Catatan

Tunjukkan catatan dari September 2, 2012

Tidur berpeluk! Cat makan Bird Abang!

Imej
Sekarang nih, AMRAFAHAN suka tidur berpeluk, peluk macam mana, kena peluk dengan Mama atau Abah.

Ada satu malam tu, Abah tidurkan diorang, jenuhlah nak bagi diorang tidur, siap cerita pasal cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) cat tunggu depan pintu bilik laa, kalau keluar bilik cat gigi kaki laa... bila diorang dah takut ala-ala tikus tu... masing-masing menyelit laa bawah ketiak Abah. Lepas tu semua minta Abah peluk dia... Haa... acaner tu?? Nak tak nak, Abah kena tidur terlungkup.. sambil mendepangkan tangan kiri dan kanan.. tangan kiri peluk Angah yang bawah ketiak Abah lepas tu melintang ke badan Adik sampai laa hujung jari peluk badan Kakak. Sebelah tangan kanan pula peluk si Abang.. Muka Abah paling ke kanan sebab Abang ajak bersembang. Dah macam kuak lentang pun ada.. huhuhu... bila dah macam tu,  Abah tak boleh angkat tangan pula tu selagi diorang tak betul-betul tidur. Kalau si Angah dah tidur bila Abah angkat jer tangan si Adik tarik pula tangan Abah, macam tu dengan Kakak.…

Jenuh menunggu!

Imej
Sabar jerlah nih... Abah sekarang ni kat Klinik Urologi Hospital Serdang. Dari pagi datang daftar lepas tu tunggu nak jumpa doktor pakar sampai sekarang tak jumpa lagi... Sempat laa pergi makan pastu ambil jaket kat motor... Masih tak dipanggil... Boring dah main game main FB... Sabar jerlah...Korang pernah kena macam nih tak? Seharian menunggu?Published with Blogger-droid v2.0.9

1 dalam sejuta - kembar hitam putih!

Imej
Wahh... jarang-jarang berlaku nih! Doktor kata 1 dalam sejuta baru terjadi kembar berlainan warna kulit, hitam dan putih! Haa.. bagusnya kembar lain-lain warna ini senang nak membezakan diorang... Teringat Abah masa jaga AFAHAN masa kecil-kecil dulu! Dahlah serupa sejibik lak tuh! huhuhu.... memang susah nak bezakan... (eleh... sedangkan bila dah besar nih pun Abah selalu salah panggil lagi! hahaha! nasib laa sekarang nih diorang dah pandai kenal diri masing-masing!!) Dulu masa AFAHAN masih baby, bila ambil diorang kat tilam diorang contohnya kaler biru, kena letak balik kat tilam tu juga.. takut tertukar! hehehe rindu pula bila mengenangkan waktu tu! Sekali jer pengalaman tu berlaku.. lepas tu tak merasa dah.. diorang semakin besar...

Berbalik kepada tajuk post... meh tengok gambar dan berita nih..
Bila baca berita nih.. rasanya tak mustahil sebab mak bapak kembar ni mempunyai sejarah perkahwinan campur dari keturunan diorang...


LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahi…