Jumaat, 9 September 2011

Pancit pulak!

Motor aku pancit pulak! Nasib laa jadi masa dah masuk bandar Seremban. Sekarang tengah tunggu member datang ambil kat Shell tengah tengah bandar Seremban nih.. Tak jauh dah dengan opis...

Nasib laa tak jadi masa highway tadi, risau juga nak tukar tiub tepi highway tu, sebab dulu ada pengalaman macam tuh.. Dalam sehari tiga kali pancit tayar, sudahnya sampai rumah pukul 11 malam..

Oklah nak tukar tiub sendiri nih.. Hehehe sempat lagi update ye dak?!!

Khamis, 8 September 2011

Berehat di Air Papan

Masa raya ketiga lepas, kami sekeluarga dengan mak dan adik beradik lain pergi mandi laut kat Air Papan, Mersing. Sewa chalet kat sana tidur semalam. Kami sampai petang tu, lepas tu adik aku pergi cari lauk untuk buat BBQ, huihh... ikan dia memang fresh!! baru naik dari laut! Murah lak tu! Malam tu kami makan beramai-ramai. Sekali sekala berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik lain nih memang seronok, lama dah tak kumpul ramai-ramai macam tu..

Esoknya kami ramai-ramai pergi main pasir dan mandi laut.. si Abang dengan AH memang tak berani nak main laut... main tepi tepi jer.. si AH lagi laa.. pijak pasir jinjit kaki... AF dengan AN dah bergelumang dengan pasir dan air laut.. Masa abah bawa diorang ke laut, mula mula tu AF dengan AN takut takut laa.. lepas tu ok dah... cuma si Abang dengan AH ni.. menangis-nangis bawa ke laut.. haihhh laa anak abah nih..sabar jerlah..

Denga Uncle Deedam

Selasa, 6 September 2011

Cair Abah!!

Pagi tadi seperti biasa sebelum abah pergi kerja, abah akan pergi kat anak-anak nak peluk cium diorang dulu...

Mula-mula cium  dan peluk Auni Auni Auni, pastu pergi kat abang pula, masa tu dia tengah tidur.. bila abah cium dia.. dia tersedar.. lepas tu toleh kat abah, tanya kat abah "Abah nak pergi mana?" Abah jawab "Abah nak pergi kerja!" Abang jawab "Ok! Baik baik yer Abah!" lepas tu terus dia sambung tidur balik... hadoihh... abah jadi sayu dan cair... terus rasa serba salah nak pergi kerja.. Lepas tu keluar bilik, nak turun bawah.. tapi masuk balik bilik nak cium abang lagi sekali... rindu terus kat dia..


Rindu kat AMR
Masa tu terus terfikir, kalau jadi apa-apa kat aku macam mana yer? Kasihan anak-anak aku!! Dahlah travel jauh nak pergi dan balik kerja.. naik motor lak tu.. Harap-harap tiada apa-apa yang buruk terjadi laa yer.. Moga perjalanan aku pergi balik kerja selamat.. Amin...

Isnin, 5 September 2011

Rimas!

Semalam petang kami bergerak pulang ke Putrajaya. Biasanya kami balik malam, jadi AMRAFAHAN akan tidur jer dalam kereta. Bila balik petang nih, diorang tidur sekejap jer.. lepas tu terjaga dah.. masing masing dah rimas duduk dalam kereta 2 jam.. bila dah rimas masing masing mengamuk laa... lagi lagi si AF tu.. meleding leding badan..

Nasib laa dah nak sampai R n R Pagoh.. bila parking jer, terus Auni Auni Auni nak keluar, abah angkat diorang letak atas bumbung baru diorang diam.

Si abang pun nak duduk sekali atas bumbung... kena laa angkat jugak... takpelah janji semua diam.. Biasalah bila dah semua duduk atas bumbung tu.. abah snap laa gambar... Sekarang nih kalau buat peace sign ada cara baru... mama ajar.. letakkan kedua jari telunjuk kat kat pipi kiri kanan lepas tu sebut peace!! hehehe memang comel laa!!!

Lepas tu baru gerak balik ke Putrajaya. Lambat juga sampai rumah sebab banyak berhenti pastu lama pula tu.. layan si Abang main gelungsur kat RnR lagi... lepas tu kereta banyak laa tapi tak jem. Kami gerak pukul 4.30 petang sampai rumah 10.20 malam... lamakan?! Biasanya dalam empat jam setengah dah boleh sampai... takpelah asalkan selamat sampai sudah...

Dari kiri AH, AN dan AF

AH buat cheeky! tapi gambar kabur pula!

Kongsi kongsi eskrem!

Assalammualaikum dan selamat pagi! Waaa lamanya tak update blog nih!! Rindu dah... abah cuti blog pun cuti! huhuhu... Macam mana sambutan raya korang? harap harap meriah laa yer!! kalau ada yang bersedih tu, ujian Allah pada kita yang masih sayangkan hamba Nya.

Nak cerita masa AMRAFAHAN balik rumah nenek raya lepas. Abang dan AF ikut abah pergi kedai. Jadi si Abang nih nak makan eskrem, jadi abah belikan, bila dah beli tu, bukan abang yang makan, si AF yang makan. Rasanya ini pertama kali AF makan eskrem kon pegang sendiri. Memang sangat comel bila tengok dia menjilat eskrem tu... hehehe tapi tak tak fikir pula nak ambil gambar.

Bila dah sampai rumah, si AH dan AN serbu laa si AF nih.. suka tengok bila si kakak menyuapkan eskrem kepada adik adik dia dan abang dia. Haa masa makan eskrem ni bolehlah dok diam, makan sama-sama, kalau tak langgar bahu sikit dan tarik-tarik rambut.. Pernah laa si AH tarik rambut adik dia AN sampai tercabut rambut.. tengok kat tangan dia banyak helai juga laa yang tercabut... apa lagi... meraung laa si AN tu... memang kena perhatikan diorang nih kalau bergaduh.. kalau tak habis rambut kerinting tu kena tarik huhuhu...






exabytes unlimited