Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sesak nafas

Kat Perak sekarang ni..

Kami nak pergi lawat Udo kat Hospital Ipoh.. tak sempat nak update panjang.. nanti aku update lagi... Udo semalam tak stabil lagi.. tak boleh hantar ke IJN. So kami decide datang lawat dia kat Ipoh.. Nanti aku update lagi la yer..

Kena hantar ke IJN

Imej
Tadi aku baru bercakap dengan wife aku, ingat nak halfday hari ni, nak balik Ipoh kejap nak lawat Udo, tapi tak jadi balik. Sepupu aku baru je lepas call aku, beritau pak cik aku Udo akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ni. Mak cik aku tengah ready kat hospital Ipoh untuk ikut Udo naik ambulan di hantar ke IJN. Keadaan Udo tadi dah stabil, jadi doktor beri pelepasan... Aku berdoa dan berharap keadaan Udo terus stabil agar tiada kesulitan semasa nak menghantar beliau ke IJN. Perjalanan ke IJN ambil masa lebih kurang 3 jam dari Ipoh. Lama juga tu.. Nanti aku dan famili nak melawat dia di IJN bila dia dah sampai sini... Last aku jumpa masa majlis pertunangan sepupu aku hari tu, sihat walafiat jer Udo... rindu gurauan dia main-main dengan anak-anak aku... :) Moga Udo cepat sembuh yer! Kami anak-anak buah Udo, doakan Udo cepat sihat dan sembuh dari sakit Udo ni... Amin... Arba'i Bin Mohd Khalid a.k.a Udo (kanan sekali baju putih tu) Cerita sebelumnya Berita ...

Berita sedih lagi..

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita sedih lagi... Sepupu aku beritau aku pakcik aku yang aku panggil Udo, abang ke 4 kepada arwah abah aku dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas... Dari apa yang diberitahu oleh sepupu aku tu, Udo dimasukkan di Wad CCU di Hospital Ipoh, kelmarin. Jantung di Hospital Ipoh belum beri kebenaran kepada Udo untuk dibawa ke IJN KL. Lepas tu, aku terus call sepupu aku yang dah pergi melawat Udo kat Hospital Ipoh tu, keadaan Udo pada masa tu lemah, banyak tidur jer.. mungkin disebabkan ubat yang diberikan doktor. Dia juga memakai topeng bantuan oksigen. Sepupu aku mengajak aku melawat Udo jika aku berkesempatan. Hati ini teringin nak balik melawat Udo, mungkin balik naik ETS KTMB sekejap jer 2 jam jer.. InsyaAllah jika tiada aral, aku nak balik melawat Udo. Doakan pakcik aku cepat sembuh yer! Aku sentiasa berdoa agar beliau cepat sihat dan sembuh.. Amin...