Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 6, 2011

Doakan mama tomei di Jepun selamat!!

Salam, Sahabat kita mama tomei berada di Morioka,Iwate,Japan. Doakan dia sekeluarga selamat yer! Moga tiada apa-apa yang buruk terjadi! Amin!!

Pergi kenduri!

Imej
Kami sekeluarga hari ni bersiap-siap nak pergi kenduri kawan aku kat Bangi. Baru lepas siapkan AMRAFAHAN. Susu pun dah ready! Tinggal Abah dia jer belum siap.. hehehe.. sibuk update blog! Disebabkan aku tak tau jalan nak pergi rumah kenduri member aku tu, jadi aku berjanji dengan seorang lagi member untuk pergi bersama.. huhuhu.. harap-harap aku tak terlambat..!

Video Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

Imej
Gempa bumi berlaku di timur laut Jepun pada hari ni berukuran 8.9 skala Richter. Gegaran ini menyebabkan tsunami besar berlaku.. **Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.**Sumber Berita Harian

Jom Berkelah Kali ke 2!! - Undi Tarikh & Masa!

Imej
Tq Google Hi semua! Nak minta tolong ni.. Boleh tolong pilih tarikh sesuai untuk kita buat gathering Jom Berkelah dengan Geng Kembar kali ke 2 ni tak??

Abah Mithali yang hebat!!

Imej
Melia: dicilok dari blog abahnya! Salam petang.. Aku baru lepas belek-belek blog seorang Abah ni.. sama macam aku!! Bercerita tentang anaknya Melia!! Seronok baca! Teruja sebab jumpa abah berblog cerita pasal anak! Hehehe...

Jom Berkelah Kali ke 2!! - Tempat Berkelah!

Imej
Haaa!! untuk jom berkelah kali ke 2 ni.. aku dah jumpa tempat dia!!! Memang menarik!! Selesa!!! Santai!! Ada air!!! Best woo!!!! Aku bercadang nak buat jom berkelah dengan geng kembar kali 2 ni pada...

Kantoi dengan bini dalam wad

Imej
Masa aku kat hospital hari tu, jaga anak-anak, tengah sembang ngorat seorang doktor pelatih comel cute miut lawa bagai... Tengah syok-syok baru nak minta no telefon... Dalam diam-diam... Bini aku pun sergah aku!! Comel tak?! Pic dari google

Gambar AMRAFAHAN di padang depan Maybank Putrajaya

Imej
Kelmarin masa tunggu mama dia orang balik kerja, aku bawa laa anak-anak aku ni pergi padang depan Maybank Putrajaya tu.. ala yang depan Istana Kehakiman tu! Ingatkan nak bagi dia orang jalan-jalan laa.. sudahnya aku sendiri yang kelam kabut nak control dia orang.. masing-masing tak nak kena pimpin tangan.. semua nak jalan sendiri.. hadoii laa... Sudahnya bagi jalan-jalan lebih kurang, aku angkat jer tiga-tiga serentak.. si Abang aku suruh jalan sendiri.. mana ada tempat kalau nak dukung dia sekali.. nanti tak pasal-pasal badan aku ketak-ketak macam Ben.. huhuhuhu...

Nak buat bloglist barulah!

Imej
Salam petang.. Aku kena buat bloglist barulah sekarang ni, sebab aku dah remove semua sebab ada malware . Jadi aku nak buatlah bloglist yang baru... apa ni ayat ulang-ulang! huhuhu...

Penangan Blog!

Imej
Kerana blog aku tak keruan! Kerana blog aku tidur lewat! Kerana blog aku dapat kawan-kawan baru! Kerana blog aku dapat info terbaru! Kerana blog aku teringat-ingat nak update! Kerana blog aku tak update lagi dari pagi tadi... rindu pada komen-komen kau orang! Terima kasih blog!!

Cara nak remove malware di blog!

Imej
Pic from Google Assalammualaikum, Kalau tengok blog aku macam kosong jer kan? ringan jer nak loading.. huhuhu.. Tensen blog ada malware! Tapi dah dapat remove! Blog aku ada malware! jangkit dari dengantenang.blogspot . com rasanya... semua gadget aku remove! tinggal bloglist jer.. bila cek balik.. ada lagi.. Sila jangan lawat blog ini yer! Boleh check kat sini  Safe Browsing Diagnostic . Google dah listkan dengantenang . blospot sebagai  "Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer."

Padlie blogger istimewa yang tabah dan kelakar!!

Imej
Gambar Padlie muda-muda! Dicilok dari Majalah Iremaja Assalammualaikum, Dua tiga hari ni aku rajin ke blog Padlie. Cerita blog dia buat aku tertawa sendiri.. Padlie seorang yang tabah dan istimewa, aku kagum dengan kegigihan dia, semangat dia..

Welcome to the club! Kembar Mama Adha!

Imej
Yeyy!! Jumpa kembar 2 lagi! Credit tu kembar Mama Elly & Emmy sebab update cerita nih! Kembar perempuan ni baru jer lahir pada 4 mac 2011! Nama pun tak tau lagi! Moga mama adha dan baby girls nya sihat! Dalam blog mama adha ni banyak dia cerita pasal mengandungkan kembar! Meh ler terjah yer!! Alhamdullillah bertambah lagi geng kembar di senarai aku nih !

Hadiah Untuk Lelaki!

Imej
Salam tengahari! Hari tu ada seorang awek tanya aku, kalau nak bagi lelaki hadiah, nak bagi apa yang sesuai? Aikk.. macam mana ada awek bleh tanya plak nih? Macam ni.. masa aku tolong sepupu aku berniaga.. ada laa awek cun ni nak beli towel kat gerai aku ni.. lepas tu dia tanya laa aku... Ermm... entah?! Aku pun jawab laa itu ini bla.. bla bla... sebab aku pun takdelah kisah sangat hadiah-hadiah nih.. Tak dapat pun takpe. Dapat lagi laa suka! Hehehe.. Pada pendapat aku ni, lelaki suka hadiah yang boleh digunakan hari-hari atau pun kerap dan tahan lama.. Kalau frame gambar erkk.. yang digital boleh.. hehehe..yang tak digital kena letak gambar pasangan atau pun berdua kot.. Bunga tak sesuai kot,

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 6

Imej
huhh... ada lagi.. ingat habis dah... sambung sikit lagi... aik? Siri 6 dah? Mana siri lain? Sila rujuk sini.. Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 1 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 2 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 3 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 4 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 5 Soalan Ke sebelas Susah tak jaga kembar 3 ni?

Jalan-jalan keliling rumah!

Imej
Hari tu aku bawa Auni Auni Auni jalan-jalan keliling rumah aku.. er.. kat luar rumah... pusing 1 blok teres.. Saja nak praktis dia orang jalan guna kasut, naik bukit, turun bukit... Erk.. masa ni si abang tidur kat sofa.. penat main gamaknya.. Kasut kena la sesuai.. aku dan wife beli ada laa dekat 9 pasang.. yelah sorang 3 pasang... tu pun bukan beli serentak... mula-mula aku beli main belasah jer tak tau saiz berapa.. kaler merah, jadi ada yang ok ada yang longgar. Lepas tu beli kaler kuning, saiz sama tapi getah belakang kasut tu longgar, jalan sikit terpeliot anak aku.. kesian pula! So bila dah tau saiz aku terus cari! Auni Haziqah dan Auni Naqibah sangat berani.. semua permukaan jalan dia larung hehehe... tapi si Faqihah masih takut-takut nak pijak rumpun pun kena tunggu orang pimpin tangan dia..

Shahrunnisak tanya AMRAFAHAN jawab!!

Imej
Shahrunnisak ni kawan kepada adik aku. Sama-sama sekolah dulu.. Rasa macam kejap jer... dulu kecil jer! Sekarang dah jadi mak orang dah! Huhuhuhu.. tua sangat ke aku nih? Dia pun ada blog. Ada entri pasal sos prego mengandungi daging babi. Eee... seramnya... meh baca kat sini!  Minta dijauhkanlah semua nih!! Amin.. Anak Caon Ok Shahrunnisak atau aku panggil caon dia tanya macam nih.. cmne eh handle kembar2 sume bila azeni or k.hany sorang yg tinggal.mcm bru ni kan azeni blik kota tgk deedam,cmne ahh k.hany handle. tak klm kabut ke?

Mama Farhan tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Salam petang, Kita sambung lagi soal jawab kita yer!! Kali ni datangnya dari Mama Farhan . Alamak! Tak boleh nak cilok apa-apa dari blog dia sebab nanti kena denda!! Tapi aku cilok juga sebab nak tunjuk benda nih!! Habislah aku kena denda!!! huhuhuhuhu Ampun buk!! Ok soalan Mama Farhan ni berbunyi.. nk ty... mcm mana handle 4 org anak dlm kereta... x riuh rendah ker? sedangkan yang seorang ni pun pening ni kan pulak 4 org sekali gus... Jawab aku berbunyi macam ni... Ok! Mula-mula masa keluar NICU dulu kalut gak aaa... macam mana laa aku nak buat ni ekk!!! <== bukti aku orang johor sebab guna ekk!! walaupun mak bapak aku bukan asal dari johor... huhuhu... ok sambung.. Masa tu ada 1 jer baby car seat, si abang punya, jadi aku fikir kena tambah lagi dua sebab nak bawa dari wad nicu ke lobi hospital bukannya dekat... jadi tak boleh nak dukung macam tu jer sebab dia orang kecil sangat!! takut gak nak dukung-dukung kiri dan kanan. Sampai kat kereta masa tu susun 2 car seat kat b

Auni Faqihah muntah-muntah!

Imej
Assalammualaikum, Hari ni aku bercuti kerana AF muntah-muntah, sampai lembik badan dia, semalam muntah sekali, pagi tadi sebelum ke taska sekali, dah sampai taska muntah lagi.. Aku tak boleh tengok dia macam tu, terus minta taska salinkan baju dia dan bawa ke klinik. Aku pergi ke Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya berdua dengan AF, wife aku tak dapat ikut, Alhamdullilah tak ramai sangat orang. Bila sampai giliran jumpa pembantu perubatan, dia periksa perut anakku, ok.. takde apa-apa, dia kata mungkin sebab susu, aku pun tak pasti sebab sebelum ni elok jer, selepas di periksa ketika itu AF tak demam, cuma selsema dan batuk, MA kata mungkin sebab batuk, mungkin juga la.. sebab malam tadi aku terdengar batuk anak aku, tapi tak pasti siapa, gelap.. selepas batuk aku tengok ketiga-tiga anak aku tidur lena.. Aku ingatkan tiada apa-apa. Jadi aku sambung tidur. Selepas ambil ubat, aku berjalan sambil tolak stroller ke kereta. Semasa aku dukung AF nak masukkan dia ke dalam kereta, dia m

Doakan sahabat aku! Dia tenat sekarang nih!

Imej
Assalammualaikum, Sahabat aku, yang aku kenali sejak dari tahun 1997 lagi.. sekarang nih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Dia dalam keadaan tenat . Mungkin kau orang pernah melawat blog dia .. atau dikenali ab@h izz dalam dunia blog.. Moga sahabat aku Nasir Ismail akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala dari sakitnya itu.. Sehingga kini penyakit sahabat aku masih tidak diketahui... Doa sahabat aku Shahrul Haslin kepada sahabat aku Nasir Bismillahhirrahmanirrahim, Ya Allah Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah, Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan daripada engkau, kesembuhan yg tidak diikuti penyakit. Amin. Aku ambil dari FB Nasir Print screen dari FB aku

Aku kagum dengan Mohd Sukur Ibrahim!

Imej
Dicilok dari Aku tetap Aku ! hehehe Mula-mula aku kenal dia dari Blog Ben Ashaari .. Lepas Ben cerita pasal dia! Terus dia buat entri ni ! Kagum kagum kagum!!! Lepas tu Citarasa Rinduan ... dengan entrinya ... Aku kagum dengan semangat dia!! Ketabahan dia!! Dan keberanian dia!! Dia ialah Mohd Sukur Bin Ibrahim  pemilik blog Aku Tetap Aku Layan Vlog nih! Aku pun tak seberani dia! Tabik spring aku pada dia!!

Akhirnya! Jumpa juga kembar 4!!!

Imej
Yes!!! Akhirnya!! Jumpa juga kembar 4!! Setelah sekian lama mencari meng google meng yahoo meng bing !!! Jumpa juga! Kembar 4 orang Malaysia nih!!! Meh tengok gambar diorang!! Ehh! ehh!! Apasel nampak 2 kembar jer?? Kata kembar 4?!! Halemak!! Jangan marah aa.. sebenar bukan kembar 4 tapi nama anak-anak ibu kembar ni guna 4 huruf jer... AMNI, AMIN & IMAN . Kretif betul mak ayah dia orang! Jangan marah aa! Jom terjah blog ibu dia orang ! Masih segar dari ladang! Baru jer buat blog bulan nih!! Dan aku rasa mak dia seorang yang kelakar!! hehehe Terima kasih Lin sebab update kat blog awak! Saya ada baca tadi!!

Ayu Gegar tanya AMRAFAHAN jawab!!

Imej
Soalan ni datangnya dari Ayu pemilik blog Citarasa Rinduan , seorang tokey kedai makan di kampungku.. er... kira sekampung laa walaupun daerah lain-lain kan?!! Kenapa aku panggil dia Ayu Gegar? Sebab hari tu dia hari-hari gegar blog orang!! Hahh!! Kau orang gegar laa balik blog dia!! Tak gitu Ayu? Hehehe... Hahh.. nak beritau nih.. siapa-siapa orang Johor nak buat vlog boleh terjah blog Ayu nih!! Soalan Ayu berbunyi keyboard macam nih... orang kata...kalau tak ada family kembar..tapi kalau kita makan buahan yang kembar2 betul ker kebarangkalian akan dapat..? Jawab saya.. Mungkin betul mungkin tidak.. Sebab masa sebelum mengandungkan kembar, wife aku sangat suka dengan anak kembar ni, kebetulan jiran aku dulu ada anak kembar 2, selalu selisih dalam lift.. Dan dia pernah bercakap dengan aku dia selalu berdoa nak anak kembar... Kalau tak silap aku dia pun pernah cakap makan buah-buah kembar ni macam pisang... Ermm.. mungkin kebetulan.. Hanya Allah yang tahu.. Doa pada Nya jangan lupa

Azwaimran tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Selamat petang! Tukang tanya ni ada blog shop! cantik woo barang-barang kat kedai dia!!! Nak tengok tak!! Antara barang dia... Gambar dicilok dari blog Azwaimran :) Ok kalau nak tau lebih lagi terjahlah blog dia nih!! Serbanekashop . Macam-macam ada!!! Nama pemilik blog Azwaimran. Nanti terjah yerr!! Soalan bertaip macam nih.. nak tanya..kalau makan kat restoren camner ye?kembar ok ke? abg kembar boleh beza x adik dia? Jawapan aku... Haaa... kalau makan kat restoran... ermm... kami akan minta baby chair 4 biji! Hehehe.. bagi cukup semua!! Lepas tu susun laa keliling meja... Lepas tu jadi perhatian orang.. hehehe.. kami boleh senyum jer.. orang tanya baru jawab dan bersembang.. takkan tiba-tiba nak cerita kat orang tak kenal kot.. hehehe.. Kalau baby chair tak cukup, kena duduk dalam stroller jer.. Tapi tu masa semua dah boleh duduk.. masa kecil dulu kami beli tapaw jer.. bila dah besar sikit ni baru berani bawa pergi makan kat kedai.. Abang Aqil dia kenal adik dia, tap

Lady Dayana tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Huii!!! Ok kita pergi ke soalan seterusnya.. datangnya dari adik Lady Dayana, baru lepas sekolah rasanya nih! Betul ke dik? hehehe pemilik blog My Ordinary Life :)  Blog ni direview oleh Ben Ashaari ko! Dicilok dari tempat yang sepatutnya! kekeke Soalannya... berapa lama eh pantang lepas beranak ank kembar ni?? Jawabnya.. Untuk wife aku dia berpantang macam orang lain juga, 44 hari, tapi dia cukupkan 60 hari.. Sebab operate kan.. kena lama sikit.. Lepas tu masa pantang tak boleh makan poleney ke apa ke.. sebab bayi pra matang tengah menyusu, nanti effect kat bayi, boleh kena demam kuning teruk dan cirit birit, nanti berat badan susah naik.. Haihh... ni tak baca entri sebelum ni laa nih.. yer dik? hehehehe...  Ada ke patut... kawan-kawan lelaki aku kata, aku kena berpantang 100 hari untuk seorang anak.. jadi 300 hari untuk tiga orang anak!! Gila apa dia orang nih!!! Dekat setahun tu kena pantang!!! Mana boleh.. kasihan aku!! huhuhuhu... ehh silap.. kasihan isteri aku!!! hi

Tin Ta Kibod tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Ok selamat nak tengahari kau orang semua! Soala ni ditaip oleh Tinta Kibod pemilik blog Tinta Kibod , nama dia aku tak jumpa dalam blog, ada pun BS jer.. BS tu apa? Bas sekolah ke? hehehe.. jangan marah aa.. Suka tengok Header dia.. awan dengan bunga dia boleh gerak-gerak! Comel jer!! Ok soalannya ialah berapa lama perkahwinan korang? Ok dia tanya pendek aku jawab panjang sikit yer...  Sebenarnya aku berkahwin dan tahun ke 5, tapi sebab nikah pada awal Disember, jadi masih pengantin baru lagi yer.. baru 4 tahun 3 bulan..  Nak cerita sikit.. masa awal-awal kahwin isteri aku keguguran 2 kali, sebab rahimnya tak kuat, selepas itu baru dikurniakan si Abang Aqil ni. Masa si Abang dah setahun dan masih menyusu ibu secara apa ekk.. er... exklusif ke apa tah.. senang cakap fully breast feed laa.. kang aku taip BF kan ada yang tak paham.. yang muda-muda laa kot.. yang dah kahwin tau laa kan! Kami dikurniakan kembar Auni Auni Auni..  Err.. kalau tak anak aku dah 6 orang ek! hehehe..

Farah Syuhaida tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi! Soalan pertama datangnya dari Farah Syuhaida Bt Ismail pemilik blog Farisya's Boutique . Jadi bolehlah singgah ke blog beliau yer, mana tau jumpa sesuatu yang menarik hati kau orang! Soalannya bertaip macam ni.. slm..saya fara..sgt teringin kembar...nak tanye la...ur wife amalkan minum kacip fatimah 3 in 1 tu bape lama...harap dpt membantu yer..TQ Dan jawapannya dijawab oleh isteri aku dan aku nak tambah sikit.. Jawapan Isteri aku bagi pihak aku.. dia suka minum koko/chocolate, so dia amik yg ada campuran koko.. kalo tk silap..memang selalu restock..tak penah tak ada stock kat umah n opis... pepagi n sblm tdo tu waktu wajib, masa lain tu kat opis.. memang kerap le..n tak de jenama yg tetap..asakan ada kacip fatimah..amik je..hehehhe Aku tambah sikit yer.. Mungkin kebetulan atau tidak, salah seorang sahabat isteri aku tanya macam mana boleh dapat kembar 3, so, wife aku bagi cara ni, dan isteri kepada sahabat wife aku tu pun buat sama ma

Tanya sama AMRAFAHAN

Imej
Ok hari ni, aku nak buat sessi soal jawab dengan kau orang semua! Mudah cara dia. Kau orang boleh tanya apa sahaja pasal AMRAFAHAN . InsyaAllah aku akan jawab dalam satu entri khas. Tinggalkan soalan kau orang kat komen ni. Tutup pada pukul 3 petang hari ni. Setiap soalan jika bersesuaian, aku akan jawab dan sambil-sambil tu aku akan promote blog kau orang. Lepas tanya tu bolehlah letak link kau orang yer.. Nanti aku terbang ke sana!! Ok kita mula sekarang! **Nota kaki Abah. Aku nak pergi tolong sepupu aku berniaga kat pasar karat stadium shah alam ni.. Nanti petang aku jawab aa..!!