak berebut tak bergaduh!! Yang pegang plastik roti tu AH, mula-mula AF pegang, tapi setelah dipegang oleh AH orang lain tak boleh pegang dah... jadi aku kena laa cubit cubit sikit roti tu nak bagi pada yang lain... tapi aku nak cubit roti tu pun kena marah dengan AH dia tak bagi... hehehe... tapi abah pedulik hapa! abah cubit juga! hehehe Bila tangan dah penuh coklat tu... habislah satu kereta penuh dengan coklat!! kat seat! kat aircon! kat dashboard! huhuhuh AH

Cer tengok muka kelat saya nih!!

Imej
AF bermuka kelat! Dia boleh buat dengan tiba-tiba jer.. lepas tu lama pula tu!!! Hadoiihh anak abah nih!! Kalau dia tengah happy ker lepas tu kita usik dia buat garang-garang dengan dia.. terus dia buat muka kelat macam nih! huhuhuu Masa ni pergi makan malam kat luar. Opah datang pastu opah belanja kitarong! hehehe best best best!! Kitorang pergi makan kat Sofina Seafood Gate 1 Putrajaya... aku suka dia punya pulut mangga! Mabeles! gambar ada tapi kat tipon mama.. tak sempat transfer.. huhuhu Cer tengok muka kelat AF ni! Haiilah anak! hehehe

AMRAFAHAN dapat jam tangan baru!

Imej
Hari tu aku bawa diorang pergi Mydin sajalah nak beli susu... Si Abang nih macam dah tau jer masuk Mydin nak beli jam tangan Ben 10.. mula-mula tu aku buat tak tahu jer.. Bila dah ambil susu tu, si abang ajak juga ke tempat gantung jam tangan budak-budak kat Mydin tu.. Ingat pula dia kat situ sebab sebelum ni pernah belikan dia jam kat situ... Disebabkan mama tak suka apa-apa saja yang berkaitan dengan Ben 10, aku belilah jam Ultraman.. nasib laa ada.. kalau tak kena beli juga yang ben 10 tu... Bila sorang dah semua semua pun naklah.. kenalah beli empat.. kang berebut pulak.. ingat nak beli kaler lain-lain.. kan berebut.. ermm... baik beli sama senang... huhuhu.... Aku tengok AMRAFAHAN ni pakai jam sehari jer... lepas tu tak nampak dah mana jam tu.. huhu hai lahh anak-anak... sabar jerlah... Kalau macam nih kayalah segala tokey-tokey barang ni kan Mama Kembar 3 kan!! AF dan jam barunya

Pagilah pagi!!

Imej
Assalammualaikum dan salam pagi.. lamanya rasa tak update blog... huhuhu.... Hari ini pagi ni.. aku dapat hantar Amrafahan ke sekolah lagi.. Alhamdullillah sakit dorang tu dah susut dan beransur pulih. Setelah seminggu kena kuarantin di rumah pagi ni diorang pergi sekolah... tapi muka dorang macam pelik dan hairan sikit aku tengok.. hehehe... lama sangat duduk rumah jadi bila pergi sekolah macam kekok agaknya.. selepas salam dan cium diorang, cikgu dorang bawa masuk ke dalam bilik dorang.. tak tau kenapa sayu hati nih.. Mungkin lepas nih aku tak berpeluang nak hantar diorang pagi pagi lagi dah... tak bestnya.. hampir dua tahun aku hantar dorang, ambil dorang dari taska.. nanti tugas tu dibuat oleh supermama... walaupun kadang kadang pagi pagi macam kelam kabut, lambat, hangin, suka dan macam macam perasaan ada bila nak hantar dorang ke sekolah tapi semua tulah yang buat aku rindu... rasa rugi tak dapat pimpin tangan diorang pergi sekolah.. hantar dorang ke sekolah... ambil dorang da

Pagi ini...

Pagi pagi Auni Auni Auni bangun jumpa Abah cium abah lepas solat subuh... Pagi ni AH merampas botol susu AN dengan selambanya tanpa belas kasihan... Pagi ni.. Auni Auni Auni baring depan pintu dapur tunggu mama masak.. Pagi ni abah cium Auni Auni Auni sebelum pergi ni niaga.. Pagi ni Abang tak bangun tidur lagi... Pagi tadi abang cari abah tapi abah dah pergi... Sekarang ni Abah rindukan Abang dan Auni Auni Auni... Huhuhu Published with Blogger-droid v1.7.3

Nuffnang website Kena Hack!!

Imej
As salam dan selamat pagi, Pagi tadi aku terima email dari Nuffnang . Dalam email tu kata website dorang kena hack. Hackers ni claim nak hack beberapa website company besar yang lain juga.. hackers ni juga kata dapat email pengguna Nuffnang lebih kurang 30k.. banyak tu.. Segala masalah telah disetelkan oleh Nuffnang. Cuma sebagai langkah keselamatan, korang tukar laa password email yang korang register dengan Nuffnang yer.. sebagai langkah berjaga-jaga. Nuffnang kata dalam email tu.. Your password is safe. Blog earnings and payment records are not affected. Loading of blogs serving Nuffnang ads is not affected Aku rasa team Nuffnang dah buat yang terbaik untuk pengguna seperti kita... Jangan janganlah panik yer.. Detail korang boleh rujuk email yang dihantar oleh Nuffnang yer.. Sekian terima kasih..