Jumaat, 3 Disember 2010

Petrol, diesel, gula dan LPG naik harga

Gambar Hiasan: Sumber dari Google

Mengikut sumber dari berita harian online, bahasa lembutnya subsidi dikurangkan, maka terjadilah kenaikan harga petrol, diesel, gula dan LPG pada esok hari (4 Dec 2010 - 12.00 am). Tak nak ceritalah berapa yang dikurangkan, tak best... kita cerita yang naik...

Petrol RON95 berharga RM1.90 seliter

Diesel berharga RM1.80 seliter

LPG berharga RM1.90 sekilogram

Gula berharga RM2.10 sekilogram

Kenapa aku sibuk-sibuk nak cerita pasal ni... sebabnya pada aku, sedikit sebanyak akan beri kesan pada ekonomi keluarga aku, anak 4 orang, kecil-kecil pula tu, harga barangan yang lain mesti naik, pendapatan atau gaji kita statik je macam tu, bukan merungut, tapi meluahkan perasaan, mungkin apa yang aku rasa tak seteruk orang lain, tapi itu dia punya cerita, ini aku punya cerita, sebab yang bagi makan pakai kat anak isteri aku, AKULAH!!

Tapi InsyaAllah aku dan keluarga aku boleh hadapi semua ni... amin...


**Nota Kaki Ayam
Sampai hari ni gaji aku tak masuk lagi... tau lah aku ni kontrak je... tapi aku ada tanggungan lain juga! (Ini marah! Bukan merungut!) Sebab orang lain dah dapat gaji.. aku masih tak dapat-dapat... bonus tak payah cerita lah... aku DAPAT tengok jer orang dapat bonus... 

Sekian sahaja ketidakpuashatian aku...


Sumber: Berita Harian Online

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok


2010/12/03

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok. 

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.



Aqil yang rajin tolong abah!

Hari ini macam biasa, selepas hantar mama pergi kerja, aku hantar anak-anak aku pergi taska. Aku hantar dekat Taska KBS, Putrajaya.

Hari ini saje nak cerita pasal si Abang Aqil.. yelah kan blog ini pun dia punya nama juga!

Sampai aje kat parking taska tu, aku dengan aqil turun kereta. Sementara aku keluarkan stroller dari bonet kereta si abang main pusing-pusing pokok.. sambil pusing dia cakap.. pusingg!! pusinggg!! hehehe lawak lah anak aku ni.. Lepas semua siap aku pun ajak si abang bergambar dulu dengan adik dia.. hehehe saja seronok-seronok! Nak suruh abang buat peace sign sebab dia baru dapat buat setelah sekian lama mencuba... adalah dekat 3 bulan baru nak jadi peace sign dia tu! hahaha... sekarang kalau suruh bergambar semua nak buat peace! Mama dia lah yang mengajar ni! hehehe... Takpe peace tu tanda keamanan kan!

Lepas ambil gambar dengan adik-adik dia, aku minta si abang tolong tolak stroller adik dia... ermm... pandai dia tolak tapi jenuh lah! Dah lah pendek tak nampak depan.. tapi main tolak je! Pastu bila langgar dinding dia marah tayar stroller tu! hadoi yaii!! Gelak aku tengok kerenah dia! Aku ada rakam video semasa abang tolak stroller naik ram.. tapi tetiba telefon buat hal! Jadi, aku dapat rakam separuh je selepas naik ram nak sampai taska...

Video tu nanti aku upload kat sini... Kita layan gambar dulu!


Peace: Dari kiri: AF, AH, AN sebab abah yang susun abah ingat la!
 
Bangun pagi, mandi, tidur dalam kereta, sekarang muka bangun tidur!

Diorang ni semua manja dengan Abah dan Mama!

Tolak lagi!!! Yeahh!!

Langgar dinding, tayar yang kena marah! Hahaha
Akhirnya sampai juga kat atas!

Khamis, 2 Disember 2010

Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke 4

Hari ini 2 Dec 2010 hari anniversary kami yang ke 4...

Waaa..... pukul 10 pagi nanti genaplah umur perkahwinan aku 4 tahun.. kejap jer rasa... biasalah 4 tahun ni.. macam-macam peristiwa... manis masam masin pahit semua ada lah... Alhamdullillah kami dapat laluinya...

Ermm... hari ni cerita keluar tajuk sikit... cerita pasal mak bapak amrafahan pula! Sempena hari ulang tahun ni semalam kami 6 beranak (waa... banyak juga bila taip enam ni hehehe... ada hati nak tambah lagi ni... hehehe) pergi makan-makan nasi arab kat presint 15 putrajaya nama kedai dia sh towers kabab and nasi beriyani... kami pergi lepas balik kerja... Order tak banyak laa... untuk 6 orang makan... tapi yang dewasanya 2 jer lain semua kanak-kanak... mana boleh makan banyak kan... jadi, terpaksalah abah diorang yang kena habiskan... terpaksa tau!! heheheh..

Tak banyak pun... ini je... hehehe

Si Abang sibuk nak ambil gambar juga! Nak buat sendiri!

Amboii.. menjeling! Love you lah sayang! hehehe

Pelayan kedai ni suka budak-budak! Tu yang dia ambil gambar Auni Auni Auni tu...

Deme ni makan roti dan kentang goreng je! Lain tak boleh makan lagi..  Terpaksa abah habiskan... hihihi...

So, plan hari ni nak pergi tengok wayang cerita narnia kot kalau ada... kalau tak cerita apa-apa pun boleh...
Ermm... sambutan kami tak le semeriah orang lain.. kami buat biasa-biasa je... asalkan kami happy dan bahagia...!!

Moga perkahwinan kami kekal sampai akhir hayat! Amin...

Rabu, 1 Disember 2010

Ooo... macam ni rupanya kena tag!!


Pertama kali di tag, baru tau amende tag.. dan menjawab tag... Everyday is learning day!

1. Thank the person who gave you the award and the link of the person


Terima kasih Mama Afiqah sebab bagi award ni kat saya


2. Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome


Siapa ye? Herm... pandai-pandai le kome nak menjawab yer... aku tag random jer nih


1. sophisticated girl
2. owh? kembar!!
3. Seindah biasa
4. Pendekar berkuda
5. Blog Elly & Emmy
6. my little sunshine
7. hitamerahkehidupan
8. soli kezu
9. irm@diary
10. aku diri aku & tentang aku
11. Sketsa sebuah cinta dari aku
12. angah alifah
13. munna80
14. Teratak Impian Ibu
15. chinta hati ibu

Terimalah award ini! Ikhlas dari aku!

3. Tell 7 things about yourself


1. Suka makan
2. suka main game
3. suka main dengan amrafahan
4. suka tipon android
5. suka membaca
6. suka tengok muvii...
7. suka sukan


hah... tu jelah... 10 second thinking... kepada korang semua selamat menjawab!

Selasa, 30 November 2010

Jantung Berlubang!

Ni kisah sebelumnya... klik sini

Masa hari nak keluar wad nicu aritu... doktor ada laa bagi surat dan borang-borang untuk diisi. Belek punya belek ada laa satu surat ni tulis IJN. Apa lagi... hati ni dup dap dup dap laa.. punya laa berdebar-debar... apa pula ni?!! Ya Allah kuatkan semangat aku!!

Aku: Err.. doktor ni  surat apa?
Doktor: Oh.. ni surat nak bawa pergi IJN (Institut Jantung Negara). Macam ni, anak encik twin no 2 ni kita syaki ada masalah jantung berlubang... Encik bawa pergi IJN untuk comfirm balik.
A: Ya Allah...
(nak menangis pun ada... dah la duduk dalam nicu kena pasang segala macam mak nenek... pastu dapat tau berita ni pula!)
D: Encik jangan risau, biasanya lubang ni akan tertutup sendiri selewat-lewatnya umur dia 2 tahun...
(Aku dah ketar.. lemah... banyak betul dugaan... Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan untuk hadapi ujian Mu ini)
Mama masa ni muka dah lain dah... huhuhu...
D: Ini ada apointment dengan IJN bulan 2 nanti.
A: Ok. Nanti bawak surat ni terus tunjuk kat sana la?
D: Haah... Ok kalau encik nampak muka anak biru ke pucat ke cepat-cepat terus bawa ke hospital ya...
A: Ok. (Dalam hati aku berdoa... jangan la jadi macam tu...)

Tengok muka anak aku, aku kena kuatkan semangat.. aku tak boleh lemah... kalau aku lemah macam mana pula diorang?! Tapi dalam hati siapa yang tau kan?!

Lepas dapat surat dan isi borang kami pun bawa la balik auni auni auni..
Alhamdullilah semasa dibawah jagaan kami, Auni Haziqah tak pernah pucat atau muka biru ke... Masa ni wife aku ambil cuti sambung cuti bersalin lagi 3 bulan...

Bulan 2/2010
Hari nak pergi IJN ni aku dan wife ambil cuti. Sepanjang perjalanan pagi tu ke IJN aku tak berhenti berdoa agar kesihatan AH semakin ok.
Sampai je kami kat IJN kami pergi ke kaunter untuk pendaftaran... aku pergi je lah kat kaunter yang aku jumpa.. orang kat kaunter tu cakap bukan kat sini encik.. kanak-kanak sebelah sana... lalu ada la staff IJN bawa kami ke bahagian kanak-kanak...
Lepas daftar.. kami pun tunggu laa sampai doktor panggil...

Bilik Doktor: Auni Haziqah!!! sila masuk bilik xx... (hehehe tak ingat bilik bape!)
A: (Dalam hati pergh!! Sejuk gila dalam bilik ni!!)
Doktor IJN: Encik, baringkan anak di katil ni.

Lalu doktor pun buat la kerja dia.. (AH masa ni menangis.. sejuk agaknya.. kena buka baju dia..)

DIJN: Ermm... ada 2 lubang ni kat jantung dia... Ermm... tapi kecil je lubang dia.. biasanya dalam kes macam ni, lubang ni akan tertutup sendiri... yang satu lagi ni kecik sangat.. tak berapa clear sebab anak menangis... encik dengan isteri jangan risau... Biasanya akan ambil masa paling lama 2 tahun untuk lubang jantung tu tertutup sendiri. Saya tengok dia sihat aktif jer.. Encik jangan risau ya...
A: Ok. InsyaAllah... minta-minta la lubang tu boleh tutup sendiri.
DIJN: Ok kalau encik tengok muka anak encik ni pucat ke bibir biru, encik cepat-cepat la bawa ke sini. Ok, nanti datang balik bulan 6 ya..
A: Ok terima kasih doktor

Aku rasa lega sikit.. tapi terkejut ada 2 lubang sebenarnya... Harap-harap next appointment nanti semuanya ok...
Pastu kami pun balik...

Mama: Abang, kita cari stroller untuk diorang nak?
Aku: Ok! Nak cari kat mana?
Mama: Entah... cari je lah kat mana-mana..

Haa... ni dah masuk cerita stroller pula! Ni masuk episod lain la... hehehe... aku nak habiskan cerita jantung berlubang ni..

Bulan 6/2010
Hari ni kami pergi lagi IJN berempat dengan si abang Aqil, terus daftar kat bahagian kanak-kanak... hehehe... tak silap kaunter lagi dah...
Tunggu punya tunggu.... lama betul kali ni punya apointment kena tunggu... aku melayan si abang main kat playground kat IJN tu.. mama tunggu dipanggil doktor...
Lepas dipanggil masuk bilik, doktor pun check laa AH...

DIJN: Ok encik... lubang kat jantung dia dah tutup... dah takde apa-apa dah...
A: Alhamdullillah.... syukur... (aku dengan wife happy masa tuh!! dengar berita gembira tu!!)
DIJN: So, encik tak perlu datang lagi la ke IJN. Cuma kalau muka anak pucat biru... cepat-cepat bawa pergi hospital..
A: OK terima kasih doktor... Lega rasanya....

Pada hari ni, hari yang paling happy untuk kami... AH dah takde jantung berlubang lagi... Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah!

Aku berharap anak aku Auni Haziqah akan terus sihat dan besar dengan normal! Amin...

Dari kiri AF, AH, AN err... mama betul ke?
Fail betul la aku nak cam gambar Auni auni auni ni... kalau tengok live bolehlah kenal!! hadooii yaii!!! hehehe

Saya yang cuai!! hadoii yaii!!

Hadoiii yaii!! macam mana ni!!!
Saya yang cuai!!
Petang tadi (29/11/10) lebih kurang jam 3 petang, aku bawa si abang pergi ke klinik putrajaya untuk check up rutin... sambil-sambil tunggu tu aku layan la si abang main game laa.. cuci poo-poo dia laa.. sampai la turn kami dipanggil... kat bilik 36, ok AMR timbang dulu... aku pun bawa pergi timbang... incik.. buka kasut dulu yer.. hehehe.. salah aku... main letak je si abang atas mesin penimbang tu... pastu ambil ketinggian.. lepas tu nurse suruh pegang pen susun mainan... Ooo pandai laa abang ni, cepat.. cakap pun clear baru 2 tahun setengah dah boleh buat benda-benda ni... kata nurse tu lagi... aku pun menyampuk.. err.. saya tak ajar dia cakap pelat, semua cakap betul-betul..

Ok selesai semua tu aku pun nak balik laa tapi si abang ni kencing pula dalam seluar dia.. (dia tak pakai pampers sebab tadi buka masa cuci berak dia, pastu terlupa bawa spare... bijak kan aku huhh!!) Aku pun bawa pergi tandas untuk tukar seluar dan baju dia.. selesai semua aku pergi balik bilik 36 sebab nak ambil time slip.. lupa plak tadi nak minta... lepas dapat time slip aku pun terus balik ikut pintu belakang... pergi kat kereta aku parking kat bawah medan selera payung presint 9 tu, start enjin aku terus jalan pas tu singgah kat petronas dekat dengan sekolah tu.. (masa ni jam 4.41 petang - ingat tu.. sebab masa tu aku tengok jam!)

Masa nak keluar kereta tu aku baru terperasan yang dompet aku takde... alamak!! masa ni pula nak hilang dompet aku ni.... hadoii yaaiii!! Aku pun sedapkan hati oo... ni mesti tertinggal kat rumah... terus tak jadi singgah  kat petronas tu.. terus pecut balik konon-konon nak ambil dompet yang tertinggal laa tu.. sambil tu aku call member aku kat pejabat, kot-kot aku tertinggal kat meja ke... bad! wallet aku ada atas meja tak? tak de pun? haa.. kat keyboard ke bawah-bawah kertas ke? kompom takde? hadoii yaii!! Dalam hati ku berkata pasti.. ehh silap.. macam lagu ning pula!! ni mesti ada kat rumah ni... sampai kat rumah aku cari-cari tak jumpa... hadoii yaii!! tertinggal kat klinik la ni... naluri ku berkata kepada hatiku.. kekeke boleh ke? hahaha... patah balik ke klinik...

Sampai klinik aku pun terus cari kat bilik 36, area tempat aku tunggu.. dalam toilet... hadoii yaii!!! takde pun? Dimanakah kan ku mencari lagi? Pusing-pusing klinik tak jumpa juga... so, aku pun tanya la orang kat situ masa tu jam 5.30 petang kurang lebih laa... kebanyakkan staff klinik dah balik...

Aku: bang ada orang buat announcement tak pasal kehilangan beg duit tadi?
Abang klinik 1: err..  tak perasan pula saya, nanti saya tanya orang kat kaunter belakang..
Abang klinik 2: takde pula saya perasan sebab saya baru sampai je ni.. takpe takpe cik tinggalkan nombor telefon dan nama nanti kalau ada saya hubungi cik...
A: ok terima kasih...

Aku menjadi sedikit panik... halaaaa hai... ni kali kedua hilang ic ni... masak aku kena bayar denda ni... nasib duit letak dalam poket... kalau tak haruu....

Tengah aku mencari kat area luar klinik tu, aku ternampak pakcik guard,

A: Assalammualaikum pakcik! Ada tak orang bagi beg duit ke buat pengumuman pasal kehilangan ke?
Pakcik Guard: Ada tadi!
Huhh!.... lega rasa hati... harap-harap beg duit aku yang punya...
PG: Nanti pakcik tanya kat kaunter...
PG pergi jumpa AK2 pastu cerita kat dia..

AK2: Ok cik, memang ada pengumuman tadi, jadi encik datang besok la untuk ambil wallet encik tu, sebab orang yang pegang wallet encik tu dah balilk.
A: Ok.. lega sikit.. terima kasih ye, InsyaAllah besok pagi saya datang ambil

Pastu aku terima kasih kat AK2 dan PG... lega sikit hati ni.. aku berdoa minta-minta la besok wallet tu aku yang punya... kalo orang lain punya.. nangis laa aku... waa!!

Aku masih lagi berdoa dan berharap besok akan membawa sinar dalam hidupku! hehehe... Alaa.. jangan laa tension baca... atas tu intro je... cerita sebenar yang kat perenggan bawah jer... kuhik! kuhik! kuhik!! :)


Ini sunshine pertama Aku!
Cikgu sekolah abang yang buat ni!


Ini sunshine yang ke 2. 3 dan 4!
Seperti biasa... abah tak ingat laa yang mana satu AF, AH, AN ni... huhuhu... tapi rasa-rasanya yang kiri sekali tu AF pastu AH pastu AN... mama tulun!! huhuhu...

exabytes unlimited