AMRAFAHAN DI SURATKHABAR

Alhamdullillah, pagi tadi masa aku hantar anak-anak aku di Taska KBS, aku dapat panggilan dari member sekolah aku, dia kata gambar anak-anak aku ada dalam metro. Oh! Baru aku teringat! Masa gathering dengan geng kembar wartawan harian metro ada datang. Lama dah rasa gathering tu! Baru hari ini keluar harian metro.

Bukan anak-anak aku jer yang keluar harian metro, geng-geng kembar lain pun ada! HananiUmmieEidaNur & RoziQis dan Nisa tapi sampai lambat sikit masa gathering tu.Yat pun ada sekali! Ben Ashaari pun datang dan juga Ida serta Aqien.

Terima kasih yer semua pada yang datang gathering hari tu!

Nanti kita buat gathering lagi yer! Kumpul lagi ramai geng-geng kembar!! InsyaAllah











Kalau nak baca online boleh klik bawah ni:- 



Gambar dari Harian Metro Online








ARTIKEL PENUH DARI HARIAN METRO




Petanda alahan 5 bulan

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
KEMBAR TIGA... Auni Haziqah, Auni Naqibah dan Auni Faqihah si kembar tiga yang mempunyai keletah berbeza.
KEMBAR TIGA... Auni Haziqah, Auni Naqibah dan Auni Faqihah si kembar tiga yang mempunyai keletah berbeza

SIAPA yang tidak teruja melihat aksi si kembar yang cukup menghiburkan hati. Melihat wajah seiras mereka sukar menentukan siapa abang, kakak atau adik. Ditambah pula dengan padanan pakaian serta dandanan yang sama menjadikan mereka sukar dikenali.
Jika ditanya kepada wanita, pasti tidak menolak kelahiran kembar. Ini kerana ramai beranggapan hanya dengan sekali mengandung saja mereka mampu memperoleh dua atau tiga anak sekali gus.

CERIA...Noorhany dan suami, Huszaini ceria mendukung ketiga-tiga kembar mereka.


Namun, penjagaan serta bajet yang perlu dikeluarkan juga bertambah. Malah ramai ibu yang memiliki anak kembar mengakui selain perasaan bahagia dan ceria dengan keletah anak, persiapan daripada segi mental dan emosi sangat penting bagi memastikan ibu bapa dapat menjaga anak kembar dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersyukur.

Bagi Noorhany Ishak, 33, alahan teruk pada lima bulan pertama kandungan adalah petanda awal yang mereka bakal dikurniakan anak kembar tiga.


Ketika kandungan memasuki bulan kedua, Noorhany memberitahu perutnya membesar sama seperti wanita mengandung lima bulan dan setiap pagi dia mengalami muntah teruk sehingga sesak nafas.

“Saya ingatkan hanya alahan biasa tetapi apabila saya muntah teruk dan sakit ari-ari, ia memaksa saya membuat ujian darah dan air kencing. Ujian itu hanya mendapati yang saya mengandung kembar dua, namun ujian imbasan kedua menunjukkan kandungan saya kembar tiga,” katanya.

Sejak itu, Noorhany dan suaminya Huszaini Haron, 33, membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terutama menyediakan keperluan bayi. Namun apa yang menggusarkan Noorhany adalah pengalaman untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

“Sejak mengetahui mengandung kembar saya banyak mencari bahan di Internet dan membaca buku dan majalah mengenai penyusuan susu ibu. Ketika anak pertama, Aqil Muhammad Rayyan saya berjaya menyusu sehingga setahun. Justeru saya berharap dapat melakukan perkara sama untuk pasangan kembar tiga ini,” katanya.

Selain itu, Noorhany tidak menyediakan keperluan yang banyak kerana doktor memberitahu kemungkinan kembar akan ditahan di wad disebabkan berat badan yang tidak mencukupi selain risiko yang bakal dihadapi ketika kelahiran.

Ketika kandungan memasuki usia lima bulan, Noorhany meminta supaya kelahiran dilakukan secara normal namun doktor tidak membenarkannya kerana takut sekiranya bayi lemas. Justeru, jangkaan doktor minggu ke-34 adalah masa sesuai untuk melahirkan anak.

“Malangnya memasuki minggu ke-31, kembar tidak menunjukkan pergerakan yang aktif. Pakar perubatan mulai risau dan mengarahkan pembedahan segera dilakukan pada minggu itu.

“Akhirnya pada 13 November 2009, Auni Faqihah dilahirkan dengan berat 1.3 kilogram diikuti Auni Haziqah 1.2 kilogram dan Auni Naqibah dengan berat satu kilogram dengan perbezaan kelahiran hanya dua minit,” katanya.

Selepas dilahirkan, kembar terpaksa dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 46 hari sehingga mencapai berat badan dua kilogram atau sekurang-kurangnya 1.8 kilogram.

“Di hospital mereka mendapat rawatan dan penjagaan rapi daripada semua pakar dan kami berulang alik ke hospital setiap hari ketika waktu melawat untuk membekalkan susu dan belajar kaedah penjagaan untuk anak lahir pramatang.

“Bagaimanapun selepas keluar hospital, susu ibu tidak mencukupi dan kami disarankan memberi susu untuk bayi pramatang atas nasihat doktor. Ini bagi meningkatkan berat badan bayi agar tidak turun semasa di bawah jagaan kami,” ujarnya.

Menurut Noorhany, penjagaan bayi pramatang sangat rumit kerana bayi mudah terkena penyakit dan penurunan berat badan ketara jika tidak sihat.

Justeru ketika kembar berusia tiga hingga lima bulan, pasangan ini menjaga dengan mengelak orang ramai daripada sering menyentuhnya. Ini semua atas nasihat doktor bagi mengelak berat badan bayi susut dan jatuh sakit.

Noorhany dan Huszaini sangat bersyukur kerana kembar sangat mudah dijaga. Namun pasangan ini mengambil masa dua minggu selepas keluar daripada NICU untuk memahami perangai dan kehendak setiap kembar.

“Dua minggu pertama selepas keluar NICU adalah tempoh paling mencabar. Namun semuanya dipermudahkan Allah. Boleh dikatakan kembar sangat pandai berdikari dan bermain sesama sendiri. Mereka juga jarang melakukan perkara serentak,” jelasnya yang memerlukan masa mengenali ketiga-tiga anaknya.

Menurut Huszaini, selain berat badan, wajah masing-masing juga ada perbezaannya. Kembar pertama, Auni Faqihah agak tembam dan bermata sepet. Kembar kedua, Auni Haziqah mempunyai raut wajah manis, paling gemar senyum dan menari manakala kembar ketiga Auni Naqibah, bertubuh kecil dan ada tahi lalat pada bahu kiri.

Bagi menyenangkan urusan penjagaan, Noorhany yang bertugas di Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya, mengambil cuti separuh gaji selama tiga bulan.

Selepas bekerja, semua anak-anak dihantar ke taska berhampiran pejabat Noorhany bagi membolehkannya melawat mereka pada waktu tengah hari.

 

MANJA...adik-beradik kembar Puteri Sarah Rayyana Sidek, 3, dan Puteri Khayra Raneya, 3, menunjukkan aksi ceria ketika bergambar.

Bagi Umniyyah Ulfa Hussine, 29, dan suami Sidek Ismail, 29, kelahiran kembar Puteri Sarah Rayyana Sidek dan Puteri Khayra Raneya Sidek memberi makna yang sangat mendalam kepada mereka.

Ini kerana pasangan suami isteri ini langsung tidak mengetahui keluarga sebelah ibu mempunyai keturunan kembar.


Menurut Umniyyah, sejak awal kandungan sehingga melahirkan anak dia mengalami muntah teruk sehingga berat badan menurun hampir 15 kilogram.

“Sejak awal kandungan saya tidak boleh makan dan muntah dengan teruk. Setelah merujuk kepada doktor pada minggu ke 12, doktor mengesahkan saya mengandung kembar,” katanya.

Sejak itu, Umniyyah dan suami menyediakan kelengkapan untuk kelahiran anak terutama pakaian yang harus dibeli dua.

Menurut Umniyah, selepas melahirkan anak pada 10 Februari 2008 pada usia kandungan 36 minggu dia berpantang di rumah ibunya.

Namun Umniyah tidak terlalu mengikut pantang yang betul terutama daripada segi pemakanan kerana memerlukan tenaga untuk menguruskan kembar. Memang agak mencabar melahirkan kembar kerana ini pengalaman pertama.

“Walaupun ibu saya bekerja, dia banyak membantu menjaga kembar kerana kedua-duanya meragam ketika dalam pantang. Selain itu sesi penyusuan juga sangat mencabar namun menyeronokkan kerana saya mempunyai pengalaman baru menyusukan anak kembar,” ulasnya.

Selain meragam, kembar membesar seperti kanak-kanak lain, cuma apabila sakit kedua-duanya mahukan perhatian serentak. Mereka juga sering melakukan perkara bersama-sama misalnya menyusu, makan, buang air, bermain, tidur malah sering bergaduh bersama.

“Perkara ini semestinya memberi cabaran kepada saya melayan setiap kerenah mereka. Namun ibu bapa harus menyediakan keperluan fizikal dan mental supaya dapat menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya kembar jatuh sakit serentak,” jelasnya.

Perbezaan pada kembar boleh dilihat daripada segi fizikal. Puteri Khayra Raneya mempunyai tanda lahir pada badan dan tahi lalat di atas bibir. Adik juga lebih tinggi sedikit berbanding kakak. Lenggok bahasa dan suara juga berbeza.

Puteri Sarah Rayyana lebih manja dan menunjukkan ciri-ciri seorang kakak yang lebih prihatin dengan keperluan si adik serta sering mengalah.

Bagi Umniyyah, ibu yang bakal melahirkan anak kembar tidak perlu risau kerana memiliki anak kembar akan menguatkan semangat dan menjadikan keluarga lebih bahagia.





********************************************************

Keinginan, firasat akhirnya jadi kenyataan


SEIRAS... Wajah mereka sama namun Wan Elly Hakim dan Wan Emmy Hakim mempunyai perbezaan raut wajah
BAGI Ku Irdawaty Ku Yaakob, 32, selepas berkahwin dia berkeinginan tinggi untuk mendapat anak kembar kerana suka melihat keletah anak kembar.
Setelah disahkan mengandung pada usia dua bulan, naluri Irdawaty kuat mengatakan yang dia bakal melahirkan anak kembar. Namun perasaan ini dipendamkan saja memandangkan tidak mahu teringat-ingat.

Namun segalanya berubah selepas dia membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan kandungannya kembar.

“Ketika itu hanya Tuhan saja tahu betapa gembiranya saya dengan berita itu. Tidak sangka bermula daripada keinginan, firasat hati akhirnya bertukar menjadi kenyataan,” katanya yang mempunyai keturunan kembar di sebelah suami.


Walaupun sering melakukan pemeriksaan berkala, Irdawaty hanya mendapat tahu mengenai kandungan kembar semasa membuat pemeriksaan di klinik. Ketika itu kandungan hampir mencecah enam bulan. Apabila doktor membuat imbasan perut dia mendapati terdapat banyak anggota badan iaitu empat tangan dan empat kaki.

“Namun doktor belum memastikannya sehinggalah saya membuat imbasan di klinik berasingan dan doktor mengesahkan ada dua bayi dalam kandungan saya,” katanya gembira.

Menurut Irdawaty tidak seperti ibu lain, dia tidak mengalami alahan teruk, pening, muntah atau loya. Cuma selera makan meningkat secara mendadak.

“Setiap masa saya terasa lapar walaupun baru sudah makan. Apabila usia kandungan semakin meningkat badan mula terasa sakit terutama pada pangkal paha, bahagian ari-ari dan belakang.

“Malah sangat sukar untuk mendapat tidur nyenyak pada setiap malam,” katanya yang lebih banyak berjaga pada waktu malam dan tidur pada waktu siang bagi mengembalikan tenaga.

Sebagai ibu, siapa juga pasti teruja untuk menyediakan kelengkapan anak kembar. Namun Irdawaty dan suami hanya menyediakan keperluan penting seperti set pakaian dan lampin.

Ini kerana barang-barang keperluan anak sulung dan kedua masih boleh digunakan lagi. Dia juga berazam mahu menyusukan bayi sehingga anak mencecah dua tahun dan menggunakan lampin kain.

Sebagai penjagaan lepas bersalin, Irdawaty berpantang di kampung dan mendapat bantuan daripada ibunya. Antara amalan dilakukan ialah menggunakan bengkung dan bertungku pada bahagian ari-ari untuk mempercepatkan pengecutan rahim serta melancarkan pengaliran darah nifas, melakukan urutan badan oleh bidan selama tiga hari berturut-turut untuk mengangkat batu merian pada kedudukan asalnya.

Dia juga menjaga pemakanan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan bisa-bisa, sengal pada badan serta kembung perut.


***************************************************

Berkat susuan ibu

Irdawaty sangat bersyukur kerana kedua-dua anaknya iaitu Wan Elly Hakim dan Wan Emmy Hakim tidak banyak meragam. Walaupun kedua-duanya akan melakukan sesuatu perkara serentak misalnya menyusu dan sakit namun tiada masalah menjaga mereka sehinggakan dia tidak merasakan seperti menjaga dua bayi sekali gus.
“Apabila hendak menyusu kedua-duanya akan berebut-rebut menyusu maka saya akan menyusukan mereka sekali gus. Namun tidak semua perkara berlaku serentak contohnya daripada segi perkembangan fizikal kakak sudah pandai berjalan manakala adik masih takut-takut untuk belajar berjalan.

“Saya percaya perkembangan mereka kerana berkat daripada penyusuan susu ibu dan untuk pengetahuan sehingga sekarang pada usia 18 bulan mereka masih minum susu ibu sepenuhnya,” jelasnya yang melahirkan anak pada usia 38 minggu dengan perbezaan seminit setiap seorang.

Melihat wajah kedua-duanya bagaikan tiada beza, namun Elly dan Emmy mempunyai raut wajah berlainan.


Elly memiliki wajah bujur sirih dan ada sedikit bintik hitam pada pipi kanannya manakala adiknya, Emmy bermuka bulat.

Bagi ibu bapa yang bakal melahirkan anak kembar, Irdawaty menasihati mereka supaya banyak membaca mengenai penjagaan anak kembar yang boleh didapati menerusi Internet, buku dan majalah. Seterusnya, menghadiri kelas penyusuan susu ibu anjuran badan tertentu supaya tahu cara untuk menyusukan bayi kembar.

“Suami isteri pula harus saling memahami dan tolong menolong antara satu sama lain dalam menguruskan anak kembar. Mereka perlu banyak bersabar melayan kerenah dan kelincahan anak kembar.
“Paling penting, ibu perlu menjaga kesihatan badan dengan mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kecergasan,” katanya.


CERIA...Muhammad Azhar dan Muhammad Azfar ceria di dalam dukungan ibu, Nurjaya serta bapa, Mohd Rozi Talib.
CERIA...Muhammad Azhar dan Muhammad Azfar ceria di dalam dukungan ibu, Nurjaya serta bapa, Mohd Rozi Talib. 

 
COMEL...Muhammad Azhar (kiri) dan  Muhammad Azfar mempunyai perwatakan berbeza. Azhar lebih banyak mengalah berbanding adiknya, Azfar.
COMEL...Muhammad Azhar (kiri) dan Muhammad Azfar mempunyai perwatakan berbeza. Azhar lebih banyak mengalah berbanding adiknya, Azfar. 
Walaupun masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan farmasi, Nurjaya Sumiran tidak pernah menganggap kelahiran anak kembar Muhammad Azhar dan Muhammad Azfar sebagai satu bebanan sebaliknya anugerah Tuhan yang tiada nilainya.

Menurut Nurjaya, ketika membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan yang kandungannya kembar. Selepas itu dia mengalami alahan teruk, muntah sehingga berat badan menurun. Alahan ini berlaku sehingga usia kandungan mencecah sembilan bulan.

“Sebagai pelajar memang saya tidak berdaya untuk menguruskan diri, ditambah pula alahan yang teruk. Justeru saya mengambil cuti selama dua semester bagi membuat persiapan melahirkan anak kembar,” katanya yang meminta ibu dan adiknya menyediakan keperluan bayi manakala keperluan lain dibeli selepas melahirkan anak.

Nurjaya mempunyai pengalaman tersendiri ketika melahirkan kembar. Ini kerana dia dapat merasai kelahiran secara normal dan pembedahan. Pada usia kandungan 37 minggu, dia sudah mengalami tanda bersalin dan terus dihantar ke Hospital Putrajaya.

“Untuk anak pertama saya berjaya melahirkan anak secara normal pada jam 2.45 pagi. Namun untuk anak kedua berlaku komplikasi apabila kaki Azfar berpusing ke atas sehingga doktor menyarankan perlu dilakukan pembedahan segera.

“Kontraksi dialami untuk kelahiran kedua juga lebih sakit berbanding pertama. Selepas 40 minit pada jam 3.30 pagi Azfar selamat dilahirkan,” katanya yang melahirkan anak pada 18 Mac 2009.

Menurut Nurjaya, ketika berpantang dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya mengenai penyusuan anak. Ini menyebabkan pada usia tiga bulan dia mencampurkan susu badan dengan susu formula.

Namun daripada segi penjagaan kedua-duanya mudah dijaga dan tidak meragam. Mereka mudah tidur dan terjaga hanya apabila lapar atau lampin basah saja.

Walaupun dilahirkan seiras, terdapat perbezaan ketara pada wajah mereka sekiranya diamati secara dekat. Azhar mempunyai bentuk wajah bulat manakala Azfar agak lonjong. Begitu juga dengan perwatakan Azhar sebagai abang, dia lebih suka mengalah manakala Azfar suka mengganggu abangnya.

“Walaupun mempunyai pelbagai ragam, keletah mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun penat menjaga mereka, saya sangat bersyukur dengan kuniaan ini. Paling penting bagi ibu yang bakal mempunyai anak kembar harus banyak bersabar melayan kerenah anak-anak,” katanya yang turut mengidam anak kembar perempuan untuk kelahiran kedua.

11 ulasan:

Azah@kmal berkata...

wah seronoknya dapat kembar tiga ye?..saya juga mengidamkan kembar lah untuk mengandung kali-2 nanti...hehehe.bolehke?

Huszaini berkata...

InsyaAllah boleh... dengan izin Allah

~Masiha Sulaimi~ berkata...

kalau ada gathering mcm gini lagi..info yer..nak join jugak..ngeee~

.:hana hazel:. berkata...

comey diorg kembar 3..
teringin la...

CIKU berkata...

macam kenal jek..nor hany tu..staff JAS ke?tu mak pada kembar yg empunya blog ke?saya tak igt nama dia ..tp muka dia sama je.

Huszaini berkata...

ciku: haah betul laaa tu.. memang dia laa.. tapi dia... tapi blog ni saya yg buat.. dia baca jer..

mama3A's berkata...

salam perkenalan..
sonoknya mama tgk kembar2 nie...
mesti pening gak nak jaga 3 serentak nak2 pulak tgh membesar aktif nie.. all d best.. :)

Huszaini berkata...

Terima kasih yer! pening tak pening laa.. tapi seronok melayan kerenah depa semua nih

puteri cahaya. berkata...

Alhamdulillah, rezeki sekali 3 Allah beri... seronoknya!!!!...

MaMa Rey berkata...

comel betul kembar tiga ni..
respect ada anak kembar ni..sy seorang pun payah nak jaga..

khairunnizam1 berkata...

Salam...

exabytes unlimited