Sabtu, 12 Februari 2011

SILA BACA! Kepada yang nak join berkelah petang nih!!

Macam-macam aku rasa sekarang nih.. waa... macam mana laa petang nih nanti yer... harap-harap berjalan dengan lancar... Lepas tu apa pun tak siap lagi nih.. waaa..... tapi still curi masa sikit nak update blog! kekeke...

Sebelum aku taip entri ni, jiran aku datang rumah jemput aku sekeluarga ke rumah dia petang ni, dia ada buat doa selamat sikit.. Mula pukul 3.30 petang... Errmmm.. orang dah jemput kena laa pegi kan! Mungkin aku akan terlambat sikit sampai ke Taman Canselari tu... Lepas habis kenduri tu.. aku terus cabut ke taman! Maaf yer kalau aku terlambat!

Sesiapa yang dah sampai kita jumpa kat wakaf bersebelahan Taman Permainan Kanak-kanak kat situ... Kalau nak bawa bola ke raket ke.. sebelah tu ada padang besar...

Kalau ada apa-apa hal boleh call aku 012 6929 150. Kepada yang sampai awal tu, berkelah laa dulu, sementara nak tunggu aku sampai...

Oklah kita jumpa petang nih!

Nampak tak wakaf sebelah kanan tu? Kita jumpa kat situ yer!

Jumaat, 11 Februari 2011

Peta ke tapak Jom Berkelah Dengan Geng Kembar

Haaa.. mungkin ramai tak pasti kat mana tapak berkelah geng kembar ni kan.. so boleh tengok kat sini.. Kat map ni aku tunjuk dari ALAMANDA ke Taman Canselari. Kalau dari lain-lain tempat tu boleh explore sendiri map ni... Hint dia.. dengan Mydin Bazar Putrajaya, lagi dekat dengan Proton Edar punya kedai... err... ada lagi ke? entah? tak perasan lak aku kedai proton niih.. haa.. tau Kamdar Putrajaya yang dah tutup tu? Dekat-dekat situ laa...

Tengok map nih... Code GPS dia 2.945227,101.725931



View Larger Map

Esok aku sponsor air kenduri yer! hehehe... Kau orang tak payah bawa air manis... Nak bawa pun aku tak larang... Nanti entah apa-apa rasa air aku nanti... kekeke.... Aku nak bawa buah sikit... minta maaf yer.. wife aku tak sihat.. dia tak larat nak masak.. kasihan pula kat dia.... harap kau orang tak kisah... Kalau kau orang nak beritau kau orang bawa apa.. bolehlah share kat komen sini.. Kot-kot boleh pakat-pakat... maaf yer lambat beritau... sorry sangat-sangat!!

Harap event kita berlangsung dengan meriah dan cuaca pun cerah! InsyaAllah..

Tak sabarnya nak tunggu esok!


Tak sabarnya nak tunggu esok datang! Macam mana laa sambutannyakan? Tak dapat ku bayangkan...
Nak beritau awal-awal nih.. kalau ada yang terkurang tu minta maaf yer... Aku tak janjikan apa-apa yang best.. cuma esok kita dapat bersantai dan beramah mesra... Lepas tu ambil gambar ramai-ramai! Er.. siapa ada kamera mahal silalah bawa yer! Aku ada kamera telepon jer... :) Nanti tak clear ambil gambar ramai-ramai!

InsyaAllah esok akan ada wartawan dari Harian Metro dan cameraman dia nak datang... Lepas tu nak ambil gambar ramai-ramai! Wartawan tu kata nak datang laa kan.. kalau dia tak datang jangan marah aku pula!



Alhamdullilah.. dari respon yang aku terima... ramai laa geng-geng kembar nak datang.. antaranya..


  1. http://mamakembar3.blogspot.com/
  2. http://ilhamdihati.blogspot.com/
  3. http://www.facebook.com/people/Azhar-Azfar/768849054
  4. http://umniyyahulfa.blogspot.com/
  5. http://adex-aieda.blogspot.com/
  6. http://coretanuda.blogspot.com/
  7. http://ayienjin78.blogspot.com/
  8. http://diariummi.blogspot.com/
  9. http://4kay-e.blogspot.com/
  10. http://ida-homelicious.blogspot.com/
Rasanya ada lagi.. dalam FB, dia orang terjah terus esok!!

Kepada yang lain tu, jemputlah datang yer! Event ni sesiapa pun boleh join!

Kalau nak berdikusi bolehlah join kat sini


Khamis, 10 Februari 2011

Matinya sekuntum Ultraman

Matinya seekor eh. seorang.. err.. sebiji.. sehelai? apa yer yang sesuai.. Ultraman ni bukan orang pun.. Ermm.. sekuntum Ultraman laa...

Haa... ni sorotan macam mana matinya sekuntum Ultraman...

Dikalahkan oleh resakse Aqil Muhammad Rayyan..







Mati juga sekuntum Ultraman nih....

Rabu, 9 Februari 2011

Aqil dan otomen

Kelmarin aku bawa Aqil pergi beli kepala gas kat Mydin Putrajaya lepas solat maghrib kat surau tempat aku. Kepala gas dan paip gas rumah aku dah rosak agaknya, sebab ada bau gas...

Bila sampai Mydin, biasanya aku dukung si Aqil ni, tapi hari tu aku saja cakap dengan dia , "abang jalan yer! abah tak larat" Dia pun cakap balik.. " Abah tak larat ke?" Hadoi anak aku ni.. sekarang ni kalau bercakap dengan dia mesti ada perkataan 'ke'. Jenuh aku nak balas balik cakap dia... Ada sekali tu, kaki aku tersadung tilam, pasti aku jerit sakit aa... Kebetulan wife aku dan Aqil ada kat situ... si Aqil tanya aku yang tengah menahan sakit kaki tu.. "Abah sakit ke?" Arghh!! Tensen!! Nak marah tak boleh aku ketawa dalam menahan sakit tu! Wife aku gelakkan jer! Haaa... Aqil.. Aqil... Banyak lagi laa soalan pertanyaan dia ada perkataan 'ke'! Aku tak dapat ingat semua.. tapi bila bercakap dengan dia aku ketawa laa... seronok melayan! Heheheh..

Ehh.. cerita lain pula! Balik pada cerita tajuk kat atas tu, lepas tu aku dengan Aqil naik laa tangga Mydin tu sama-sama, aku pimpin tangan dia... sampai atas tu.. dia terus nampak beg sekolah.. terus pergi kat beg tu.. Dulu pernah cakap dengan dia nak beli beg sekolah baru kat dia.. tapi sampai sekarang tak beli-beli. Aku pujuk laa dia, lain kali kita beli... lepas masa tengah pusing-pusing kat Mydin tu, aku cari laa kepala gas tu, si Aqil jalan sendiri terus ke tempat mainan.. Nampak pula patung Ultraman... Alamak!! Tak boleh dibiarkan nih! Cepat-cepat aku tarik dia jauh dari situ... Haa.. apa lagi.. bising aa si Aqil tu.. nak tomen.. nak tomen.. nak tomen... Mula-mula tu aku buat tak layan jer... malas nak beli mainan kat dia.. kat rumah tu dah 2 bakul mainan dia je..

Tapi apakan daya... aku hanya seorang abah... tewas dengan rengekkan anak kecil aku itu... Aku pun pergi laa kat tempat mainan tu semula... Aqil nampak set patung tomen dia tu, terus grab tanak lepas dah! Aku nak tukar yang lain pun dia tanak...Ermm.. bolehlah.. malas cerita banyak... Aqil punya senyum lebar masa tu.. hehehe... tewas aku.. heheheh... anak abah... Aku cakap kena bayar dulu baru boleh buka! Masa bayar tu, cashier tu masukkan dalam plastik bag, lepas tu bagi kat Aqil, dia ambil lepas tu keluarkan tomen dia, dia cakap dengan aku "Ni tak payah!" Dia pulang balik beg plastik tu kat aku.. Dia terus peluk jer tomen dia tu...hadoi anak aku nih... pandai sangat!

Sampai kat kereta terus nak buka mainan dia tu, aku cakap sampai rumah baru buka, Lepas tu aku cakap dengan dia, lepas ni duduk rumah tak payah ikut abah pergi surau tau, biasanya dia akan cakap nak ikut, kalau tak dapat ikut dia mengamuk... tapi lepas dapat tomen dia... semua arahan aku dia patuh.. waa. kagumnya aku dengan anak aku ni... Dah dapat mainan semua ok yer! Hehehe

Bila sampai rumah, dia tuntut janji, buka mainan dia, aku pun layan jerlah... lepas tu dia main laa mainan dia... tengah dia main tu, tiba-tiba dia cakap dengan aku nak main kat atas, aku biar jer lah... lepas tu layan aa internet kejap.. tengah main internet tu, dia turun jumpa aku, cakap dengan aku tomen dah tidur kat atas.. haa... hadoi anak aku nih... kekekeke gelak aku... pandai ye Aqil tidurkan tomen... Aqil tu bila nak tidur? Anak abah anak abah...

Sampai laa hari ni, tomen dan resakse dia tu tak tinggal... kalau lupa dia tanya.. tomen mana? tomen mana? hehehe.. comel jer... Malam tadi dia mandikan tomen dia.. hadoi.. pandai sangat Aqil nih!! tak boleh marah laa dengan dia.. gelak jer aku! Tapi ada masa kena marah gak.. hehehe.. Abah kan garang! hehehe

Begitulah kisahnya Aqil dan tomen nya tak dapat dipisahkan... Cuma aku berharap tomen tu dapat bertahan lama laa... resakse sekor tu dah nak tercabut tangan dia sebab kena pijak dengan si Aqil nih.. huhuhuhu... Yang lain tu tunggu masa laa gamaknya.... Harap-harap bertahan laa sebulan dua... Amin... :)

Tengah nak terbangkan tomen dia!

Seronok tengok dia main dengan tomen dia.. Dia dah pandai guna imaginasi dia buat cerita dengan tomen dia tu! Errmm... Moga bertambah bijak anak Abah ni yer!

Selasa, 8 Februari 2011

Siapa laa gamaknya yang cari ni?

Entahlah... aku pun tak tau siapa yang cari.. apa yang dia nak...

Paha Nora Danish pun ada orang cari... huhhuu... tak terpikir aku!

Maaf yer pada yang mencari... ini blog kekeluargaan tak de isu-isu lucah.. hehehe


Anggap baik jerlah.. mungkin dia cari bahan untuk tesis dia kot.. hehehe

Hadiah Cabutan Bertuah

Haa... ni lah gambar hadiah untuk cabutan bertuah masa Jom Berkelah dengan Geng Kembar nanti!

Maklumat lanjut boleh klik sini..

Tuala-tuala nilah bakal menjadi milik kau orang!

Tuala kanak-kanak

Tuala Sepasang

Kicthen Towel

Isnin, 7 Februari 2011

Seluar ni tengah popular ke?

Hari ni aku blogwalking.. pergi aaa blog femes-femes nih...

Pastu aku perasan satu kesamaan...

Aku tengok seluar ni di pakai oleh orang-orang femes nih... ermm.. tengah tren kot... punya la aku tak tau.. hehehe.. yelah kan.. seluar pompuan.. maleh ambil tau!

Macam ni lah lebih kurang gaya seluar tu.. namanya tapered pants. Popular laa kot yer tak! Kau orang dah ada ke belum? Kalau takde lagi cepat-cepat pergi beli!


Antara mereka yang femes pakai seluar ni.. Fatin Liyana dan Hana Tajima. Boleh tengok dia orang pakai... comel juga! hehehehe

Jumpa kembar 2 lagi!

Haa.. update terlatest... errr.. kenapa aku tak guna latest update hah? hehehe... saja membahasa malaysiakannya.. ala.. keyboard jadi kibod boleh jer.. kan? website jadi laman sesawang boleh jer?? hehehehe

Terima kasih pada Elle sebab tulun beritau pada aku kembar ni...

Ni blog kembarnya nama sedap.. EIDLAN EUSOFF DAN EIMAN EUSOFF


Meh tengok senarai kembar yang lain-lain kat sini

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Segmen baru oleh En Ben Ashaari kita...

Seperti yang dia minta!

Copy paste dari sini

Sekali lagi , aku akan buat satu kerja giler... Aku nak gegar 1,000 blog kali ini ... Amacam ? Ada berani ?? 1,000 blog dalam tempoh... hurm.. 3 hari bermula .... Sekarang !

Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG - SIAP!
  2. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini ! JAP LAGI SIAP!
  3. Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?? SIAP! SEBAB COPY N PASTE! HEHEHE
Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??

Blog guna handphone

Waa... Baru aku tau boleh berblog guna hp. Tapi jenuh nak menaip laa. Sekarang ni aku tengah guna hp untuk buat post ni, saja nak test. Lepas ni sesiapa ada idea boleh buat entri terus tak payah peram lagi idea tu, terus update guna hp.

Pada yang dah tau tu, tahniah yer, hehehe aku baru jer explore benda ni. Pada sesiapa nak cuba boleh jenguk kat dashboard korang. Ataupun sesiapa guna android boleh download software blogger droid kat android market.

Oklah, nak sambung tidur, auni auni auni tengah panjat abah dia ni, awal betul diorang bangun, baru pukul 5 pagi lebih. Tak boleh nak taip panjang. Good nite!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Ahad, 6 Februari 2011

Berkelah lagi!

Semalam kami sekeluarga bersama Opah dan pakcik makcik AMRAFAHAN pergi berkelah lagi! Kali ni kami pergi tak buat bakar-bakar... semua dah siap dari rumah...

Sampai PD lebih kurang pukul 12 tengahari, jalan ke Teluk Kemang jem... ramainya orang... Tapi tempat yang kami  pergi ni tak ramai sangat orang.. tak padat macam Teluk Kemang tu.. ada laa tempat nak parking kereta dan berkelah...

Aqil nampak laut jer dia takut.. fobia agaknya... sampai tak mau keluar kereta... Bila Mama pujuk baru dia nak keluar. Tapi duduk dekat khemah jer.. dia taknak mandi laut..

Tapi lepas Mama pujuk lagi nak laa juga dia ikut tapi main kat tepi-tepi jer.. sian anak aku... fobia air laut agaknya... Tapi lepas mandi laut tu aku bawa dia pergi bilas badan dengan air paip, elok jer dia main air... hermm... Abang abang.... macam mana laa aku nak bagi dia tak takut air laut ekk??

Mandi kat sini bila air pasang baru best.. kalau tak.. jauh jer nak berjalan tu... mama pakcik makcik dan Auni Auni Auni mandi petang bila air pasang... Auni Auni Auni ni tak takut air... ok jer... yang paling berani AF la... hehehe... steady jer dia..

Lepas mandi tu kemas-kemas, kita orang balik ikut jalan lama, PD-Lukut-Sepang... ingatkan tak jem... sebab dengar kat radio highway jem tak hingat dari Linggi ke Nilai.. tapi jem juga.. nasib aa 30 minit jer... huhuh... lama gak tu... Sampai rumah dah lewat, semua orang dah lepak... lepas makan nasi bungkus pastu semua tidur.. huhuhuu...

Oklah meh layan gambar..










Semua orang nak baring kat abah dia...

Selepas mandi laut... masing-masing muka penat...

Jom Promote Blog Kau Orang!

Kepada blogger-blogger baru dan lama,

Aku nak ajak kau orang promote blog kau orang kat 2 website nih! Sangat-sangat membantu UV kau orang!
Alhamdullillah aku dah buat! Sedikit sebanyak dapat bantu tingkatkan UV aku!

Meh ler jengok-jengok! Jangan segan aah!!!

Website Pertama



Website Kedua



Selamat berblogwalking!

exabytes unlimited